Syarat dan Terma

 

Berikut adalah syarat dan terma pembelian ebook "Belajar Berniaga Di Internet". Sila baca dengan teliti segala syarat dan terma tersebut. Jika anda membuat pembelian ebook "Belajar Berniaga Di Internet", ini bererti anda telah mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.

 

 

Ebook Belajar Berniaga Di Internet

 

Ebook "Belajar Beniaga Di Internet" mengandungi beberapa panduan berkaitan dengan kelebihan perniagaan Internet, model perniagaan, produk e-book, langkah memulakan perniagaan, laman web, promosi dan strategi pemasaran.

 

Harga tetap ebook "Belajar Berniaga Di Internet" adalah seperti di dalam surat jualan tersebut. Namun, harga boleh berubah pada bila-bila masa dan harga ini mungkin berubah mengikut promosi yang dilakukan.

 

Segala bonus istimewa yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dalam ebook ini. Ianya adalah sampingan sahaja bagi produk tersebut dan mungkin boleh hilang pada bila - bila masa sahaja.

 

Pembeli yang SAH  layak menerima sebarang kemaskini produk dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang secara PERCUMA.

 

Ebook "Belajar Berniaga Di Internet" hanya boleh diperolehi menerusi http://www.rahsiakomputer.com. Jika didapati anda memperolehi dari sumber yang HARAM, tindakan tegas akan diambil termasuk tindakan undang-undang jika difikirkan perlu.

 

Pembeli Ebook Belajar Berniaga Di Internet

Setiap pembeli adalah terikat dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini serta pada ebook "Belajar Berniaga Di Internet" tersebut.

 

Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.

 

Pembeli adalah DILARANG menyebarkan ebook "Belajar Berniaga Di Internet" ini secara haram sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya secara percuma dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran daripada pihak "RahsiaKomputer.com"

 

Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap ketika membuat pembelian ebook ini sebagai rujukan kami dan untuk memudahkan proses pengurusan. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta terpelihara bersama kami.

 

Setiap informasi / link download / Produk / Bonus yang ditawarkan adalah HAK MILIK "RahsiaKomputer.com" dan pembeli seorang sahaja. Pembeli tidak dibenarkan berkongsi maklumat tersebut bersama pihak lain. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak pembeli hilang sama sekali.

 

Pembeli akan menerima setiap updates ebook di dalam "Belajar Berniaga Di Internet" keluaran "RahsiaKomputer.com" menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa pengesahan pembelian.

 

Pembeli layak menerima Support / Bantuan khas daripada "RahsiaKomputer.com" berdasarkan panduan maklumat yang telah disediakan.

 

Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika melanggar mana - mana syarat yang telah ditetapkan oleh rahsiakomputer.com

 

Hak Cipta Ebook Belajar Berniaga Di Internet

Ebook Belajar Berniaga Di Internet adalah produk berbayar dan terkandung dalam HAK CIPTA terpelihara. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama sekali.

 

Ebook "Belajar Berniaga Di Internet" harus dibeli daripada pemilik dan penerbit asal iaitu http://www.rahsiakomputer.com  sahaja.

 

Ebook ini tidak dibenarkan dijual semula atau disebar secara percuma dalam apa jua keadaan tanpa kebenaran.

 

Tiada mana - mana bahagian dibenarkan disalin, dicetak, ditiru dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

 

Jaminan Pulangan Wang

Setiap pembeli berhak mendapatkan pulangan wang kembali dalam tempoh 14 hari selepas pembelian di buat. NAMUN perlu disertakan beberapa syarat ketat seperti berikut:

  • Telah mencuba segala teknik, langkah dan panduan yang diberikan dengan bersungguh - sungguh pada ebook "Belajar Berniaga Di Internet" yang dibeli.

  • Pembeli perlu membuktikan usaha yang telah dilakukan gagal dan telah menghubungi pihak "RahsiaKomptuer.com" untuk mendapatkan bantuan, tetapi langkah dan usaha tersebut masih tidak berjaya.

  • Memadam / delete kesemua file dan maklumat yang telah diperolehi termasuk Bonus Percuma dan Bonus Istimewa dari komputer pembeli.

Wang akan dikembalikan dalam tempoh 14 Hari selepas pembeli telah mengikut syarat yang ditetapkan diatas dengan membuat pengesahan kepada pihak "RahsiaKomputer.com". Jika aduan pembeli meragukan, pihak kami berhak menolak permohonan tersebut.

 

Penafian

Panduan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pembelajaran penulis semata - mata dalam bidang berkaitan. Ia berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.

 

Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan panduan yang diberikan adalah tepat. NAMUN memandangkan informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah informasi dan langkah yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai lagi digunapakai pada masa hadapan.

 

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat dan lengkap selamanya. Pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak langsung.

 

Bantuan & Support hanya diberikan berdasarkan panduan yang telah disediakan. Lain - lain bantuan adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan mungkin akan dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

 

 

Home  |  syarat & terma  |  contact