Jun
25th

Bebaskan Firefox dari Skrip Jahat

Files under firefox | Posted by admin

Banyak orang beranggapan Mozilla Firefox itu merupakan browser paling selamat. Apalagi dengan adanya sokongan dari komunit open source yang cukup besar, kelemahan keselamatan yang muncul dapat segera dibaiki. Itu yang menyebabkan browser berlambang rubah api ini menjadi kegemaran.

Lalu muncul anggapan pengguna awam yang berpendapat bahawa dengan hanya bermodalkan browser ini komputer akan selamat dari serangan hacker. Padahal belum tentu. Kalau mahu selamat —tapi tak 100% selamat —antivirus, antispyware, firewall, dan alat perang lainnya mesti dipasang.

NoScript adalah salah satu ekstensi Firefox yang boleh digunakan untuk keselamatan menggunakan browser ini. Ekstensi yang dapat didownload secara percuma dari laman web www.noscript.net ini boleh digunakan untuk menyekat segala jenis skrip (khususnya JavaScript) yang ditanamkan dalam sebuah laman web.

Setelah di-install, aturlah NoScript dengan cara klik kanan pada tetingkap Firefox, lalu pilih menu [NoScript] > [Options…]. Pada tab [General] yang terbuka, berikan wildcard terhadap laman web yang sudah boleh dipastikan keselamatannya.

Jika kedapatan sebuah skrip dalam sebuah laman web, NoScript ini akan memberitahu dengan memunculkan pesan seperti ini: “Scripts Currently Forbidden”. Jika dirasa tidak membahayakan, klik [Options] > [Temporarily allow file://] atau [Options…] > [Allow file://] untuk membolehkan skrip sejenis ini berjalan secara terus-menerus.

Sumber: PCplus


2 Responses to “Bebaskan Firefox dari Skrip Jahat”

  1. By TMUkmkd on Jun 25, 2009 | Reply

    K pernah mahu membuat penulisa tentang ini, tetapi entah kenapa di tangguh.
    memang noscript menjadi plugin penting.

    boleh K katakan, noscript adalah pelindung firefox terbaik

  2. By You-Soff on Jul 3, 2009 | Reply

    memang bagus.. tapi.. kadang2 kalau pakai plugin no script di firefox menyebabkan saya xdapat membuka sesuatu website dengan sempurna.. contohnya.. sebuah website yang hampir keseluruhan webpage menggunakan java script.. seperti web rasmi celcom.. =.=

Post a Comment