Jan
9th

10 Perangkap Syaitan

Files under motivasi, umum | Leave a Comment

Salam kebahagian di hari Jumaat yang mulia ini. Marilah kita sama-sama memotivasikan diri dengan perkara-perkara keagamaan. Semoga hari ini kita dapat pengajaran yang terbaik dari perkara tersebut. Hayati artikel yang diberikan ini…

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.” ( An-Nisa’: 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.” (An-Nahl:23)

(more…)

Jan
5th

Soal Jawab Vista bersama Microsoft

Files under komputer, perisian | 2 Comments

Umumnya kebanyakan orang akrab dengan Mr Google. Sedikit-sedikit, pertanyaan dilemparkan ke Google atau Web. Jawapannya memang diberikan, tetapi tidak mudah menemui jawapan yang betul-betul tepat.

Bagi pengguna Microsoft Windows Vista kini tersedia sebuah forum khusus untuk anda. Ia dinamakan Microsoft Answers, forum beralamat answers.microsoft.com ini masih dalam tahap beta dan menyediakan segala jawapan yang berkaitan dengan Vista dalam bentuk tanya-jawab.

Ada tiga cara menggunakan laman web ini. Anda boleh menggunaan search bar di bahagian atas halaman untuk menemui jawapan setiap pertanyaan anda. Anda juga boleh browse halaman kategori di bawah bahagian Find Answers. Atau, jika jawapan tidak juga tepat, anda boleh bertanya pada komuniti pengguna bagaimana mereka memperbaiki sebuah masalah atau melakukan sesuatu.

Anda juga boleh melanggan sebuah pertanyaan dan menerima jawapannya melalui browser, e-mail, atau RSS jika jawapan itu sudah di-posting. Namun, untuk kemudahan ini anda perlu jadi pelanggan, maksudnya perlu sign in untuk melihat pertanyaan dan jawapannya.

Sayangnya laman web ini hanya terbatas untuk Vista.

Jan
1st

Selamat Tahun Baru 2009

Files under umum | 1 Comment

Hari ini adalah hari baru di tahun baru. Hari yang pertama untuk tahun 2009. Oleh itu, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua warga perbaca setia blog ini dan kepada semua masyarakat dunia..

Menyelusuri kembali tahun 2008, apa yang kita telah lakukan sepanjang tahun tersebut. Apakah segala perancangan yang dilakukan di awal tahun 2008 tersebut telah tercapai, atau hanya angan-angan semata-mata…. Anda mungkin boleh menilai sendiri pencapaian anda itu…

Bagi saya di Rahsiakomputer.com, Alhamdulillah segala perancangan tahun 2008 dapat dilakukan walapun tidak begitu cemerlang dan gemilang…:) Namun hasilnya boleh dibanggakan terutamanya melalui dunia cyber dan perniagaan Internet.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/6149793/2/istockphoto_6149793-happy-new-year-2009.jpg

Untuk tahun mendatang 2009 ini, beberapa perancangan dan matlamat akan cuba dicapai dengan jayanya terutamanya bidang perniagaan Internet ini. Segalanya telah diatur dan akan dilaksanakan sedikit demi sedikit dan berperingkat-peringkat.

Selain itu, beberapa perancangan berbentuk pengajaran dan pembelajaran berkaitan dunia internet dan perniagaan juga sedang diatur bersama rakan-rakan seperjuangan. Namun masih dalam perancangan dan diharapkan ia dapat dilaksanakan….he he

Harapan untuk tahun 2009 ini, semoga segala perancangan dan matlamat yang dilakukan dan akan dilakukan memperolehi natijah dan hasil yang baik.

Teruskan perjuangan di dunia maya.

Akhir bicara…..Selamat Tahun Baru 2009.