Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam. Semoga puasa bulan dan tahun ini adalah yang terbaik. Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmatNYA kepada hambanya yang berpuasa.
Sudah agak lama blog ini tidak di update. Sudah lebih sebulan ia senyap daripada memberikan pelbagai maklumat dan informasi. Namun terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi melawat blog ini.
Sejak sebulan ini saya agak sibuk dengan pelbagai perkara peribadi dan beberapa perkara berkaitan dengan perniagaan internet.
Mula-mula saya sibuk dengan urusan kahwin dan majlis perkahwinan. Memang sibuk dan meletihkan nak berkahwin ni. Pada siapa yang nak kahwin tu lebih baik buat persedian dari awal. Persiapan apa..? Segala persiapanlah yang berkaitan lah…
Seterusnya sibuk dengan satu laman web berita. Sejak beberapa bulan ini saya sibuk update satu laman web berita. Anda tahu lah kalau laman web berita ni kena update setiap hari. Kalau boleh update setiap jam lagi bagus.
Alhamdulillah….pelawat ke laman web berita tersebut semakin hari semakin ramai. Pendapatan dari jualan iklan di laman web tersebut juga menggalakkan. Satu daripada perniagaan internet yang menguntungkan dan boleh anda ceburi. Apa laman web berita tersebut….anda cari lah sendiri
Kini sibuk pula untuk menyiapkan dua laman web perniagaan internet saya yang baru. Kedua-dua laman web tersebut masih dalam proses pembengunan dan kemaskini. Satu laman web tersebut ialah laman web perniagaan internet yang berbentuk service atau perkhidmatan.
Satu laman web lagi ialah perniagaan internet berbentuk shopping cart. Maksudnya saya akan terlibat dalam menjual produk-produk berbentuk fizikal secara online. Nak tahu produk apa…tunggu perkembangan selanjutnya daripada blog ini.
Rasanya setakat ini dahulu maklumat yang boleh saya kongsikan kepada anda. Perkembagan dan maklumat selanjutnya akan diberitahu kemudian.
Wassalam






