Nov
30th

‘Generacion Y’ memenangi anugerah "Best Weblog" 2008

Files under umum | Leave a Comment

Blog berbahasa Sepanyol asal Kuba, Generacíon Y, telah berjaya meraih penghargaan tertinggi “Best Weblog” dalam pertandingan blog Deutsche Welle The BOBs tahun 2008. Sementara penghargaan Reporter Without Borders Award diberikan bersama kepada blog asal Iran, 4equality, dan blog asal Cina, Zengjinyan.

Blogger yang menjadi juri utama pada kompetisi itu, acara pengumuman pemenang The BOBs ke 5 ini diselenggarakan Radio Internasional Jerman Deutsche Welle di Museum Komunikasi Berlin.

Blog milik Yoani Sanchez, Generación Y, bercerita mengenai kehidupan sehari-hari kaum muda di Kuba. Para juri memuji gaya bahasa blog ini yang dinilai puitis serta memiliki isi yang tegas. Selain itu, blog ini dapat dianggap sebagai simbol kekuatan blogosfer secara keseluruhan.

Atas kemenangannya ini pemilik blog, Sanchez menyatakan, penghargaan dapat memacu semangat para blogger di Kuba. “Suatu saat nanti, semua orang dapat menyatakan pendapatnya secara bebas tanpa perlu meminta izin terlebih dahulu. Dan penghargaan ini merupakan anugerah terpenting dalam mencapai tujuan ini,” katanya.

Best Videoblog dimenangi Voice of Afrika. Blog ini merupakan satu projek bagi apa yang disebut ‘wartawan warga’ di Afrika. Mereka diberikan kelengkapan seperti handphone dan alat perakam digital. Dengan kemudahan yang diberikan ini, mereka dapat melaporkan peristiwa di sekitar mereka. Dan laporan ini dipergunakan oleh wartawan tempatan sebagai bahan berita yang kemudian diterbitkan dalam www.AfricaNews.com.

Anugerah Best Podcast adalah Radio Grinch dari Rusia. Blog ini berusaha mengembangkan podcast sebagai salah satu media jurnalis radio.

Blog Cina dan Iran

Dalam mendukung kebebasan pendapat di seluruh dunia, kali ini Deutsche Welle menganugerahkan’ Reporter Without Borders Award’ kepada blog asal Iran, 4equality, dan blog asal Cina, Zengjinyan. 4equality berusaha memperjuangkan kesamarataan gender dengan mengumpulkan satu juta tandatangan. Blog ini yang diurus oleh 50 ahli. Sementara Zengjinyan, blog yang ditulis oleh isteri dari pemenang penghargaan Sacharov 2008, Hu Jia, mengupas kehidupan sehari-harinya di bawah pengawasan yang ketat dari pihak keselamatan Cina.

Beberapa hari sebelum pengumuman pemenang, anggota juri asal Cina Shuguang Zhou ditahan pihak keselamatan Cina dalam perjalanannya menuju Jerman. Walaupun begitu wartawan terkemuka Cina ini masih tetap dapat mengikuti sidang penentuan pemenang secara online. Sementara itu, Seketariat Jenderal Reporter Lintas Batas menyatakan,

“Di banyak negara, para blogger dan design internet berusaha memperjuangkan kebebasan pandangan dan pendapat. Kebebasan tidak dapat diraih tanpa kebebasan pandanngan dan kebebasan pendapat. Oleh sebab itu, kami sangat mendukung inisiatif yang dilakukan Deutsche Welle ini.”

Best Weblog B. Indonesia

Dari lebih 500 blog berbahasa Indonesia yang didaftar, para juri internasional memilih blog Media Ide sebagai Best Weblog B Indonesia. Blog ini difokuskan kepada isu-isu mengenai media baru, web 2.0, blogging dan online advertising.

The BOBs kali ini juga dimeriahkan oleh blog-blog berbahasa Indonesia. Dari lebih 500 blog berbahasa Indonesia yang didaftar, para juri internasional memilih blog Media Ide sebagai Best Weblog B. Indonesia. Blog milik Pitra Satvika (http://media-ide.bajingloncat.com) ini difokus pada isu-isu mengenai media baru, web 2.0, blogging dan online advertising.

Sementara untuk kategori People Choice yang dipilih melalui online voting, blog berbahasa Indonesia yang menang adalah Maseko’s Weblog (http://maseko.com).

Erti Penting dari Blog

Dalam acara pengumuman pemenang The BOBs 2008 di Berlin, turut hadir pemenang Best Weblog B. Prancis 2007 asal Kongo, Cedric Kalonji. Kalonji menilai erti penting dari blog. “Blog dapat membangun jembatan penting antara Afrika dan benua lain. Pertukaran informasi antara negara dengan kultur yang berbeda akan meningkatkan saling pengertian. Selain itu, bentuk komunikasi seperti blog ini mempermudah kita untuk mengakses informasi penting,” katakan Kalonji. Sejak blognya terpilih sebagai Best Weblog B. Prancis dan terkenal, minat masyarakat dunia untuk lebih mengenal Kongo turut meningkat.

Lebih dari 8500 blog mengikuti acara dalam pertandingan The BOBs tahun ini, meningkat 20 peratus dibandingkan tahun lalu. Tahun ini, juri international yang terdiri dari wartawan, pakar media dan blogger telah memilih 11 blog pencalonan dalam setiap kategori. Sementara voting online yang diikuti lebih dari 120.000 user memilih Science Squirrel sebagai Best Weblog The BOBs 2008. — The BOBs

ULASAN : Dimana blog dari Malaysia..?

Nampaknya anugerah ini menujukkan blog sebagai satu medium yang cukup bernilai dan berkesan dalam menyampaikan pandangan, berita dan maklumat terkini kepada masayarakat. Ini telah dibuktikan di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di mana media internet dan blog dikatakan oleh penganalisis telah memainkan peranan penting dalam membentuk kejayaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.

Namun, daripada berita yang dilaporkan, kelihatan tidak ada blog-blog dari Malaysia yang tersenarai. Persoalannya dimana perginya blog-blog dari Malaysia…? Apakah Malaysia masih baru dalam dunia blog..? Atau blogger Malaysia memang tidak berminat dalam perkara-perkara seperti ini…?

Apapun diharapkan di masa-masa akan datang, blog-blog dari Malaysia juga akan tersenarai dalam pertandingan di peringkat antarabangsa seperti ini. Semoga kita sebagai blogger akan lebih kreatif dan berinovasi dalam menghasilkan sesuatu yang bermutu serta berilmu.

Salam blogger untuk semua blogger.

Nov
28th

Ibadah Korban Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Files under umum | Leave a Comment

Salam kebahagian di pagi yang mulia ini. Semoga hari ini menjadi yang terbaik buat anda semua, hari yang penuh keberkatan dan kemulian ini.

Sempena Hari Raya korban yang akan menjelang tiba, kita berkongsi sedikit maklumat yang berkaitan dengan ibadah korban. Semoga apa yang di berikan melalui artikel tersebut boleh menjadi panduan buat kita semua dalam merayakan Hari Raya Korban tersebut.

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.
Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:

1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Imam Syafie r.h berkata:

Waktu menyembelih haiwan korban adalah ketika imam telah selesai solat Aidiladha…Apabila hari-hari Mina telah berlalu (tarikh 11, 12 dan 13 Dzulhijjah), tidak boleh lagi menyembelih korban.” – Rujuk Kitab Mukhtasar Kitab al-Umm fi al-Fiqh karya Imam Syafie, edisi terjemahan bertajuk Ringkasan Kitab al-Umm, Peringkas dan peneliti Hussain Abdul Hamid Abu Nashir Nail, Pustaka Azzam, Jakarta (2004), jil. 1, m.s. 737.

Sabda Rasulullah s.a.w:
إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّي ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَنْحَرُ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَّهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْء

Maksudnya:
Sesungguhnya perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini (Aidiladha) ialah kita solat kemudian menyembelih (bintang korban). Oleh itu, sesiapa yang melakukan sebegitu dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum solat, sesungguhnya sembelihan itu hanyalah menjadi daging untuk diberikan kepada keluarganya (sedekah) bukan termasuk binatang korban.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1961

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ

Maksudnya:
Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 5561.

Sabda Rasulullah s.a.w:

كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ ذَبْحٌ

Maksudnya:
Seluruh hari-hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan.” – Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no: 16151.

2. Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan.

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

(more…)

Nov
25th

Perniagaan Internet Tanpa Laman Web atau Blog

Anda ingin berniaga secara online dan menghasilkan pendapatan. Tetapi anda tidak mempunyai pengalaman. Sebenarnya banyak kaedah yang boleh anda lakukan untuk memulakan perniagaan online anda.

Persoalan produk apa yang perlu anda jual mungkin terjawab dengan menyertai “affiliate marketing” seperti yang telah diterangkan di tajuk sebelum ini. Walaupun penyertaan affiliate program ini mudah, percuma dan mempunyai banyak kelebihan, masih timbul masalah dan keraguan di kalangan orang ramai mengenai persoalan :

Bagaimana saya boleh mempromosikan produk tersebut sedangkan saya tidak mempunyai laman web?”

Sebenarnya banyak kaedah dan strategi promosi yang boleh anda lakukan walaupun anda tidak mempunyai laman web. Antara strategi promosi dan pemasaran yang di maksudkan itu ialah email marketing, ezine, menyertai perbincangan online seperti IM, menyertai forum dan sebagainya. Namun demikian email marketing merupakan strategi paling porpular dalam mempromosikan produk affiliate dan produk anda sendiri.

INFO : Anda juga boleh menggunakan blog PERCUMA untuk mempromosikan produk tersebut seperti blogger.com. Untuk panduan membina blog PERCUMA anda boleh dapatkan ebook “Bina Blog Dengan Blogger.com” secara percuma di Rahsiakomputer.com

Email Marketing

Email merupakan strategi paling popular dan berkesan untuk tujuan promosi produk atau perkhidmatan di Internet. Email marketing adalah pemasaran menggunakan perkhidmatan email. Melalui email marketing, anda perlu membina “opt-in list” anda dengan mengumpulkan email dan maklumat prospek anda yang berminat mengetahui produk atau perkhidmatan yang anda pasarkan.

Dengan mengunakan strategi email marketing, anda perlu menghantar email promosi kepada prospek anda dengan menyertakan artikel dan kelebihan produk yang anda jual.

Selain itu cuba tawarkan maklumat berguna atau ezine percuma kepada semua senarai prospek anda. Dalam email marketing atau ezine percuma tadi, anda perlu selitkan affiliate link anda sekali.

Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk berkaitan komputer, sediakan artikel berkaitan hardware, software, masalah-masalah komputer yang biasa terjadi dan baik pulih komputer. Jadikan artikel anda itu menarik, bermaklumat dan berikan secara percuma.

Bersama artikel yang anda tulis itu tadi selitkan affiliate link anda sekali. Dengan cara ini, prospek anda akan merasa anda memberikan mereka maklumat berguna dan mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka. Ini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk membeli produk yang anda tawarkan.

Bagaimana membina “opt-in list”?

Untuk membina “opt-in list” anda ialah dengan menggunakan perkhidmatan pihak ke tiga. Terdapat banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan “opt-in list” ini. Antara penyedia tersebut ialah www.yourluckylist.com.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendaftar di laman web tersebut. Selepas itu anda akan mendapat URL khas dan anda di kehendaki mempromosikan URL tersebut. Anda perlu mendapatkan seberapa banyak pengguna Internet untuk mendaftar menggunakan URL itu.

Sesiapa yang mendaftar mengunakan link URL itu akan menjadi downline anda. Downline anda akan memperkenalkan perkhidmatan ini kepada pengguna lain. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi “opt-in list” anda. Peningkatan “opt-in list” anda bermaksud meningkatnya prospek kepada produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan.

Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda bolehlah menghantar masej atau ezine atau artikel yang berfaedah kepada semua senarai prospek di bawah anda.

Mudah bukan! tanpa anda memerlukan laman web untuk tujuan promosi.

Satu cara lagi yang boleh anda lakukan ialah menggunakan perkhidmatan “autoresponder” dan “landing page”. Namun demikian, anda memerlukan sedikit modal untuk mendapatkan “domain name” dan “ web hosting” bagi menempatkan perkhidmatan ini.

Terdapat banyak penyedia perkhidmatan “autoresponder” seperti www.aweber.com dan www.getresponse.com. Untuk perkhidmatan “autoresponder” percuma pula atau free service autoresponder adalah seperti http://www.freesend.com.

Landing page pula mempunyai borang dan sedikit penerangan diperlukan untuk mendapatkan email dan nama pengunjung yang berminat mengenai maklumat yang anda ingin sampaikan. Aweber.com dan getresponse.com mempunyai perkhidmatan untuk membina landing page.

Email dan maklumat pengunjung yang telah anda perolehi dari “landing page” tadi akan disimpan ke dalam “autoresponder” anda. Melalui perkhidmatan “autoresponder” dan “landing page” ini juga membolehkan anda membina dan menambahkan opt-in list anda. Sekarang bolehlah anda menghantar email dan maklumat penting kepada senarai prospek anda. Anda boleh menetapkan kekerapan penghantaran email tersebut sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Kaedah pemasaran tanpa menggunakan laman web ini bukan sahaja untuk produk affiliate, bahkan apa sahaja produk atau perkhidmatan yang anda jual secara online. Yang penting anda tahu kaedah yang betul dalam memasarkan produk tersebut.

Nov
20th

Tips untuk Iklan Adsense muncul dalam blog Bahasa Melayu

Files under adsense | Leave a Comment

Bagi yang baru belajar adsense dan ingin iklan adsense boleh muncul di blog berbahasa melayu, mungkin artikel kali ini sesuai untuk anda. Kebanyakan publisher pasti menghadapi masalah adsense tidak muncul di blog berbahasa Melayu. Iklan yang biasanya muncul ialah iklan layanan masyarakat / public service ads.

Mungkin ada beberapa trik saja yang boleh dikongsikan disini, tetapi itupun tidak diberi jaminan 100 peratus kalau-kalau iklan google adsense akan muncul terus di website / blog yang berbahasa malaysia (melayu) ataupun bahasa yang tidak disupport google adsense.

Seperti di ketahui, setelah anda melakukan setup di account adsense anda, anda akan mendapatkan script (javascript) yang boleh anda insert ke dalam laman web / blog anda. Dan memang untuk pertama kalinya akan muncul iklan layanan masyarakat seperti iklan sosial untuk badai katrina atau whateverlah… setelah tampilan kedua atau ketiga atau keempat kalinya, iklan adsense akan mencari iklan berdasarkan nama domain (baca : alamat website), nama file , meta keywords dan description, dan anda tentu gembira sekali jika ada iklan yang muncul (padahal website / blog anda berbahasa melayu) … tetapi setelah 2 hari berikutnya, iklan layanan masyarakat muncul kembali… anda tahu kenapa ? Ini kerana spider khusus milik Google Adsense (Mediapartners Google) sudah mencari iklan berdasarkan content website (blog) anda, jika tidak dijumpai kata-kata / ayat yang sesuai dengan iklan yang tersedia di stok data advertiser mereka, maka adsense ads tidak akan muncul.

Berikut ini kemungkinan-kemungkinan yang boleh membantu anda untuk mencuba agar iklan adsense boleh muncul terus di blog :

1. Buatlah posting artikel anda dengan kata-kata yang bernilai komersial terutama dalam bahasa inggeris diantara artikel anda, selitkan beberapa perkataan yang berbahasa inggeris di dalam artikel tersebut.

2. Letakkan link-link yang banyak kalau perlu , kemudian letakkan nama link-link tersebut dengan nama berbahasa inggeris, misalnya link blog ini, anda pasang di blog anda: “Learn SEO, Adsense, Adbrite, Programming Language dan Free Blog Service for freedom people dan lain sebagainya.”

3. Buatkan randomize words di postingan anda, tentunya randomize words tersebut harus berbahasa inggeris, kalau boleh, kalimatnya agak panjang, dengan bahasa program php, asp , perlscript, cgi. Untuk bahasa javascript saya tidak berani menjaminnya. Maksud saya randomize words adalah kalimat-kalimat yang muncul secara rawak. Anda boleh mengambil kata-kata bijak (word of wisdom) dari orang-orang terkenal yang berbahasa inggeris, seperti kata-kata bijak Nelson Mandela, Fidel Castro (kadang-kadang ada bijaknya), bung Karno, paus Yohanes, Ahmed Dinejad, Mao Tze Tung, Khomeini, SBY, Mahatir Muhammad, Albert Einstein, George Washington, Abraham Lincoln terutama semua kata-kata bijak itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

4. Setting TITLE, META keywords dan description anda dengan kata-kata kunci yang berbahasa inggeris komersial. Meta keywords terletak di antara tags HEAD.

5. Letakkan iklan google adsense di dalam frame (iframe), dan file yang berada di dalam frame tersebut anda letkkan tajuk berbahasa inggeris, dengan META keywords dan description berbahasa inggris, letak hyperlink file yang berada di dalam frame tersebut di blog utama anda yang berbahasa melayu tersebut.

Langkah untuk point ke-4, anda harus menguasai asas programming, jika anda menggunakan php, asp, perlscript, anda harus punya hosting sendiri.

Selamat mencuba.

Nov
17th

Membina “Favicon” untuk website anda

Favicon adalah sebuah logo atau grafik kecil yang terletak pada kotak sebelah kiri URL browser (Firefox & Internet Explorer) anda. Juga dikenali sebagai website icon, page icon atau urlicon. Favicon biasanya digunakan dalam URL bar, fungsi bookmark dan juga pada tab browser.

Lihat gambarajah berikut sebagai contoh. Tanda no 1 & 2 adalah salah satu bentuk favicon yang di maksudkan :

Langkah-langkah membina Favicon

1.) Pilih gambar atau grafik yang sesuai untuk jadikan favicon. Image yang dibenarkan adalah dalam bentuk .jpg, .png, .gif.

2.) Pilih saiz yang tidak terlalu besar. Anggaran saiz adalah 150px x 150px.

3.) Image tersebut perlu ditukar kepada frmat “.ico“. Untuk memudahkan anda menukar format tersebut, anda boleh gunakan perkhidmatan percuma di laman web - http://www.html-kit.com/favicon

4.) Di dalam laman web tersebut, sila pilih browse untuk memilih image yang di perlukan dari komputer anda.

5.) Terdapat pilihan sama ada anda ingin membuat favicon berbentuk animasi atau tidak.

6.) Tekan butang “Generate Favicon.ico” untuk membina image dalam format “.icon” dan ikuti arahan seterusnya. Selepas itu, satu fail dalam bentuk “.zip” terbentuk di komputer anda.

7.) Anda perlu unzip fail tersebut untuk mendapatkan favicon yang telah terbina.

8.) Setelah di unzip, klik folder tersebut dan anda akan melihat file favicon.ico dan folder extra. Dalam folder extra terdapat juga file animated_favicon.gif, preview_16×16.png dan readme.txt.

10.) Sila upload file favicon.ico kepada root directory website anda, iaitu pada public_html. Jika anda inginkan animated favicon, sila upload sekali animated_favicon.gif yang terletak pada folder extra.

11.) Sila letakkan kod dibawah diantara bahagian header website anda seperti berikut:

<head>
<link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico” >
</head>

12.) Jika anda inginkan animated favicon, sila tambahkan kod ini:

<head>
<link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico” >
<link rel=”icon” href=”animated_favicon1.ico” type=”image/gif” >
</head>

13.) Upload kod baru pada header website anda.

14.) Untuk melihat hasilnya, sila buka laman web anda. Tekan F5 untuk refresh browser beberapa kali jika favicon tidak kelihatan.

Selamat mencuba.

Sumber : Sabahdaily

Nov
14th

Kepentingan dan peranan khutbah

Files under umum | Leave a Comment

Mengapa orang ramai tidak mendapat pengajaran daripada khutbah yang disampaikan oleh para khatib masa kini?

Pendahuluan Melihat kepada beberapa isu semasa, melibatkan tindakan umat Islam hari ini yang tidak menjadi golongan pengamal Islam dengan baik, malah tidak boleh dianggap sebagai contoh (role model) kepada segenap bangsa manusia di dunia, daripada peringkat nasional hinggalah ke peringkat antarabangsa Maruah dan harga diri mereka semakin tercalar dengan sanggup menjadi golongan yang membelakangkan ajaran agama mereka sendiri.

Para remaja Islam tidak lagi menjadi wira agama, mereka lebih senang dilabelkan sebagai mat rempit dengan budaya Barat yang songsang menjadi pegangan hidup.

Islam bukan lagi sumber kepercayaan kepada Maha Pencipta, mereka sanggup jadi peragut, golongan yang menghina hukum Islam, mencaci keperibadian Nabi Muhammad dan bermacam-macam lagi, itu semua dianggap sebagai satu kepuasan dalam hidup mereka.

Sebenarnya bukan salah Islam yang menyebabkan mereka bertindak demikian, malah disebabkan tidak ada, mungkin juga kurang, disekat atau tidak berkesan penyampaian khutbah, tazkirah, ceramah atau forum agama hingga orang ramai tidak lagi menjadikan masjid sebagai lokasi persinggahan harian mereka.

Tidakkah pihak berkuasa sedar atau tidak akan fenomena ini yang sedang berlaku? Mengapa tidak mencari satu pendekatan atau dibuat analisis mengenai isu berkenaan? Sekurang-kurangnya bagi menyelesaikan satu daripada seribu permasalahan yang menimpa umat Islam hari ini.

Tazkirah kali ini, ingin mengajak semua pihak, terutamanya para pemerintah, golongan intelek, masyarakat amnya, serta para pelajar akan kepentingan khutbah, peranan serta kesannya terhadap pembentukan dan pembinaan umat seperti yang pernah dilahirkan oleh Madrasah Muhammad di zaman kegemilangan Islam.

Khatib yang tidak berkesan

1- Tidak memilih tajuk yang menepati tuntutan semasa.

2- Tajuk khutbah mirip dengan apa yang diajarkan di sekolah. 3

- Penyampaian khutbah terlalu panjang dan membosankan.

4- Pengungkapan isi khutbah berulang-ulang kali.

5- Khatib tidak amalkan apa yang disampaikan.

6- Tidak menguasai realiti semasa, khususnya isu yang terjadi kepada umat Islam.

7- Penekanan khutbah hanya untuk menunjukkan sikap ampu kepada pihak tertentu.

8- Tidak menguasai ilmu-ilmu agama dengan baik.

9- Tidak mampu menyelesaikan sesuatu masalah apabila dikemukakan isu tertentu.

10- Bersikap negatif terhadap orang ramai.

11- Tidak menghayati khutbah yang disampaikan kerana hanya membaca teks sahaja. Rasulullah s.a.w apabila menyampaikan khutbah, tidak panjang berjela-jela, malah ia pendek dan padat, yang penting baginda memanjangkan solat Jumaat dan baginda sendiri marah mereka yang terlalu memanjangkan penyampaian khutbah.

Ciri khatib yang berjaya: Persediaan semasa berkhutbah

1- Khatib merasakan bahawa dengan penyampaian khutbahnya yang bernas dan berkesan sebagai satu tanggungjawab dalam aspek dakwah.

2- Menghafal atau sekurang-kurangnya menguasai ayat-ayat al-Quran yang berhubung dengan isu yang disampaikan.

3- Menghafal sebahagian besar hadis-hadis nabi Muhammad s.a.w.

4- Menguasai cerita-cerita dalam al-Quran yang boleh dijadikan rujukan dalam khutbah yang disampaikan.

5- Mempelbagaikan teknik penyampaian dengan isi kandungan yang menepati cita-rasa pendengar dengan tidak menjadikan mereka bosan dan tertidur.

6- Menjadi role-model kepada masyarakat dalam segenap tindak-tanduknya dan mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

7- Berani menyatakan kebenaran tanpa rasa terikat dengan mana-mana pihak.

8- Penyampaian khutbah yang padat hingga meninggalkan kesan kepada pendengar.

9- Pemilihan tajuk khutbah yang relevan dengan tuntutan semasa hingga mampu menyelesaikan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.

10- Penyampaian yang cukup terang dan memuaskan hati pendengar.

11- Penampilan yang baik dan positif.

12- Persediaan tajuk, isi dan penyampaian yang amat baik.

13- Mampu menyedia dan berkhutbah dengan bahan khutbah yang berkualiti.

14- Mampu mengadaptasi sirah Nabi Muhammad s.a.w dalam realiti hidup masyarakat hari ini.

15- Apabila bercakap tentang Syurga, segala sifat ahli Syurga diterjemahkan dalam kenyataan hidupnya sebagai muslim sejati.

16- Apabila bercakap tentang Neraka, segala sifat ahli Neraka dijauhinya dan mengingatkan masyarakat agar sentiasa berwaspada mengenainya. Persediaan di luar masa khutbah

17- Menguasai kepelbagaian ilmu, sama ada ilmu agama, teknologi maklumat, psikologi dan mengikut perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.

18- Khatib yang disukai masyarakat.

19- Mempunyai hubungan baik dengan Allah SWT, khususnya dalam meningkatkan mutu ibadat kepada-Nya.

20- Mampu mengajak masyarakat untuk mencintai Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda.

21- Suka mengadakan majlis-majlis ilmu hingga dinilai positif oleh mereka.

22- Mendapat tempat dalam hati masyarakat.

23- Mengambil tahu masalah mereka dan menanganinya dengan baik.

24- Menunaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

25- Memiliki hemah yang tinggi terhadap agama.

26- Tidak menggelabah ketika menghadapi sesuatu isu dan permasalahan.

27- Bersedia menjadi tempat rujukan masyarakat dalam pelbagai masalah, hingga disenangi oleh golongan muda, tua, kanak-kanak, lelaki mahupun perempuan.

28- Memahami Islam dengan sifatnya yang universal.

29- Mampu membangkitkan kesedaran beragama kepada segenap lapisan masyarakat hingga menimbulkan rasa benci kepada sebarang bentuk permusuhan terhadap Islam.

30- Menggunakan bahasa yang amat disenangi oleh orang yang mengelilinginya.

Tetapi mengapa masyarakat hari ini masih tidak menjadikan masjid atau surau tempat untuk mendapatkan ketenangan jiwa? *Sebab merasakan khatib tidak menjadi rujukan yang baik kepada masyarakat di sekelilingnya. *Pengurusan masjid atau surau yang bercelaru kerana pihak pentadbiran serta ahli jawatankuasanya bukan ahli, malah hilang kelayakan untuk mentadbir seperti yang difirmankan Allah menerusi ayat 18 surah at-Taubah :

18. Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. *Kurang ada sifat mesra antara para pentadbir dengan orang ramai yang dianggap sebagai beban kepada mereka. *Kurangnya program pengisian masjid seperti kuliah agama, ceramah, forum ataupun diskusi ilmu. *Peruntukan wang masjid lebih tertumpu kepada pembangunan fizikal masjid, malah kurang untuk digunakan bagi tujuan pembangunan insan, ia juga merupakan antara faktor yang dikenal-pasti kurangnya kehadiran masyarakat ke rumah Allah.

Adab-adab para khatib

1- Tidak menyembunyikan kebenaran.

2- Khatib seorang yang menguasai dan mendalami ilmu-ilmu alat (fardu Ain).

3- Berlaku adil terhadap semua manusia sebagai sasaran dakwahnya.

4- Tidak mengaib atau menyebut nama orang tertentu dalam khutbahnya.

5- Penyampaian khutbah penuh dengan peringatan, nasihat dan tunjuk ajar.

6- Menginsafkan pendengar dengan ayat-ayat yang menusuk jiwa mereka.

7- Tidak menimbulkan keraguan pendengar terhadap isi yang disampaikan.

8- Bersedia menerima teguran dengan sikap terbuka jika tersalah menyampaikan fakta isi ketika berkhutbah.

9- Tidak ada perasaan riyaa atau ujub dengan isi khutbah, kononnya ia diterima umum dengan baik sekali.

10- Membuat persediaan khutbah dengan amat baik agar tidak merangkak-rangkak ketika menyampaikannya.

11- Seorang yang berfikiran waras dan terbuka.

12- Seorang yang tegas dengan setiap ungkapan, sama ada di dalam atau di luar khutbah.

13-Tidak berbelah bagi untuk menyayangi setiap manusia tanpa mengira bulu atau warna kulit.

14- Memiliki kefahaman psikologi masyarakat dengan amat baik.

15- Banyak mengkaji, mentelaah dan menganalisisi isu-isu semasa.

Ustaz Zainudin Hashim

Sumber : Sabahdaily.com