Kepada mereka yang masih belum mempunyai perniagaan di Internet....

rahsia ini adalah untuk anda....

 

Panduan Lengkap...

bagaimana anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, melakukan promosi, strategi pemasaran dan memperolehi pendapatan.

 

 

 

 

PERINGATAN : Ebook ini hanyalah kepada mereka yang masih baru (newbies) dan ingin mengenali dunia perniagaan di Internet. Mereka yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan perniagaan, bagaimana untuk menjalankan perniagaan, langkah-langkah promosi, strategi pemasaran dan pelbagai maklumat berkaitan dengan perniagaan Internet.

 

 

 

Perkembangan dunia komputer yang pesat turut membawa kepesatan kepada dunia Internet dan teknologi maklumat. Seiring dengan itu, perniagaan di Internet juga turut berkembang maju dan semakin ramai yang menceburkan diri dalam perniagaan Internet.

 

Kelebihan yang terdapat pada perniagaan Internet membolehkan ramai usahawan Internet telah berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan dan ada di kalangan usahawan Internet ini telah menjadi jutawan.

 

Bagaimanakah mereka boleh bejaya menjadi usahawan jutawan?

 

Perkara ini sukar dijawab jika anda masih baru (newbie) tentang dunia perniagaan Internet. Banyak persoalan-persoalan yang sering bermain di pemikiran newbie berkaitan perniagaan Internet.

 

 

 

Masalah orang baru...?

 

Anda mungkin pernah mendengar masalah dan persoalan yang sering ditimbulkan oleh orang yang ingin memulakan perniagaan Internet. Anda juga mungkin pernah tertanya-tanya akan persoalan itu. Antara persoalan tersebut ialah :

 

Kenapa ramai orang kini memilih untuk menjalankan perniagaan di Internet..? Apakah kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet..?

 

Saya pun ingin menjalankan pernaigaan Internet..? Bagaimana saya boleh memulakan dan menjalankan perniagaan di Internet..? Apakah langkah pertama saya untuk memulakan perniagaan tersebut..?

 

Apakah produk yang boleh saya jual di Internet..?

 

Saya memang berminat berniaga di Internet..Tapi saya tidak mempunyai apa-apa produk atau perkhidmatan... Bolehkah saya berniaga..?

 

Saya juga tidak mempunyai laman web sendiri, jadi bagaimana saya boleh menjalankan perniagaan tersebut..?

 

Bagaimana cara pembeli membayar produk yang saya jual dan macam mana pula cara saya menghantar produk yang mereka pesan itu.?

 

Bagaimana orang ramai boleh tahu produk yang saya jual..? Apakah cara untuk saya mengenalkan orang ramai tentang produk atau perkhidmatan yang saya jual..?

 

 

Demikianlah beberapa persoalan yang biasa ditimbulkan oleh orang yang baru berangan-angan untuk memulakan perniagaan tersebut. Adakah anda juga berangan-angan untuk memulakan perniagaan Internet...?

 

Jangan bimbang, ebook ini akan menjawab segala presoalan tersebut dengan jelas dan menjadikan angan-angan anda suatu kenyataan. Nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca penerangan seterusnya.

 

 

 

Kandungan di dalam ebook ini...

 

Ebook dengan 129 muka surat ini lengkap dengan panduan berguna yang anda perlukan sebagai orang baru yang ingin memulakan perniagaan di Internet. Lihat dan perhatikan maklumat dibawah yang berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut.

 

Diterangkan tentang kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet. Apakah kelebihan yang anda perolehi bila anda menjalankan perniagaan tersebut.

Seterusnya dibincangkan juga model-model perniagaan yang dijalankan di Internet. Sebenarnya terdapat banyak model-model atau bentuk perniagaan yang boleh anda jalankan. Anda boleh memilih satu daripadanya atau ingin menjalankan semua model perniagaan tersebut. Ketahui apa model perniagaan yang sesuai untuk anda melalui ebook ini.

Jika anda kabur tentang produk atau perkhidmatan yang boleh dijual. Ebook ini memberikan anda senarai produk-produk dan perkhidmatan yang mungkin sesuai untuk anda jual melalui internet.

Ebook merupakan produk yang paling banyak dijual di Internet. Apakah yang dimaksudkan dengan produk E-book..? Apa pula kelebihan jika anda menjual produk ebook ini..? Segalanya ada di dalam ebook ini.

Menjalankan perniagaan Internet tanpa produk dan perkhidmatan sendiri. Ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri.

Ebook ini juga menerangkan bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai laman web sendiri.

Seterusnya anda diterangkan langkah-langkah untuk memulakan perniagaan. Bahagian ini menerangkan perkara yang perlu untuk anda memulakan perniagaan, cara pembelian dan pembayaran dibuat serta cara penghantaran produk dan perkhidmatan dilakukan.

Juga diterangkan berkaitan dengan membina laman web. Bahagian ini menerangkan secara ringkas tentang perisian membina laman web, struktur laman web perniagaan dan beberapa cara mudah membina laman web.

Syarikat pemproses pembayaran menggunakan kad kredit. Dua syarikat yang boleh anda gunakan untuk menerima pembayaran pelanggan yang menggunakan kad kredit.

Melakukan promosi laman web perniagaan anda. Ebook ini turut membincangkan langkah-langkah promosi yang boleh anda lakukan di Internet. Promosi merupakan langkah yang penting untuk mendapatkan pembeli produk anda.

Perniagaan juga memerlukan strategi pemasaran yang berkesan. Ketahui apakah strategi-strategi yang perlu anda lakukan bila anda menjalankan pernaigaan di Internet untuk mendapatkan pembeli yang ramai.

Akhir sekali tindakan yang perlu anda lakukan. Di bahagian ini diterangkan secara ringkas tindakan segera yang perlu anda ambil setelah selesai membaca ebook ini. Tindakan langkah demi langkah dari awal sehinggalah anda mempunyai perniagaan Internet sendiri.

 

 

Screenshot ebook ini...

 

 

Paparan di atas adalah sebahagian kandungan yang terdapat di dalam ebook "Belajar Berniaga Di Internet". Ebook ini lengkap dengan panduan, penerangan dan maklumat bergambar yang dapat membantu anda memahami setiap bahagian yang diterangkan.

 

 

 

Kelebihan memiliki ebook ini...

 

 

Melalui ebook ini, anda tidak perlu membuang masa mencari maklumat yang banyak bertaburan di Internet dan kadang-kadang boleh memeningkan kepala anda. Segalanya telah dikumpulkan di dalam ebook "Belajar Berniaga Di Internet" ini.

Setiap perkara yang berkaitan diterangkan secara terperinci dan langkah demi langkah. Turut disertakan tindakan yang perlu anda ambil setelah anda mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan perniagaan Internet.

Daripada ebook ini juga, anda boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan di Internet walaupun anda tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri atau tidak mempunyai laman web sendiri.

Turut disertakan laman web rujukkan yang boleh anda jadikan panduan perniagaan dan produk-produk yang boleh anda beli dan jual semula jika anda tidak mempunyai produk sendiri.

Daripada pembelian ebook ini, anda akan mendapat bonus hebat secara PERCUMA. Melalui bonus ini, terdapat banyak maklumat yang boleh anda gunakan untuk membantu anda menjalankan perniagaan di Internet.

Sebarang kemaskini yang dilakukan terhadap produk Belajar Berniaga Di Internet ini akan diberikan secara PERCUMA kepada anda.

 

 

 

 

 

 

 

Ebook lengkap yang akan memandu anda dari awal hinggalah anda mempunyai perniagaan Internet sendiri dan memperolehi pendapatan.

 

Inilah masanya anda memulakan perniagaan Internet jika anda masih belum mempunyai perniagaan.

 

Ya..saya ingin memulakan perniagaan Internet sekarang

 

Bonus hebat untuk anda...

 

Produk ini pula berkaitan panduan langkah demi langkah bagaimana anda boleh membina blog PERCUMA dengan Blogger.com. Seterusnya menggunakan blog ini sebagai medium untuk melakukan perniagaan di Internet.

Ebook ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama antaranya Pengenalan Blog & ciri-cirinya, jenis - fungsi & kepentingan blog, langkah demi langkah membina blog, Langkah memulakan perniagaan dengan blog, perniagaan tanpa produk & perkhidmatan sendiri, Langkah-langkah Promosi dan Strategi Perniagaan Berkesan.

 

 

 

 

*Hak akses Galeri Ilmu dari Rahsiakomputer.com adalah bonus tambahan PERCUMA yang

diberikan kepada anda. Lebih 1000 produk yang terdiri daripada produk-produk

"ebook, software, template, video, javascript & script yang akan

dikemaskini dari masa ke semasa"

 

 

 

Bagaimana sekarang....adakah anda berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Di tambah lagi dengan bonus hebat yang disertakan....

 

Jangan berfikir panjang lagi, jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda sekarang. Dapatkan segera dengan harga yang cukup istimewa hanya untuk anda.

 

 

Harga Pengenalan

 

(Dapatkan segera sebelum harga ini dinaikkan)

 

Hanya RM10.00

 

 

 

 

 

Kepuasan terbaik

 diberikan hanya

 untuk anda

 

 

  

   Mustahing Saide

   www.rahsiakomputer.com

 

 

p/s :

Sekali lagi diingatkan, ini adalah panduan untuk mereka yang masih baru dalam dunia perniagaan  Internet. Mereka yang berangan-angan untuk memiliki perniagaan Internet sendiri.

 

p/p/s :

Kejayaan adalah untuk mereka yang bertindak dengan cepat dan pantas untuk memulakan perniagaan Internet. Mereka bermula dan terus berusaha untuk mencapai kejayaan itu.

 

 

Home  |  syarat & terma  |  contact