Oct
27th

Demam Giant di Tawau

Files under umum | Posted by admin

Sedikit latar belakang Giant, ia adalah sebuah pasaraya yang telah bertapak di malaysia lebih daripada 60 tahun , dan ia adalah salah satu pasaraya yang dimiliki oleh rakyat malaysia yang kini mempunyai banyak cawangan di seluruh malaysia. Asas penubuhan giant bermula daripada kedai kecil-kecilan milik Teng family yang pada awalnya bertapak di Kuala Lumpur dalam tahun 1944, dan sehingga kini Giant telah membangun dengan pesatnya dan diperkirakan mempunyai tenaga kerja sebanyak 16,000 orang di seluruh negara.

Giant ditawau, telah dibuka secara rasminya pada hari khamis iaitu 23, Oktober 2008 yang lalu, lokasinya berada di Jalan Chong Thien Vun off jalan apas. Walaupun acara pembukaannya 3 hari yang lalu namun sehingga kehari ini warga tawau masih dilanda demam giant, yang paling ketara adalah pusat bandar jadi lengang disebabkan penangan giant di tawau.

Bagi aku langkah giant membuka cawangan jauh dari pusat bandar adalah satu strategik yang sangat baik, kerana selain daripada masalah kawasan tempat letak kereta dibandar yang sangat terhad, secara langsung juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

Kelihatan Jimmy Wong sedang memperkatakan sesuatu kepada Presiden MPT Salsidu dan diperhatikan oleh Tonny (kanan)

Sumber : Romzi.com


2 Responses to “Demam Giant di Tawau”

  1. By yadh on Dec 2, 2008 | Reply

    bukannya best sangat pun giant tu. nasib baiklah ada taman permainan untuk kanak-kanak (free). Tu jer la yang special. harga barang pun ada yang lebih mahal daripada kedai yang lain

  2. By ramli on Dec 12, 2008 | Reply

    kayakanlah bangsa asing wahai org ma layu

Post a Comment