Kalau menggunakan komputer, semua fungsi yang ada di Internet dapat diakses secara lengkap. Namun tidak demikian halnya dengan akses melalui handphone. Banyak browser handphone yang hanya boleh digunakan untuk mengakses WAP, tanpa sokongan terhadap HTML.
Pengguna tidak boleh mengakses web Internet dengan fungsi seperti menggunakan komputer. Di handphone WAP, laman web yang bagus hanya kelihatan seperti deretan teks dan gambar yang sangat sederhana.
Di beberapa handphone masa kini, kelemahan ini mulai diperbaiki. Beberapa vendor handphone berusaha menyesuaikan perkara tersebut supaya boleh menampilkan laman web seperti di komputer. Tetapi fungsi pada browser-nya belum boleh menandingi fungsi browser di PC.
Sebagai vendor yang berpengalaman membuat browser di PC, Opera Software berusaha menyelesaikan masalahan ini. Browser dengan pengguna terbanyak ketiga di dunia ini menciptakan Opera Mini yang dapat dioperasikan di handphone “biasa†yang menyokong Java.
Fungsi-fungsi Hebat
Opera Mini memiliki beberapa fungsi hebat yang jarang dimiliki browser lain. Buktinya? Lihatlah beberapa fungsi berikut…:
Fitur Opera Link, berfungsi untuk mensinkronisasi bookmark Opera Mini 4 anda dengan Opera 9.5 yang ada di PC. Untuk menggunakan kemudahan ini anda hanya memilih menu Synchronize Opera dari Opera Mini.
Untuk meneliti penampila layar handhone yang berformat portrait, tekan bintang pagar (* #). Seterusnya putar skrin handphone 45 darjah. Penampilan browser anda akan berformat lanskap (horizontal) yang sama seperti di komputer.
Untuk browser handphone seakan-akan sebuah komputer, disediakan virtual mouse. Virtual mouse ini boleh bergerak bebas ke arah skrin manapun yang anda inginkan. Untuk menggulung layar lebih cepat, anda juga boleh menggunakan shortcut angka 2, 4, 6, 8, dan 5 untuk bergerak ke atas, kiri, kanan, bawah dan zoom.
Seperti browser-browser terbaru di komputer, Opera Mini juga memiliki kemudahan yang menghubungkan anda ke mesin pencari kegemaran anda. Fungsi ini memudahkan anda untuk mencari berbagai macam topik di Internet.
Dengan modifikasi, fungsi seperti tab juga boleh dibina. Namun kerana terbatasnya ruang layar handphone, tidak ada tempat di skrin untuk menampilkan tab. Sebagai gantinya, disediakan menu Window. Fungsinya sama saja seperti tab. Hanya formatnya lebih berupa “tetingkap†daripada “labelâ€, maka diberilah nama Window.
Sokongan terhadap CSS menjadi kunci, yang membuat tampilan web di handphone tetap nampak bagus seperti tampilan di skrin komputer. Kehebatan ini dilengkapi dengan kemampuan untuk menyimpan halaman web yang terbuka, ke memori handphone download dan upload.
Satu perkara lagi yang menjadi kehebatan Opera Mini iaitu kemampuannya untuk memproses dan mengelola akses ke web. Sebagai contoh jika anda ingin membuka suatu alamat Internet, maka permintaan tersebut tidak dikirimkan ke server yang dituju dan menampilkan “web†begitu saja.
Suatu permintaan akses ke web dikirimkan ke server Opera yang disediakan khusus untuk tujuan ini. Server tersebut kemudian meneruskan permintaan anda ke alamat web yang ingin anda layari. Balasannya akan diproses sedemikian rupa dan dikompres untuk mengurangkan saiz failnya. Dengan cara ini, akses lebih cepat ke suatu laman web yang dikunjungi, kerana data yang ditransfer lebih kecil. Pembayaran GPRS/3G yang dikenakan untuk akses pun menjadi lebih murah.
Untuk keselamatan, Opera Mini tidak mengabaikannya. Dengan Opera Mini 4, semua sambungan antara handphone sehingga ke server yang dituju berlangsung selamat. Anda dapat melakukan sambungan SSL 256 bit RC4 dengan kunci 1280 bit RSA.
Untuk menjaga privasi, server Opera tidak menyimpan data pribadi anda. Jejak anda mungkin masih ada kerana data peribadi anda tersimpan di cookie handphone. Namun jangan kuatir, anda dapat membersihkannya dengan cara mengakses menu Tools > Settings > Clear cookies. Sementara untuk membersihkan jejak browsing anda, akseslah ke menu Tools > History > Clear.
Download dan Pasang
Opera menawarkan tiga metod install program ke handphone. Pertama, dengan cara SMS. Untuk menggunakan cara ini, anda harus membuka http://www.operamini.com/download/sms dan memasukkan nombor handphone anda di web tersebut. Sesaat kemudian anda akan mendapatkan link download langsung di handphone anda.
Cara kedua, anda boleh mengunjungi operamini.com langsung dari browser WAP handphone anda. Dari halaman yang tersebut, pilih menu Download Opera Mini. Dari sini, file install Opera boleh langsung download ke handphone anda.
Cara yang terakhir ialah dengan mengunjungi alamat http://www.operamini.com/download/pc melalui browser PC. Di halaman yang terbuka, anda dapat memilih model dan jenis handphone anda, untuk download ke hard disk. Seterusnya anda harus memindahkan file opera-mini-advanced.jar yang telah didownload ke handphone. Pemindahan boleh dilakukan melalui kabel data ataupun Bluetooth. Untuk selanjutnya, jalankan file opera-mini-advanced.jar untuk mproses install.
TIP & TRIK
Meskipun sudah dilengkapi berbagai fungsi terkini, beberapa seting Opera juga masih perlu untuk diperiksa. Misalnya anda ingin lebih mengurang bandwith untuk meringankan kos. Anda boleh masuk ke menu Menu > Tools > Settings, hilangkan tanda cek di Load images. Sebaliknya, jika ingin menampilkan gambar dengan kualiti tinggi, anda boleh mengubah setting Image Quality menjadi High.
Kepada anda yang menggunakan skrin beresolusi rendah, berikan tanda cek di depan opsi Full screen mode. Dengan ini berbagai asesoris dan taskbar yang muncul diskrin akan disingkirkan. Tampilan layar sepenuhnya digunakan untuk menampilkan halaman web. Untuk mengurangi beban handphone sekaligus menjimatkan bateri, anda juga boleh menghilangkan efek animasi yang muncul setiap kali mengakses menu dengan menghilangkan tanda cek di Visual effects.
Untuk membolehkan anda boleh mengakses halaman web secara “langsung†tanpa menampilkan overview terlebih dahulu, anda boleh mengakses menu Menu > Tools > Settings dan hilangkan tanda cek di Show overview.
Langkah terakhir, tekan Save untuk menyimpan perubahan. Happy browsing!
Sumber: Sabahdaily







By Puteri Ezza on Dec 23, 2008 | Reply
Salam Saudara Mus.
Apa khabar? Saya buat searching tadi. Tiba-tiba terjumpa blog ni. Saudara ni orang Kunak ya? Area mana? Masih di Kunak ka sekarang?
Saya pun kerja di Kunak (guru di SK Skim Cocos) dan wartawan sambilan untuk kawasan Kunak. Tapi saya bukan orang Kunak. Saya tertarik dengan blog ni. Banyak info berguna tentang perkomputeran.
Nanti saya akan sering berkunjung ke sini.
Kalau tidak keberatan, datanglah berkunjung ke blog saya ya.
Salam hormat.
By aMaTeuR91 on Apr 27, 2009 | Reply
Wah! De pasal opmin la..Bro..Leh x snaraikan server yg leh gna kat server opmin..Thank you..
By C on May 29, 2009 | Reply
Test
By willl on Apr 29, 2010 | Reply
setahu sy operamini ni kta boleh layar internet secara percuma…bole tak tolong beri tahu cara setting nya…