Jan
6th

Facebook Perketat Setting Privacy

Files under internet | Leave a Comment

Sadarkah Anda? Ada yang berbeza dengan Facebook hari ini. Sebuah tingkap pop-up akan muncul bila kita melakukan sign-in ke dalam laman web jejaring terbesar saat ini. Jumlah anggota yang kian bertambah sekitar 350 juta akhirnya memaksa Facebook untuk mengetatkan setting privacy para ahlinya.”Sejauh yang kami tahu, ini merupakan kali pertama yang terjadi dalam sejarah internet,” jelas Simon Axten (juru bicara Facebook) melalui Cnet news.

Dalam tetingkap pop-up tersebut, Facebook mengingatkan anggotanya untuk lebih mementingkan keselamatan akaun Facebook peribadinya. BErmula dari status wall, info profil, hingga foto/video yang di-upload. Di sini pengguna akan dihadapkan pada 3 pilihan keselamatan, yaitu Friends,Friends of Friends, dan Everyone.

Untuk pilihan Friends, bererti pengguna hanya akan berkongsi informasi akaunnya kepada orang yang tergabung dalam akaun Facebooknya saja. Ini disarankan untuk data yang sensitif, seperti alamatemail atau nombor telepon.

Sedangkan pilihan Friends of Friends bererti, pengguna mengizinkan teman dari teman yang tergabung dalam jaringannya untuk melihat data yang di-share.

Untuk pilihan Everyone, bererti informasi yang tertera dalam akaun Facebook tersebut dapat diakses oleh siapa saja yang berhadapan dengan internet.

Selain ketiga pilihan di atas, masih ada alternatif lain, yaitu customize. Di sini pengguna dapat mengatur orang-orang tertentu yang berhak melihat akaunnya, iaitu dengan menaipkan nama pada field yang tersedia. Jadi, hati-hatilah dalam berkongsi informasi melalui laman web jejaring sosial. -InfoKomputer

Jan
5th

Rangkaian perisian antivirus

Files under anti virus | Leave a Comment

Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan…Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin keselamatan komputer ketika di alam siber.

Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia.

Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.

Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian.

“Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar,” katanya semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan program perosak dengan lebih berkesan.

Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia.

Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar.

Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan.

“Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti jenayah seluruh dunia.

“Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab,” katanya.

Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan.

Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer. -UM

Jan
4th

Cara Lajukan Video Youtube

Files under internet, video | Leave a Comment

Pada waktu puncak, biasanya kita hanya akan dapat 75% dari kelajuan pakej yang kita langgan. Pada waktu sesak pula, tak payah sebutlah.. buat sakit hati je kan..

Di Malaysia, laman Youtube adalah laman perkongsian video yang paling popular.

Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang, kita selalunya terpaksa menunggu lama (loading time) sebelum dapat menonton video di Youtube.

Hanya pada masa tertentu sahaja kita boleh tonton video Youtube dengan laju. Biasanya pada hari cuti ataupun pada awal pagi kerana pada waktu itu, tidak ramai yang menggunakan internet.

Untuk mengatasi masalah ini, saya pernah gunakan pelbagai perisian tapi kurang berkesan. Akhirnya, saya berjaya melajukan video Youtube dengan menggunakan perisian BIWIFI.

Perisian ini membolehkan saya menonton video Youtube lebih laju dari biasa dan perisian ini juga adalah PERCUMA dan kita tidak perlu mendaftarkan apa-apa maklumat untuk memuat-turunnya.

Apa tunggu lagi. Cubalah sekarang!
[Klik di sini untuk DOWNLOAD]

Sumber: Nur Aflah