Zaman dulu, kalau menjelajah dunia maya kita sering disibukkan oleh tetingkap pop-up yang mengganggu. Malah, ada beberapa tetingkap yang tidak baik. Mereka menampilkan iklan dalam tetingkap pop-up. Tetingkap pop-up yang muncul tidak menentu jumlahnya. Kadang-kadang boleh menyebabkan PC menjadi hang kerana memori tak sanggup lagi menampung. Makanya, di browser generasi baru disediakan fasiliti untuk memblok pop-up. Fasiliti ini ada di browser Firefox.
Tapi fasiliti ini ada kelemahannya juga. Browser memblok setiap tetingkap pop-up. Makanya jangan hairan kalau ada laman web yang sepatutnya ingin dilihat, tapi tak muncul kerana ditampilkan melalui tetingkap pop-up yang diblok.
Pada masa ini belum ada browser yang cukup cerdas untuk membezakan tetingkap pop-up yang penting atau tetingkap pop-up yang tidak penting, kita harus melakukan pengaturan secara manual. Tetingkap pop-up dari laman-laman web yang anda anggap “jinak†harus dimasukkan dalam daftar pilihan agar tetingkap pop-up-nya ditampilkan.
Langkah-langkah pengaturannya adalah seperti berikut:
1. Jalankan Firefox melalui menu [Start] > [All Programs] > [Mozilla Firefox] > [Mozilla Firefox].
2. Kalau tetingkap utama Firefox sudah muncul, pilih menu [Tools] > [Options...].
3. Sebuah tetingkap baru akan muncul. Klik menu [Content], dan pastikan kotak cek [Block popup Windows] telah diaktifkan.
4. Untuk mengaktifkan tetingkap pop-up pada laman-laman web tertentu, tekan butang [Allowed Sites], dan masukkan alamat laman web tersebut pada kolom “Address of Websiteâ€.
5. Setelah semua laman web pilihan dimasukkan, klik [Allow] > [Close] agar perubahan yang anda lakukan tersimpan.
6. Restart browser dan lihat perubahannya.
Sumber: PCplus





