Salam kejayaan untuk semua…Salam untuk mencapai tahap Bisnes Berapi.. Apakah yang dikatakan Bisnes Berapi..? Bunyinya macam agak pelik dan boleh membuatkan kita pun rasa berapi..Jangan bimbang, bisnes ini bukan menyuruh anda bermain dengan api.
Tapi Bisnes Berapi adalah satu tema yang digunakan oleh 2 orang usahawan Internet yang telah berjaya ke tahap jutawan. Bisnes berapi satu Seminar yang mengajar anda bagaimana cara anda untuk melipat kali gandakan KEUNTUNGAN apa sahaja perniagaan anda walaupun dalam keadaan ekonomi gawat!…Maksudnya ketika ekonomi lembab, bisnes anda tetap BERAPI!
Dua Mentor dalam dalam Seminar Bisnes Berapi ini ialah Irfan Khairi dan Abang Abu. Irfan Khairi merupakan Usahan Internet yang memperolehi sejuta pertama melalui perniagaan Internetnya hanyalah permulaan, sejak itu, beliau memulakan berbagai-bagai perniagaan yang lain dengan kaedah dan strategi tertentu. Keputusannya? Walaupun menjalankan perniagaan bukan Internet, beliau berjaya memperolehi pulangan >RM1,000,000 lagi!
Abang Abu pula pengasas serta CEO NowAsia, adalah ketua Kelab Usahawan Muda , Timbalan Presiden Rangkaian Usahawan Muda , Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura. Beliau juga adalah toastmaster yang bertauliah.
Konsep seminar Bisnes Berapi, bukan sekadar anda duduk, lihat dan dengar sahaja. Tetapi, akan terdapat aktiviti-aktiviti untuk menggerakkan minda anda dan mengaplikasikan apa yang disampaikan untuk setiap modul. Sehinggakan waktu makan juga adalah waktu aktiviti bisnes!..Peserta yang mengikuti akan mengalami sesi-sesi yang intensif untuk menjadi usahawan yang berapi!
Untuk maklumat lanjut berkaitan Bisnes Berapi KLIK SINI.






