Dec
29th

Buat Pointer Mouse Pintar

Files under komputer | Leave a Comment

Pernahkah anda mengalami kejadian seperti ini..? Apabila anda menutup Microsoft Word dengan mengklik butang tanda silang di sudut kanan atas. Padahal, anda belum menyimpan (save) pekerjaan anda. Secara automatik, Word akan memaparkan kotak dialog di tengah skrin yang menanyakan apakah anda ingin menyimpan dokumen atau tanpa menyimpan dokumen Word tetap ditutup.

Cuba perhatikan posisi pointer. Tetap di pojok kanan atas, bukan? Anda boleh membuat setiap kali muncul kotak dialog, pointer bergeser ke salah satu tombol di dalam kotak dialog.

Beginilah caranya.

  1. 1. Jalankan Control Panel. Di sana, klik [Mouse].
  2. Sebuah tetingkap baru dengan tajuk “Mouse Properties” akan muncul. Kliklah tab [Pointer Options] yang ada pada tetingkap tersebut.
  3. Pada tab [Pointer Options] terdapat sebuah kotak dengan nama “Snap To”. Tandakan kotak [Automatically move pointer to the default button in a dialog box] yang terdapat di dalamnya.
  4. Klik [Apply] kemudian klik [OK] untuk keluar dari tetingkap Mouse Properties.

Selamat mencuba

Dec
28th

800 peniaga kecil Malaysia dijangka sertai seminar pemasaran internet 2009

Mencari barang dan perkhidmatan melalui internet menjadi cara pertama sebelum mereka membeli di kedai berhampiran. Pelanggan kini tidak akan ke kedai selagi tidak mencari maklumat produk dan perkhidmatan melalui internet terlebih dahulu.

Kaji selidik oleh  kursusperniagaan.com ke atas  Lelong.com.my mengesahkan penemuan ini. Laman web Lelong dilawati 100,000 pengunjung sehari. Didapati 84 peratus terdiri daripada mereka berusia 20 sehingga 39 tahun.

Berdasarkan statistik Lelong, peniaga kecil kehilangan 84% bakal pelanggan baru setiap hari jika tidak memasarkan produk dan perkhidmatan mereka melalui internet hari ini.

Trend ini semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi seluruh dunia termasuk Malaysia berlaku. Berlaku peningkatan pengguna ke laman web peniaga dari 46 peratus sehingga 236 peratus.

Pembeli di internet berkata pengalaman membeli produk dan perkhidmatan sama seperti membeli di luar. Kajian e-dagang Visa mendedahkan sebab-sebab utama orang ramai membeli di
internet.

83 peratus pembeli berkata mereka mendapat harga terbaik daripada peniaga dalam internet. 88 peratus pembeli berkata mereka boleh membeli padabila-bila masa melalui internet. Manakala 82 peratus pembeli berkata mereka dapat membeli dengan mudah.

Berikutan peningkatan penggunaan internet menjelang tahun 2009, satu Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil Malaysia bakal dianjurkan oleh kursusperniagaan.com pada 7 Febuari 2009 bermula jam 9.00 pagi-5.00 petang.

Seminar sehari ini dijangka menghimpunkan 800 usahawan seluruh negara di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Seminar Pemasaran Internet untuk Perniagaan Kecil 2009 menjadi Persediaan peniaga kecil 2009 berikutan trend penggunaan internet semakin meningkat selepas kegawatan ekonomi berlaku.

Para usahawan akan didedahkan lima topik penting iaitu Rahsia penulisan iklan untuk menjual di Internet oleh penulis 10 buah buku di Malaysia, Zamri Mohamad.

Zamri Mohamad juga penulis buku terlaris Rahsia Bisnes Mamak yang diulang cetak yang menjadi tumpuan media di Malaysia dan Singapura. Zamri juga telah menghasilkan sepuluh buku yang terjual di rangkaian kedai buku seluruh negara dan secara Internet.

Terdahulu, beliau juga bertanggungjawab membina laman web kursusfrancais.com yang menjadi laman web rasmi kursus francais usahasama kolej antarabangsa DMDI milik kerajaan negeri Melaka dan Sprint Marketing Concept, sebuah konsultan perunding berdaftar di bawah PNS dan MARA.

Ia Kemudian diikuti dengan tajuk Cara mudah pembinaan laman web mini dan optimasi carian di internet oleh pembangun sistem kreatif, Izwan Wahab a.k.a Robotys

Perkongsian pengalaman oleh tim Flarebiz, usahawan Internet sepenuh masa, Adly Mukhtar a.k.a Labanon.

Dua topik bonus akan didedahkan kepada peserta seminar iaitu Pengurusan Risiko untuk Bisnes Kecil.Ia akan disampaikan oleh pakar dan pengamal serta penganalisis insuran bisnes kecil di Malaysia.

Selain itu, tajuk Pembinaan Jenama Bisnes Kecil. akan disampaikan oleh seorang peserta yang mengikuti sebagai forum penjenamaan antarabangsa baru-baru ini melibatkan enam pakar antarabangsa.

Maklumat lanjut Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil di kursusperniagaan.com.

Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil juga dianjurkan bersama Majalah IM, majalah internet pertama di Malaysia dan Primaya Solution.

Zamri Mohammad

Dec
22nd

Opera Mini, Browser Hebat Untuk Hanphone Java

Files under mobile, perisian | 3 Comments

Kalau menggunakan komputer, semua fungsi yang ada di Internet dapat diakses secara lengkap. Namun tidak demikian halnya dengan akses melalui handphone. Banyak browser handphone yang hanya boleh digunakan untuk mengakses WAP, tanpa sokongan terhadap HTML.

Pengguna tidak boleh mengakses web Internet dengan fungsi seperti menggunakan komputer. Di handphone WAP, laman web yang bagus hanya kelihatan seperti deretan teks dan gambar yang sangat sederhana.

Di beberapa handphone masa kini, kelemahan ini mulai diperbaiki. Beberapa vendor handphone berusaha menyesuaikan perkara tersebut supaya boleh menampilkan laman web seperti di komputer. Tetapi fungsi pada browser-nya belum boleh menandingi fungsi browser di PC.

Sebagai vendor yang berpengalaman membuat browser di PC, Opera Software berusaha menyelesaikan masalahan ini. Browser dengan pengguna terbanyak ketiga di dunia ini menciptakan Opera Mini yang dapat dioperasikan di handphone “biasa” yang menyokong Java.

Fungsi-fungsi Hebat

Opera Mini memiliki beberapa fungsi hebat yang jarang dimiliki browser lain. Buktinya? Lihatlah beberapa fungsi berikut…:

Fitur Opera Link, berfungsi untuk mensinkronisasi bookmark Opera Mini 4 anda dengan Opera 9.5 yang ada di PC. Untuk menggunakan kemudahan ini anda hanya memilih menu Synchronize Opera dari Opera Mini.

Untuk meneliti penampila layar handhone yang berformat portrait, tekan bintang pagar (* #). Seterusnya putar skrin handphone 45 darjah. Penampilan browser anda akan berformat lanskap (horizontal) yang sama seperti di komputer.

Untuk browser handphone seakan-akan sebuah komputer, disediakan virtual mouse. Virtual mouse ini boleh bergerak bebas ke arah skrin manapun yang anda inginkan. Untuk menggulung layar lebih cepat, anda juga boleh menggunakan shortcut angka 2, 4, 6, 8, dan 5 untuk bergerak ke atas, kiri, kanan, bawah dan zoom.

Seperti browser-browser terbaru di komputer, Opera Mini juga memiliki kemudahan yang menghubungkan anda ke mesin pencari kegemaran anda. Fungsi ini memudahkan anda untuk mencari berbagai macam topik di Internet.

(more…)

Dec
19th

Asal Hajarul Aswad putih

Files under umum | Leave a Comment

SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

(more…)

Dec
18th

Lain-lain Perniagaan Di Internet

Selain bentuk perniagaan yang disebutkan sebelum ini, terdapat beberapa jenis perniagaan lain yang hampir serupa dengan bentuk perniagaan tersebut. Berikut disenaraikan beberapa lagi jenis perniagaan yang boleh anda sertai :

1. Perniagaan berbentuk pengiklanan
Selain Google Adsense, terdapat bentuk pengiklanan lain yang hampir serupa dengannya.

  1. Adbrite
  2. Blogrush (untuk blog / web berbahasa Inggeris sahaja)

2. Perniagaan pelaburan
Perniagaan dalam bentuk pelaburan juga dikatakan boleh memberikan keuntungan yang amat lumayan (bukan pelaburan haram). Salah satu bentuk pelaburan yang cukup terkenal ialah Forex (Foreign Exchange).
Untuk rujukan mengenai Forex, sila lawati laman web berikut :

  1. Kuasa Forex
  2. NoGold Forum
  3. CariGold Forum
  4. Marketiva
  5. Akmos
  6. Lubuk Forex

3. Pengiklanan Affiliate
Pengiklanan berbentuk program affiliate lain yang boleh anda sertai :

  1. Amazon
  2. Nuffnang Ads
  3. Advertlets

4. Perniagaan MLM
Selain bentuk perniagaan MLM yang telah disebutkan sebelum ini, berikut beberapa perniagaan MLM yang boleh anda sertai (menjual prepaid secara online) :

  1. My Mode (prepaid4u)
  2. MasterEload
  3. My Shop2u
  4. Ezyprepaid

5. Perniagaan melalui SMS
Melalui handphone anda juga, anda boleh melakukan perniagaan. Terdapat banyak jenis perniagaan melalui SMS yang boleh anda lakukan hanya menggunakan handphone.
Untuk rujukan mengenai perniagaan melalui SMS, rujuk panduan di laman web berikut :

  1. Panduan Rahsia SMS
Dec
15th

Mengatasi masalah proses Defrag

Files under komputer, perkakasan | 1 Comment

Kadang-kadang, ketika kita sedang melakukan defrag harddisk, muncul makluamt “Error Defragmenting Drive C, Windows cannot finish defragmentting this drive because it has encountered a problem. Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk, and then try defragmenting again”. Setelah itu, proses defrag berhenti.

Jangan panik! Ikuti dulu langkah yang diberikan Windows pada maklumat kesalahan tadi, yakni menjalankan Scan disk untuk memeriksa keadaan harddisk. Setelah Scan disk selesai, cuba defrag sekali lagi.

Bila langkah Windows sudah dijalankan, tetapi harddisk masih tidak boleh defrag, ikuti trik Berikut :

1. Klik [Start] > [Settings] > [Folder Options…].
2. Pilih tab [View], kemudian klik pilihan [Show all files].
3. Tekan [OK] untuk keluar dari tetingkap “Folder Options”.
4. Klik [Start] > [Find] > [Files or Folders].
5. Taip “applog” pada column “Name:”, dan pada combo box “Look in:” pilih drive [C].
6. Tandakan pada kotak [Include subfolders].
7. Lakukan pencarian dengan klik [Find now].
8. Setelah pencarian berakhir, hapuslah semua file yang ditemui (kecuali folder C:-WINDOWS-applog) kemudian klik dua kali folder applog dan hapuskan seluruh kandungan folder yang ada di dalamnya.
9. Tutup tetaingkap pencarian dan jalankan kembali Disk Defragmenter.

Sumber: PCplus