Bagi yang baru belajar adsense dan ingin iklan adsense boleh muncul di blog berbahasa melayu, mungkin artikel kali ini sesuai untuk anda. Kebanyakan publisher pasti menghadapi masalah adsense tidak muncul di blog berbahasa Melayu. Iklan yang biasanya muncul ialah iklan layanan masyarakat / public service ads.
Mungkin ada beberapa trik saja yang boleh dikongsikan disini, tetapi itupun tidak diberi jaminan 100 peratus kalau-kalau iklan google adsense akan muncul terus di website / blog yang berbahasa malaysia (melayu) ataupun bahasa yang tidak disupport google adsense.
Seperti di ketahui, setelah anda melakukan setup di account adsense anda, anda akan mendapatkan script (javascript) yang boleh anda insert ke dalam laman web / blog anda. Dan memang untuk pertama kalinya akan muncul iklan layanan masyarakat seperti iklan sosial untuk badai katrina atau whateverlah… setelah tampilan kedua atau ketiga atau keempat kalinya, iklan adsense akan mencari iklan berdasarkan nama domain (baca : alamat website), nama file , meta keywords dan description, dan anda tentu gembira sekali jika ada iklan yang muncul (padahal website / blog anda berbahasa melayu) … tetapi setelah 2 hari berikutnya, iklan layanan masyarakat muncul kembali… anda tahu kenapa ? Ini kerana spider khusus milik Google Adsense (Mediapartners Google) sudah mencari iklan berdasarkan content website (blog) anda, jika tidak dijumpai kata-kata / ayat yang sesuai dengan iklan yang tersedia di stok data advertiser mereka, maka adsense ads tidak akan muncul.
Berikut ini kemungkinan-kemungkinan yang boleh membantu anda untuk mencuba agar iklan adsense boleh muncul terus di blog :
1. Buatlah posting artikel anda dengan kata-kata yang bernilai komersial terutama dalam bahasa inggeris diantara artikel anda, selitkan beberapa perkataan yang berbahasa inggeris di dalam artikel tersebut.
2. Letakkan link-link yang banyak kalau perlu , kemudian letakkan nama link-link tersebut dengan nama berbahasa inggeris, misalnya link blog ini, anda pasang di blog anda: “Learn SEO, Adsense, Adbrite, Programming Language dan Free Blog Service for freedom people dan lain sebagainya.â€
3. Buatkan randomize words di postingan anda, tentunya randomize words tersebut harus berbahasa inggeris, kalau boleh, kalimatnya agak panjang, dengan bahasa program php, asp , perlscript, cgi. Untuk bahasa javascript saya tidak berani menjaminnya. Maksud saya randomize words adalah kalimat-kalimat yang muncul secara rawak. Anda boleh mengambil kata-kata bijak (word of wisdom) dari orang-orang terkenal yang berbahasa inggeris, seperti kata-kata bijak Nelson Mandela, Fidel Castro (kadang-kadang ada bijaknya), bung Karno, paus Yohanes, Ahmed Dinejad, Mao Tze Tung, Khomeini, SBY, Mahatir Muhammad, Albert Einstein, George Washington, Abraham Lincoln terutama semua kata-kata bijak itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
4. Setting TITLE, META keywords dan description anda dengan kata-kata kunci yang berbahasa inggeris komersial. Meta keywords terletak di antara tags HEAD.
5. Letakkan iklan google adsense di dalam frame (iframe), dan file yang berada di dalam frame tersebut anda letkkan tajuk berbahasa inggeris, dengan META keywords dan description berbahasa inggris, letak hyperlink file yang berada di dalam frame tersebut di blog utama anda yang berbahasa melayu tersebut.
Langkah untuk point ke-4, anda harus menguasai asas programming, jika anda menggunakan php, asp, perlscript, anda harus punya hosting sendiri.
Selamat mencuba.






By co2 system on May 23, 2009 | Reply
berguna la tips ni
By azman on May 31, 2009 | Reply
bagus ar tips ni, tu kat atas tuh pun ada ads by google. tahniah..
By Almalakawi on Jun 8, 2009 | Reply
Salam perkenalan saya ingin memperkenalkan blog saya yang dimuatkan dengan bahan ilmiah dan soal jawab agama
By KedaiTakaful.Com on Jun 12, 2009 | Reply
Dapatkan TAKAFUL dan CUKAI JALAN kenderaan anda secara online di kedaiTakaful.Com Dengan sistem ini anda tidak perlu lagi bergegas ke pejabat takaful/insuran untuk memperbaharui takaful/insuran kenderaan anda. kini anda boleh buat sendiri, mudah dan pantas
Cukai Jalan pun boleh renew disini dan bayar guna Kad Kredit , Maybank2u.com dan sebagainya
Cubalah…
By Speed Adsense on Aug 29, 2009 | Reply
Satu lagi info menarik tentang adsense. Thanks bro
By kahfi on Feb 21, 2010 | Reply
Assalamualaiukm..
bagai mana menampilkan ads pada blog berciri islamic pula.. =D
kerana keyword tidak bersesuaian dangan content.
By songoffreesoul on Feb 28, 2010 | Reply
memang susah juga mau timbulkan adsense untuk site bahasa melayu.. tambah lagi kalau blogspot punya site, sebab kita tiada full control untuk dia punya coding.. buat masa ni terpaksa la buat bahasa rojak.. anyway tips ini dah saya implemenet tapi belum lagi adsense tu muncul di site saya.. mungkin perlu lagi banyak random keywords tu..