Oct
28th

8 Trik Menjadikan Firefox Secepat Kilat

Files under firefox, internet | 3 Comments

Secara umum Firefox sendiri sudah memiliki kuasa  yang melampaui IE, tetapi dengan sedikit sentuhan dan penetapan yang tepat anda bosa membuatnya 2x lebih cepat lagi hanya dalam waktu 5 minit saja. Ikutilah trik-trik di bawah ini.

1. Aktifkan Pipelining

Biasanya browser bekerja dengan mengirimkan permintaan kepada server dan menunggu respon sebelum melanjutkan proses. Pipelining adalah sebuah teknik lebih agresif yang memungkinkan browser untuk mengirimkan beberapa permintaan sekaligus sebelum menerima respon apapun untuk mengurangi waktu yang diperlukan untuk memaparkan isi halaman. Untuk mengaktifkan fungsi ini taip “about:config” pada kotak alamat, klik dua kali pada “network.http.pipelining” dan “network.http.proxy.pipelining” supaya nilainya berubah menjadi “true” kemudian klik-dua kali pada “network.http.pipelining.maxrequest” dan jadikan nilainya “8“.




Perlu diingat bahawa beberapa server tidak melayani pipelining. Jadi, ada kemungkinan kalau penetapan ini boleh memperlahankan firefox anda. Atur kembali semuanya seperti penetapan awal jika memang terjadi masalah.

2. Render dengan Cepat

Laman web yang besar dan rumit boleh memakan masa untuk dipaparkan. Firefox tidak ingin membuat anda menunggu, jadi dengan pengaturan standart Firefox akan menampilkan apa yang ia terima setiap 0,12 saat. Walaupun hal ini membuat browser terkesan lebih cepat, rendering secara berulang yang dilakukan terus menerus meningkatkan waktu keseluruhan yang diperlukan untuk menampilkan halaman, kita dapat mengurangi jumlah rendering ini untuk meningkatkan kelajuannya.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan pada tetingkap utama dan kemudian pilih “New > Integer“. Taip “content.notify.interval” sebagai nama preferensi anda, klik “ok“, masukkan “500000” (500 ribu) dan klik “ok” kembali.

Klik kanan lagi pada tampilan dan pilih “New > Boolean“. Kali ini buat nilai disebut “content.notify.ontimer” dan atur menjadi “True” untuk menyelesaikan tugas anda.

3. Loading Lebih Cepat

Jika anda tidak menggerakkan tetikus atau menyentuh keyboard selama 0,75 detik, Firefox akan masuk ke dalam mode “low frequency interrupt” yang artinya interface-nya menjadi kurang responsif tetapi bisa me-load halaman lebih cepat.

Ketik “about:config” dan tekan [ENTER], klik kanan pada tampilan dan pilih “New > Integer”. Ketik “content.switch.threshold”, klik “ok”, masukkan “250000″ (seperempat detik) dan klik “ok” untuk menyelesaikan.

4. Tidak Ada Interupsi

Anda boleh melakukan langkah lebih jauh dengan memberitahu Firefox untuk sama sekali mengabaikan user interface events sampai halaman selesai dipaparkan. Memang cara ini agak ekstrim kerana Firefox boleh menjadi tidak responsif selama beberapa waktu, tetapi tidak ada salahnya untuk dicuba apakah kesannya positif atau tidak untuk anda.

Taip “about:config“, tekan [ENTER] dan klik kanan, pilih “New > Boolean“. Taip “content.interrupt.parsing“, klik “ok“, atur nilainya menjadi “False” dan klik “ok“.

5. Blokir Flash

Animasi flash yang mengganggu terdapat di mana-mana, muncul pada halaman web yang ingin anda baca atau lihat dan memlambatkan browsing. Namun ada penyelesaian yang sangat mudah. Install  “Flashblock” (flashblock.mozdev.org) dan ia akan memblocksemua aplikasi Flash ketika loading agar laman web ditampilkan lebih cepat. Jika anda menemui paparan Flash ingin anda lihat cukup sekadar klik pada tempatnya untuk download dan melihat tampilannya dengan normal.

6. Tingkatkan Ukuran Cache

Ketika melancarkan Firefox akan menyimpan gambar dan skrip pada memory cache local di mana anda boleh mempercepat pengambilan data jika mengunjungi laman web yang sama kembali. Jika anda memiliki RAM yang besar (2GB atau lebih), biarkan Firefox berjalan lebih lama sehingga mengunjungi kembali halaman-halaman web akan lebih cepat, terutama dengan cache yang besar.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan dan pilih “New > Integer“. Taip “browser.cache.memory.capacity“, klik “ok“, masukkan “65536” dan klik “ok“, kemudian “restartbrowser untuk mendapatkan cache yang baru dan lebih besar.

7. Aktifkan TraceMonkey

TraceMonkey adalah engine Javascript baru dari Mozilla yang super cepat, dalam beberapa benchmark bahkan mencetak nilai 40x lebih besar dibandingkan versi saat ini. Tracemonkey mungkin saat ini memang dalam tahap pengembangan dan masih sedikit buggy, tetapi jika anda keberatan menggunakan perisian dalam tahap pengembangan, dapatkan nightly build terbaru dari (ftp://ftp.mozilla.org/pub/firefox/nightly/latest-trunk/). Versi beta pertama Firefox 3.1 juga dijadualkan untuk dikeluarkan bulan ini juga.

Ketik “about:config” pada kotak alamat dan tekan [ENTER]. Ketik “JIT” pada kotak filter, dan klik dua kali “javascript.options.jit.chrome” dan “javascript.options.jit.content” untuk mengubah nilainya menjadi “true“. Selamat!, kini anda telah menggunakan engine Javascript mutakhir Firefox.

8. Kompres Data

Jika anda memiliki akses internet lambat, mungkin anda merasa bahawa Firefox tidak berkerja dengan baik. Itu tidak sepenuhnya benar! Install toonel.net dan aplikasi Java ini akan mengambil alih trafik internet anda melalui server-nya sendiri. Semua data yang melalui server Toonel lalu dikompres sehingga data yang perlu dipaparkan browser lebih sedikit.

Bahkan, Toonel juga boleh mengkompres gambar JPEG, tetapi tentunya berlaku penurunan kualiti gambar. Tips ini berguna untuk mempercepatkan jumlah data yang dikirimkan, bermanfaat jika memiliki akaun internet yang terbatas atau saat menggunakan sambungan internet yang lambat seperti GPRS.

Untuk sumber artikel, silakan klik di sini.

Oct
27th

Demam Giant di Tawau

Files under umum | 2 Comments

Sedikit latar belakang Giant, ia adalah sebuah pasaraya yang telah bertapak di malaysia lebih daripada 60 tahun , dan ia adalah salah satu pasaraya yang dimiliki oleh rakyat malaysia yang kini mempunyai banyak cawangan di seluruh malaysia. Asas penubuhan giant bermula daripada kedai kecil-kecilan milik Teng family yang pada awalnya bertapak di Kuala Lumpur dalam tahun 1944, dan sehingga kini Giant telah membangun dengan pesatnya dan diperkirakan mempunyai tenaga kerja sebanyak 16,000 orang di seluruh negara.

Giant ditawau, telah dibuka secara rasminya pada hari khamis iaitu 23, Oktober 2008 yang lalu, lokasinya berada di Jalan Chong Thien Vun off jalan apas. Walaupun acara pembukaannya 3 hari yang lalu namun sehingga kehari ini warga tawau masih dilanda demam giant, yang paling ketara adalah pusat bandar jadi lengang disebabkan penangan giant di tawau.

Bagi aku langkah giant membuka cawangan jauh dari pusat bandar adalah satu strategik yang sangat baik, kerana selain daripada masalah kawasan tempat letak kereta dibandar yang sangat terhad, secara langsung juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

Kelihatan Jimmy Wong sedang memperkatakan sesuatu kepada Presiden MPT Salsidu dan diperhatikan oleh Tonny (kanan)

Sumber : Romzi.com

Oct
24th

Kisah Wali Allah Yang Solat Di Atas Air

Files under motivasi | Leave a Comment

Salam kebahagian di hari Jumaat yang mulia ini. Semoga hari memberikan kecerian kepada anda. Hari ini kita bermotivasi dengan cerita-cerita pilihan sebagai panduan dan renungan. Hayati cerita berikut :

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.




Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.

Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!” Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, “Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!”

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, “Apa hal?” Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, “Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?”

Wali itu berkata, “Dekatkan dirimu kepada Allah.”

Para penumpang itu berkata, “Apa yang mesti kami buat?”

Wali Allah itu berkata, “Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat.”

Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, “Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat.”

Wali Allah itu berkata lagi, “Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah.”

Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.

Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, “Siapakah kamu wahai wali Allah?”

Wali Allah itu berkata, “Saya ialah Awais Al-Qarni.”

Peniaga itu berkata lagi, “Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir.”

WaliAllah berkata, “Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?”

Peniaga itu berkata, “Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah.”

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.

Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.

Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a’alam.

Oct
20th

Ad Rotator Plugin Untuk Wordpress

Files under blog | Leave a Comment

Beberapa hari yang lepas saya telah mencari satu plug in Ad Rotator untuk digunakan di salah satu blog Wordpress ku. Ad rotator  yang saya cari adalah yang sesuai dan senang digunakan untuk memasang banner. Kemudian saya terjumpa satu plug in Ad Rotator yang mungkin sesuai juga untuk anda sebagai pengguna blog Wordpress. Plugin Ad Rotator yang di maksudkan ialah Max Banner Ad.

Untuk lebih jelas berkaitan dengan plug in ini, sila perhatikan video berikut:

Untuk mendapatkan dan mencuba plug in ini, sila ke laman web Maxblogpress. Atau download terus daripada link dibawah.

Kepada mereka yang ingin meletakkan iklan secara rotate, inilah masanya untuk anda mencuba plug in ini. Memang mudah untuk dikendalikan.

Selamat mencuba.

Oct
15th

Guna Linux Dalam Windows Tanpa Installation

Ingin mencuba sebuah aplikasi Linux tetapi merasa malas untuk meninggalkan Windows? Ubuntu Hardy memang membolehkan anda untuk menggunakan Ubuntu sebagai sebuah aplikasi dalam Windows, tetapi MobaLiveCD membawa konsep pemakaian ini selangkah lebih mudah lagi tanpa perlu meng-install aplikasi apapun di Windows.
Screenshot MobaLiveCD

Berasaskan komponen emulasi QEMU yang open source, Anda hanya perlu download sebuah file exe dari MobaLiveCD yang berukuran 1,4MB dan memilih sebuah distro Linux dalam bentuk ISO yang ingin di gunakan tanpa perlu melakukan restart. Apabila anda ingin mencuba beberapa distro Linux dengan cepat, Anda juga boleh menginstal MobaLiveCD untuk menambahkan pilihan  LiveCD dari context menu.

Kerana menggunakan teknologi emulasi yang bererti anda mengoperasikan sebuah sistem operasi dalam sistem operasi lain, dari segi kepantasan penggunaan Linux dengan cara ini tidak maksimum, tetapi merupakan cara yang termudah dan senang untuk menggunakannya, sekedar memeriksa hasil download atau mencuba banyak distro Linux dengan cepat tanpa perlu installation atau reboot. (via Lifehacker)

Produk lain dari Mobatek yang juga patut dicuba adalah MobaSSH yang memungkinkan anda untuk menjalankan sebuah server SSH di Windows hanya dengan satu klik saja.

Kedua aplikasi ini dapat digunakan secara percuma.

Oct
13th

Produk Baru Nokia: 5800 Expressmusic

Files under phone | Leave a Comment

Setelah menjadi desas-desus, Nokia akhirnya melancarkan produk terbarunya, Nokia 5800 Expressmusic, yang secara khusus direka untuk para pecinta muzik di seluruh dunia. Produk ini dilancarkan dalam waktu di London pdan di Singapura untuk kawasan Southeast Asia Pacific.

Hasil inovasi terbaru Nokia ini memungkinkan orang boleh menikmati alunan muzik dengan kualiti suara yang prima melalui telepon selular. Produk ini didukung oleh Nokia’s Comes With Music, iaitu layanan yang memberi akses kepada pengguna untuk mendengar lagu dari koleksi Toko Muzik Nokia (Nokia Music Store). Nokia memberikan akses percuma dan tanpa batas selama satu tahun untuk memuat turun koleksi lagu dari Nokia Music Store, hanya dengan membeli 5800 Expressmusic. Setelah satu tahun, jika ingin mendownload lagi, anda perlu membayar. Koleksi lagu yang tersedia antara lain lagu-lagu dari Universal Music Group, Sony BMG Music, EMI Group, serta lagu-lagu lokal dan indi.


Vice President Sales Southeast Asia Pacifi Nokia, Chris Carr, mengatakan, “Cara orang menikmati muzik berbeza-beza di setiap daerah. Dengan menyedari hal itu, Nokia 5800 Expressmusic memberi keluasaan kepada orang untuk menikmati muzik yang mereka suka dalam cara mereka sendiri.”

Produk baru Nokia ini menawarkan apa yang umumnya orang ingin nikmati dari sebuah telepon selular yang menyediakan muzik, seperti suara yang terang, speaker yang powerful, memori yang besar, dan tentu saja sinkronisasi. Nokia 5800 memiliki memori internal 81 MB plus kad memori microSD 16GB. Baterinya boleh bertahan 35 jam (kalau hanya mendengar muzik) dan dalam keadaan standby boleh bertahan 17 hari.

Sebagai sebuah telepon selular, produk ini adalah yang terbaik. Meskipun fokusnya pada muzik namun Nokia 5800 juga dilengkapi fungsi browsing internet, kamera 3.2 megapixel dengan lensa Carl Zeiss, speaker telepon yang bersuara bening, bluetooth, sejumlah fungsi lain. Keunikan lain adalah, produk ini menggunakan skrin sentuh.

Chris Carr mengatakan, Nokia 5800 akan ada di pasar sebelum akhir tahun. Harga per unitnya, sebelum dikenakan pajak dan aneka retribusi lain 279 Euro. Ia mengatakan, untuk kawasan Asia Tenggara, konsumen di Indonesia yang akan mendapat kesempatan pertama menggunakan produk baru ini.

Egidius Patnistik