Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemaskini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam.
Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam.
“Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka,†kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut.
Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial.
Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti menjejaskan lain selain webpage yang disisip.
SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut.
Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka, kata suruhanjaya itu. -BERNAMA
Perang persaingan dalam paparan Internet antara Microsoft dan Google belum berakhir. Tidak lama setelah Microsoft mengeluarkan Internet Explorer 8 versi beta 2, Google pulamengungkapkan browser web terbaru yang dibangunkannya.
Browser yang akan diberikan percuma itu diberi nama Chrome. Perkenalannya kepada komuniti maya sangat unik kerana menggunakan cerita komik yang menjelaskan mengenai browser tersebut secara jelas.
Bermula Selasa (2/9), aplikasi tersebut dikatakan dapat didownload di 100 negara dan dapat digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Google menyatakan masih membangunkan versi lain untuk kegunaan pada sistem operasi Macintosh dari Apple dan Linux.
Dalam blog rasmi yang ditulis pejabat Google, Chrome menawarkan fungsi mengakses web lebih baik. Web browser ini menyediakan akses ke pelbagai kandungan multimedia lebih cepat kerana telah dilengkapi JavaScript virtual machine yang multiproses. Untuk mencegah phising dan pencurian data web, Chrome juga memiliki fungsi membuka aplikasi berbasaskan web tanpa toolbar dan address bar yang juga dikembangkan Mozilla dalam projek yang disebut Prism.
Masuknya Google ke pasar web browser menandakan makin panasnya persaingan di dunia Internet. Sebelum ini Google berupaya mengusai pasaran pengguna aplikasi dokumen dengan memperkenalkan Google Docs yang dapat diakses online. Google juga memberi persaingan terhadap dominasi Internet Explorer dengan mendukung browser web Firefox buatan Mozilla yang pada masa ini telah mengusai 10% pasaran dunia.
Google mungkin berharap dapat mengusai pasaran dunia lebih besar dengan produknya sendiri. Namun, nama besar Google di dunia maya bukan jaminan setiap produknya boleh berhasil. Instant messaging Gtalk dan layanan email Gmail sejauh ini masih di bawah berbanding dari Yahoo mahupun Microsoft. Apapun hasilnya, Chrome juga bakal menjadi pesaing baru bagi Firefox.
Apa yang baru pada USB 3.0 ini? Pertama, kepantasanya dikatakan 10 kali lebih cepat dari USB2.0. Secara logiknya mengikut teori sama dengan 4,8Gbps. Jika diterjemahkan, file berukuran 27GB akan secara pantas disalin dalam tempoh 70 saat.
Yang menarik, USB 3.0 ini membezakan jalur untuk upload dan jalur untuk download. Ertinya, kita boleh melakukan copy dan write sekaligus tanpa perlu menunggu proses download atau upload. Selain itu USB 3.0 ini berkuasa lebih besar (mencapai 900 miliamp) sehingga lebih banyak perisian boleh di download berulang (charge) secara lebih cepat.
Tentu sahaja USB 3.0 ini akan diserasikan dengan perkakasan atau perisian yang sebelum ini menyokong USB 2.0 dan USB 1.1/1.0.
Namun demikian, satu-satunya yang mungkin mengecewakan adalah kabel USB 3.0 ini agak lebih tebal – seakan-akan kabel Ethernet.
USB 3.0 ini akan datang dalam berbagai bentuk dan ukuran, termasuk bentuk mini, dan dirasakan akan menjadi jawapan untuk pengguna handphone dan perkakasan portabel.
Sayangnya kita masih perlu bersabar untuk boleh menggunakannya kerana controller USB 3.0 akan diperkenalkan pada pertengahan 2009 dan dijangka produk USB 3.0 akan muncul sepenuhnya pada awal tahun 2010.
Sejak dua tahun yang lalu, Yahoo telah cuba untuk menguji dan menghasilkan beberapa perkara dan yang terbaru mereka cuba untuk menghasilkan Home Page terbarunya.
Halaman beta ini baru dihasilkan di laman web Yahoo Australia dan seperti biasa, mereka juga menyediakan fasiliti tour yang dapat anda akses dari sini.
Selain itu Yahoo juga nampaknya sedang menguji rekaan logo terbarunya yang dapat anda lihat di screenshot di bawah ini.
Tak perlu tunggu sehingga bulan Ogos untuk mengetahui harga minyak yang baru…Wah terkejut saya bila mendengar berita malam tadi, tetiba minyak diumumkan naik hari esok (hari ini). Yang lebih terkejut tu harga naik mendadak….Petrol naik 78 sen menjadi RM2.70 dan Diesel naik RM1 menjadi RM2.50.
Selepas minyak, tarif elektrik pula akan diumumkan oleh kerajaan yang akan berkuat kuasa pada bulan Julai ni. Apa nak jadi ni….wa pun tak dapat nak fikir ni….
PETIKAN MALAYSIAKINI : Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya.
Perdana menteri juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.
Bagi pemilik kenderaan persendirian, berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta ‘trak pick-up’ dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan, akan diberikan.
Bagi pemilik motosikal persendirian, berkapasiti enjin sehingga 250cc, menerima bayaran tunai RM150 setahun.
Bayaran tunai diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor.
Mendengar cakap-cakap dari orang ramai, kebanyakan dari mereka tak berpuas hati dengan kenaikan yang terlalu mendadak ini. Bila tengok forum-forum kat internet kebanyakan mereka menganggap ini satu penindasan yang amat sangat.
Sempat juga saya mendengar radio TKOfm. Memang hangat perbincangan yang berkaitan dengan minyak ni. Ramai yang mengatakan kerajaan BN (Barang Naik) menghadiahkan bonus istimewa kepada mereka yang mengundi UMNO dan BN. Hadiah yang pastinya akan menyusahkan rakyat termasuk aku ni..ho ho panas
Beberapa petikan daripada Tranungkite.net…:Pengumuman Perdana Menteri yang menaikkan harga minyak dan tarif elektrik petang tadi jelas membuktikan bahawa Kerajaan BN merupakan kerajaan yang zalim dan bankrap idea untuk menjaga kebajikan rakyat.
Jelas sekali rakyat yang mengundi BN merupakan rakyat yang ‘bangang’ dan degil tidak mahu faham dengan hasrat Pakatan Rakyat (dulu BA dan DAP) yang membentuk kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat. Akhirnya kita semua akan menanggung kesengsaraan bukan sahaja harga minyak dan bil elektrik naik bahkan selepas ini harga barangan juga akan melambung naik.
Lagi…:Sah dalam akhbar semalam Datuk Shahrir cakap harga petrol mungkin naik bulan Ogos. Sah Menteri rambut putih tu menipu hangit!
2-3 hari lagi Sah!!!paling kurang pun 1 bulan Sah harga barangan keperluan juga akan melambung naik sesuai dengan kenaikan harga minyak dan Sah beban hidup kita selama ini akan makin bertambah.isu beras pun belum selesai & kini tak sampai sebulan kita dibebani lagi dengan kenaikan harga minyak yang akan menjanjikan kenaikan bukan saja barangan keperluan tetapi juga semua yang berkaitan.pengangkutan awam jangan kita lupa.pendek kata selepas hari ini,perbelanjaan kita akan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 40% dari jumlah asal.
Ini bukan khabar angin tapi inilah yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.mana mungkin harga minyak naik tetapi harga barangan lain dapat dikekalkan sedangkan kos semuanya meningkat lebih-lebih lagi penghantaran.lojistik…
Apa lagi akal para menteri parti Barang Naik selepas ini.kita tidak menafikan kenaikan harga minyak dunia.itu kita faham,tetapi tidak adakah penyelesaian yang lebih baik untuk mengatasinya?mengikut kenyataan Shahrir sebelum ini,harga minyak dijangka naik pada bulan Ogos…praktikalnya ialah biarkan ianya berlaku pada bulan Ogos seperti yang dijelaskan terdahulu.yang naik tetap akan naik tetapi kerajaan seolah tidak memberi peluang untuk rakyat mengolah semula perbelanjaan harian dengan kenaikan yang begitu mendadak.
Akibat daripada pengumuman kenaikan harga minyak ini, stesen-stesen minyak di seluruh negara diserbu oleh orang ramai. Pastinya banyak stesen minyak yang sesak ni sehingga pukul 12 malam. Lihat video kesan daripada kenaikan harga minyak ni….wah sesaknya.
Apa komen anda dengan perkara ini, perkara yang telah menjadi masalah besar….??? Fikir-fikirkan lah.
Gua tak dapat fikir lagi…dah pening..peningggggggg.!!!!
Nokia telah mengumumkan hasil mereka dalam melakukan ujian real world teknologi nirkabel long term evolution (LTE) 4G. Ujian ini dilakukan di Berlin dengan spektrum 2,6GHz dan mampu mencapai kepantasan maksimum sehingga 173Mbps, hasil tertinggi dari semua ujian sebelumnya.
Nokia mendirikan sebuah prototaip base station (BTS) untuk pengujian LTE ini di Heinrich Hertz Institut di tengah kota Berlin, di mana biasanya terdapat banyak interferensi yang mengurangi kepantasan transfer. Ujian pertama yang dilakukan dengan menghubungkan beberapa orang ke BTS baru ini untuk mensimulasikan keadaan di dunia sebenarnya. Nokia juga menguji bandwidth LTE dengan meletakkan beberapa terminal di dalam mobile-nya yang dikemudikan sehingga 1 kilometer dari BTS tersebut.
Matthias Reiss dari Nokia mengatakan bahwa mereka “dapat mendemonstrasikan bahwa LTE dapat mencapai ekspektasi tinggi untuk teknologi baru ini. Yang paling penting, kini kita memiliki bukti bahwa jaringan LTE dapat dioperasikan di BTS yang telah ada dan para operator selular dapat membangun jaringan LTE tanpa memerlukan tambahan antena – antena baru.”
Fakta bahwa BTS lama tetap boleh digunakan walaupun mereka ingin beranjak dari 3G kepada teknologi baru ini. Pada masa ini, kelihatannya LTE memiliki potensi untuk menutup kembali perpecahan yang terjadi di industri selular di antara GSM/CDMA kerana hingga kini masih belum ada operator selular besar yang telah berkomitmen untuk melakukan pengembangan ke teknologi CDMA 4G iaitu Ultramobile Broadband.
Akan tetapi walaupun di atas kertas LTE kelihatan jauh lebih laju dari WiMAX, teknologi ini masih belum boleh digunakan dalam waktu terdekat ini. 3GPP mensasarkan tahun 2010 untuk melaksanakan LTE dan WiMAX kini sudah di guna pakai di beberapa bandaraya di Amerika pada tahun 2008.
# Teknik SEO Luangkan 10 Minit Masa Berharga Anda Dan Ketahui Bagaimana Saya Merampas Tempat PERTAMA Dalam Search Engine Google Dalam Masa Kurang Dari Sebulan, Dengan Menggunakan Teknik Mudah SEO, Juga Tanpa Mengeluarkan Sebarang Modal!.
# Rahsia 10K Ketahui rahsia bagaimana remaja 17 tahun menghasilkan RM1.3K dalam masa 24 jam. Rahsia dibongkar untuk anda juga memperolehi 10K.
# Rahsia Merekrut MLM Tom "Big Al" Schreiter akan mendedahkan rahsia dalaman MLM...Ketahui kejayaan dengan Formula Hebat.
# Akademi SMS Bagaimana guna handphone anda memulakan perniagaan & pemasaran dengan SMS yang mudah dari rumah. Ini dia pemasaran SMS yang berjaya.
# Apa itu Cpanel...? Ketahui langkah mudah untuk menjadi seorang pakar dalam Cpanel. Masalah teknikal Cpanel kini semudah A,B,C
# E-Kamus-Malaysia Perisian kamus Dwibahasa E-kamus 5.02 keluaran alaf teras. Kini kamus hebat akan berada di dalam komputer anda.