Oct
13th

Risiko internet

Files under internet | 1 Comment

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan ‘Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian – jawapannya ialah tidak tahu’.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko.

Berdasarkan kajian ‘Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia’ mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

“Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan,” katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

“Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

“Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus),” katanya. -BH

Oct
13th

Lebih 1 bilion tonton YouTube

Files under internet | Leave a Comment

WASHINGTON – Jumlah video yang dilayari di YouTube setiap hari mencecah lebih satu bilion di seluruh dunia.
Kenyataan itu didedahkan pengasas bersama YouTube, Chad Hurley semasa majlis ulang tahun ketiga pengambilalihan laman web perkongsian video itu oleh Google.

“Saya bangga mengatakan bahawa kita sudah berkhidmat dengan baik dan lebih satu bilion video ditonton setiap hari di YouTube,” katanya.

Menurutnya, YouTube kini berkembang daripada sebuah laman web didominasi oleh kandungan yang dijana pengguna kepada satu platform bersifat profesional.

“Kami mahu mencipta tempat di mana setiap orang yang memiliki kamera video, komputer dan sambungan internet dapat berkongsi kehidupan, seni dan suara mereka dengan dunia,” katanya.

YouTube kini mengadakan rundingan perjanjian dengan banyak syarikat filem dalam usaha menawarkan lebih kandungan menarik kepada pihak pengiklan.

Oct
10th

Strategi Perniagaan: Memilih keyword yang tepat

Keyword atau kata kunci terhadap sesuatu perniagaan di Internet adalah penting. Pemilihan keyword akan menentukan kedudukan laman web anda dalam enjin pencari (search engine). Keyword yang tepat akan menetukan kejayaan laman web anda mendapat halaman pertama di enjin pencari.

Pengguna internet akan menaip kata kunci yang dicari di ruangan yang disediakan oleh enjin pencari dan enjin pencari akan mencari kata kunci yang ditaip.

Kesilapan yang sering berlaku apabila pemilik laman web menitikberatkan terhadap nama syarikat sendiri sebagai kata kunci. Sebagai contoh, anda mendirikan laman web perniagaan “baik pulih komputer” dengan nama syarikat “Mus Friendly”. Beberapa lama kemudian, anda menaip “Mus Friendly” di enjin pencari. Anda begitu gembira kerana laman web “Mus Friendly” berada di kedudukan pertama enjin pencari.

Sebenarnya anda telah melakukan kesilapan yang besar dalam menentukan kata kunci. Harus diingat bahawa seseorang tidak akan mencari “Mus Friendly” tetapi “produk atau perkhidmatan” yang anda jual. Oleh itu “baik pulih komputer” sepatutnya menjadi tumpuan kata kunci laman web anda.

Satu lagi kesilapan yang sering berlaku ialah meletakkan kata kunci yang khusus dan terlalu panjang. Elakkan daripada menetapkan kata kunci yang panjang. Kata kunci yang panjang akan mengganggu laman web anda untuk disenaraikan di halaman pertama enjin pencari.

Sebagai contoh, anda menetapkan kata kunci seperti “pakar dalam baik pulih komputer” pada laman web anda. Adakah seseorang akan menaip “pakar dalam baik pulih computer” di enjin pencari? Tentu tidak kerana kata kunci tersebut terlalu panjang. Seseorang lebih mudah menaip “baik pulih computer” di enjin pencari.

Oleh itu, beri tumpuan pada produk dan perkhidmatan yang anda jual sebagai kata kunci. Tetapkan kata kunci yang senang ditaip dan mudah diingati.

Oct
9th

Strategi Perniagaan: Pemilihan Nama Domain

Domain name sebagai papan tanda atau iklan perniagaan anda. Oleh itu ia sangat penting kerana melambangkan perniagaan anda. Namun demikian pemilihan domain name tidak semestinya sama dengan nama syarikat anda. Jika nama syarikat anda panjang adalah tidak sesuai digunakan sebagai domain name anda kerana akan memberi kesan kepada laman web perniagaan anda.

Adalah lebih baik anda meletakkan domain name yang pendek dan dapat memberi kesan kepada pengguna.

Terdapat dua perkara penting yang perlu di ambil perhatian dalam pemilihan domain name iaitu pengguna dan enjin carian.

Pilih domain name yang pendek dan ringkas. Lagi kurang huruf yang digunakan adalah lebih baik. Kalau penjang mudah dilupakan oleh pengguna dan susah pula untuk di taip. Selain itu pilihlah domain name .com berbanding .com.my kerana ia lebih pendek.

Begitu juga jangan letakkan domain name anda dengan perkataan atau nama yang susah untuk dieja dan disebut. Kalau boleh domain name anda memberi maksud kepada perniagaan yang anda jalankan.

Seterusnya pilih domain name yang mudah diingati dan memberi kesan kepada pengguna. Sebagai contoh, yang mana lebih mudah diingati? : “ResepiKuihHariRaya.com” atau “ResepiRaya.com”. Tentulah “ResepiRaya.com” lebih senang diingati.

Patikan juga domain name anda tidak mengelirukan dan kalau boleh ia menggunakan huruf yang kecil. Ini kerana ianya juga senang di taip di dalam Internet Browser dan enjin carian. Sebagai contoh, www.amazon.com, www.ebay.com, www.yahoo.com dan www.microsoft.com.

Enjin carian juga patut di ambil kira dalam pemilihan domain name. Ini kerana cara ini lebih popular untuk seseorang mencari dan sampai ke laman web anda. Enjin pencari akan memberi perhatian yang lebih kepada nama domain yang mengandungi patah perkataan yang dicari oleh pengguna.

Ini adalah kerana nama domain menjadi keyword utama kepada perniagaan anda. Sebagai contoh apabila seseorang mencari “resepi kuih raya” dan menaipnya di enjin carian, maka “resepiraya.com” atau “resepikuihraya.com” yang akan di beri perhatian oleh enjin carian. Perkataan “resepi kuih raya” menjadi keyword atau kata kunci kepada laman web tersebut.

Oleh itu tetapkan nama domain anda bergantung kepada kehendak pengguna dan enjin carian. Selain itu pastikan nama domain anda sesuai dengan latar belakang perniagaan dan produk yang anda jual. Kalau boleh dapatkan nama domain yang sama dengan produk anda atau perniagaan anda.

Oct
8th

VAIO L adalah PC touchscreen pertama Sony

Files under komputer | Leave a Comment

Hey there Windows 7, we hear you’ve got some fancy new touch features, huh? Well, Sony’s jumping on the ballooning bandwagon of manufacturers with a heart for touchscreen PCs, putting forward its very first model with the all-new L series all-in one. Sony is billing it as part HDTV and part PC (in typical Sony fashion), with Blu-ray playback and what sounds to be a TV tuner tucked underneath, piling up to a $1,300 starting price. Other details are scarce, but Sony’s about to get on stage to hopefully clear up all that mystery.

More Info : Secret Of Computer

Oct
8th

Mengawasi Keselamatan Harddisk

Files under komputer | Leave a Comment

Pada semua harddisk PATA mahupun SATA yang ada di pasaran pada masa kini, sebenarnya sudah tertanam fitur SMART (Self-Monitoring Analysis and Reporting Technology) yang khusus mengesan keselamatan harddisk. Di dalam SMART ada sekitar 30 parameter keselamatan harddisk, mulai dari temperatur, spin-out time, sampai seek error rate. Dari data-data inilah boleh disimpulkan apakah harddisk di PC anda masih selamat atau sudah ada kerosakkan.

Untuk membaca data SMART ini, kita memerlukan aplikasi khusus seperti HD Tunes. Fungsi utama aplikasi ini sebenarnya mengukur kecepatan harddisk, namun boleh untuk membaca informasi SMART juga. HD Tunes akan membaca 15 paramater SMART, dengan 3 jenis hasil, yaitu current, worst, dan threshold. Definasi masing-masing hasil itu adalah:

· Current: Keadaan harddisk Anda sekarang
· Worst: angka paling kecil yang pernah ditemukan di harddisk generasi sebelumnya
· Threshold: batas bawah yang menunjukkan harddisk rusak
· Data: data mentah dari sensor atau counter.

Sumber: IK