Jan
5th

Rangkaian perisian antivirus

Files under anti virus | Leave a Comment

Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan…Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin keselamatan komputer ketika di alam siber.

Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia.

Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.

Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian.

“Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar,” katanya semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan program perosak dengan lebih berkesan.

Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia.

Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar.

Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan.

“Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti jenayah seluruh dunia.

“Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab,” katanya.

Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan.

Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer. -UM

May
19th

Spyware Doctor For Windows

Award-winning spyware protection to secure your PC against privacy and tracking threats.

Spyware Doctor adalah perisian untuk mengesan malware & spyware. Ia melindungi dan membuang PC anda daripada beribu-ribu spyware, adware, trojans, keyloggers, spybots dan tracking threats.

Untuk downlaod dan proses install, sila ikuti langkah berikut :

  1. Klik butang hijau untuk dowload software.
  2. Bila kotak File Download terpapar, klik butang “Save”.
  3. Bila kotak Save As muncul, pili folder untuk meletakkan software tersebut di dalam komputer anda seperti di Desktop.
  4. Tunggu sehingga selesai proses download.
  5. Seterusnya klik dua kali pada icon seperti di bawah untuk proses installation.
  6. Klik Run untuk meneruskan proses installation.
  7. Anda akan disuruh untuk menutup semua aplikasi yang sedang berjalan seperti gambarajah di bawah. Klik “Next” untuk installation seterusnya.
  8. Baca License Agreement. dan klik “I accept the agreement” . Seterusnya klik “Next”.
  9. Hanya klik “Next” untuk meneruskan proses.
  10. Klik “Install” untuk memulakan installation Spyware Doctor.
  11. Biarkan proses instalation berjalan sehingga selesai.
  12. Klik “Finish” dan mulakan Spyware Doctor.

Download software di sini.

Dec
31st

Mencari Anti Virus Percuma Terbaik

Files under anti virus | 6 Comments

Mutakhir ini serangan virus, trojan, worm, spyware dan seumpamanya makin menjadi-jadi. Ia bukan sahaja merunsingkan pengguna komputer malah sekaligus menakutkan.

Apa tidaknya, komputer yang penuh dengan data dan maklumat penting boleh musnah dengan sekelip mata apabila komputer terpaksa difromat lantaran diserang oleh anasir tersebut.

Tidak boleh tidak, pemasangan perisian Antivirus merupakan satu kemestian. Persoalan timbul, Antivirus mana yang terbaik?

Berikut beberapa kajian yang dibuat terhadap beberapa perisian anti virus percuma.
AOL ACTIVE VIRUS SHIELD

Site: http://www.activevirusshield.com

Perisian antivirus percuma ini didasarkan kepada salah satu program antivirus berbayar terbaik iaitu – Kaspersky Antivirus, dan mengimbas dengan cemerlang serta melakukan kemaskini secara automatik dari makmal Kaspersky.
Saya mendapati kadar pengesanan virus.gr : 99.62%; dengan 16GB data ia menimmbas selama 31 min, 16 saat; jumlah fail : 224,565.

Ulasan beberapa pakar mendapati AOL Active Virus Shield ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.vnunet.com dan PC Authority,
manakala CNET Review dan ZDNET Review memberikan nilaian VERY GOOD kepada perisian ini.

AVAST 4 HOME EDITION

Site: http://www.avast.com

Avast! Home Edition ialah satu pakej anti-virus yang lengkap, percuma untuk pengguna persendirian. Ia mempunya dua antaramuka – untuk novis dan untuk pengguna mahir), Pengimbas virus dengan Standard Shield (yang melindungi komputer dari membuka dan melaksanakan progam malware) dan juga pengimbas email yang akan mengimbas semua email yang masuk atau keluar. Avast! Home boleh juga diakses di Windows Explorer dengan menu butang kanan tetikus dan juga didatangkan dengan screen saver istimewa yang boleh mengimbas sistem sewaktu komputer anda tidak aktif. kemaskini begitu mudah dan pantas. Perisian ini ialah untuk demo 60 hari dan anda boleh terus menggunakannya secara percuma tanpa tamat tempoh dengan mendaftar di lamanwebnya untuk mendapatkan kunci pengaktifan percuma melalui email.

BITDEFENDER 8 FREE EDITION

Site: http://www.bitdefender.com

bd-global-toplogo_new.gifBitDefender Free Edition mengandungi pengimbas virus, pengemaskinian dalam talian tetapi tidak malangnya di versi percuma, ia tidak mempunyai pengimbas secara “real-time” dan juga tidak mengimbas email Ia akan mengimbas fail dengan pantas termasuk fail-fail arkib seperti zip dan boot sector. Ia juga boleh di akses dari Windows Explorer dengan mengklik butang kanan.

AVIRA ANTIVIRUS

Site: http://www.free-av.com/

avira_logo.gifFreeware ini adalah satu-satunya antivirus percuma yang yang agak baik. Antivirus yang satu ini dapat melindungi PC anda dari serangan virus hingga mencapai 80.000 jenis varian virus termasuk virus macro dan trojan beserta variannya. Kekurangannya adalah tidak tersedianya kemaskini secara automatik, sehingga Anda harus melakukan mengemaskini secara manual. Dengan begitu resource pada PC Anda tidak habis terpakai oleh aplikasi ini.

AVG 7.5 FREE EDITION

Site : http://www.grisoft.com

avg_logo.gifTidak banyak antivirus percuma yang boleh bekerja sehebat AVG 7.5, maka dari itu freeware ini saya masukkan dalam salah satu jajaran freeware terbaik 2007. AVG 7.5 memiliki berbagai kelebihan seperti kemaskini automatik, melindungi PC anda dari serangan virus secara mendadak dan yang paling menarik adalah kemampuan antivirus ini dalam melakukan scan e-mail yang ada di dalam e-mail client anda dan dapat mengintegrasikan AVG 7.5 dengan e-mail client anda. Namun dari ujian yang dilakukan masih banyak juga virus yang terlepas dari imbasan program ini. Jadi kami tidak dapat merekomenkan sepenuhnya perisian ini seandainya anda seroang pengguna komputer yang aktif.

p/s : Walaupun komputer anda mempunyai perisian anti virus, langkah berjaga-jaga perlu diambil. Oleh itu, back up data penting yang ada di komputer anda adalah perkara yang perlu dilakukan.