Nov
25th

Menukar Format Word Ke PDF Dan PDF Ke Word

Files under perisian | Posted by admin

Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma CutePDF.

CutePDF boleh membuat fail PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai printer anda.

Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu install Ghostscript di dalam Windows. Download CutePDF Writer dan Ghostscript di sini.

Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.

Seperti namanya, SomePDF to Word Converter berfungsi untuk menukarkan fail PDF kepada fail Word supaya anda boleh mengubahsuai segala teks dan gambar yang terdapat di dalam dokumen tersebut. SomePDF juga membenarkan anda untuk menukar banyak fail PDF sekaligus, menjadikan urusan anda lebih cepat dan mudah.


4 Responses to “Menukar Format Word Ke PDF Dan PDF Ke Word”

  1. By Anarm on Nov 25, 2009 | Reply

    tukar2 format ke .pdf, PrimoPDF ade sediakan function yg lebih menarik..

  2. By yuzmir on Nov 25, 2009 | Reply

    huh…sharing yang hebat…
    thanx…

  3. By imabiz on Nov 26, 2009 | Reply

    banyak juga tip mengenai komputer di sini… byk yang imabiz belajar… ape pun tahniah.. theme blog nie cantik la..

  4. By supergel on Dec 2, 2009 | Reply

    kalau mau tukar pdf ke word tanpa mengubah imej gambar mcm mana pulak…?tq.

Post a Comment