Dec
20th

YM 9 untuk vista dikeluarkan

Pertama kali Yahoo melancarkan Yahoo Messenger untuk Windows 9.0, salah seorang komentator mengatakan bahawa sangatlah disesalkan versi YM untuk Vista belum dikeluarkan. Ramai juga yang kecewa kerana versi 9.o tidak memiliki fungsi tab.

Image Hosted by ImageShack.us
KINI, kedua - dua YM tersebut telah tiba. Yahoo telah mengeluarkan sebuah versi YM untuk Vista yang memiliki fungsi tabbed windows. Versi terbaru ini juga telah memiliki penampilan yang disesuaikan untuk Vista dan dapat di-integrasikan ke dalam gadget bar Vista. Fungsi-fungsi lainnya termasuklah mengubah paparan contact list dan automatic filtering untuk contact anda semasa klik pencarian nama.

Untuk mendapatkan Yahoo Messenger for VISTA ini, klik download sekarang.

Klik di sini untuk sumber artikel.

Dec
19th

Berita Dari Microsoft Corp

MICROSOFT OFFICE 2007 SP1 TELAH DILANCARKAN

Microsoft telah mengeluarkan Service Pack 1 (SP1) untuk Office 2007 pada 11 Desember yang lalu. Anda boleh download dari laman web rasmi Microsoft. Microsoft juga akan menghasilkan SP1 ke pelanggan melalui Windows Update dalam 3 hingga 6 bulan akan datang.

office2007sp1.gif

Office 2007 SP1 memiliki pelbagai pembaikan termasuk bug di culculation Excel yang terkenal. Tentunya, bug ini telah diperbaiki, akan tetapi seperti SP Microsoft yang lain, SP1 memiliki semua hotfix yang penting sejak Office 2007 pertama kali dikeluarkan, ditambah beberapa fungsi baru yang lain.SP1 untuk Office 2007 juga memiliki update untuk meningkatkan stabilitinya, sekuriti dan kekuatannya. Anda dapat membaca perubahan lengkapnya di sini.

Klik di sini untuk mendapatkan SP1 dan di sini untuk sumber artikel.

BETA HYPER-V DIKELUARKAN

Microsoft telah menyediakan download untuk versi beta aplikasi virtualisasi Hyper-V. Versi beta ini dapat diguna pakai di versi x64 Windows Server 2008 Enterprise Edition dan dibuat berdasarkan teknologi hypervisor yang beroperasi di sebuah layer di atas harddisk yang memungkinkan pengguna untuk mengoperasikan beberapa operating system sekaligus.

Image Hosted by ImageShack.us

Hyper-V akan menyediakan beberapa fungsi yang Windows Server 2008 yang akan dikeluarkan akhir bulan Februari iaitu Standard, Enterprise dan Datacenter.

Populariti teknologi virtualisasi telah membantu dunia korporat kerana teknologi ini memungkinkan mereka untuk menjimatkan jumlah server yang diguna, mengurangkan kuasa penggunaan dan mengurangkan kos operasi.

Klik di sini untuk sumber artikel.

SERVICE PACK BLOCKER UNTUK VISTA & XP

Microsoft telah mengeluarkan sebuah alat di laman web download-nya yang akan memblok proses installation automatik untuk beberapa service pack yang akan dikeluarkan, termasuk Vista SP1 dan Windows XP SP3.

spblocker.gif

Alat Windows Service Pack Blocker ToolKit direka untuk kegunaan korporat, terutama syarikat besar dan organisasi besar yang memerlukan percubaan mendalam sebelum mereka menggunakan service pack atau upgrade operating system di seluruh syarikat.

Download ini memiliki tiga versi yang berbeza, iaitu sebuah file EXE, sebuah script dan sebuah group policy template yang mencegah service pack untuk dipasangkan di PC melalui Windows Update.

Microsoft sebelum ini pernah mengeluarkan blocker seperti ini juga, yang terakhir adalah tahun lalu yang mencegah Internet Explorer 7 untuk di-instal di Windows XP. Alat ini tetap membiarkan update lain seperti update sekuriti untuk tetap di-install tanpa sebarang modifikasi.

Klik di sini untuk mendapatkan alat ini dan di sini untuk sumber artikel.

Dec
16th

Mengintip planet mars melalui google

Anda yang ingin mengetahui wajah planet Mars kini boleh melihatnya melalui skrin komputer anda. Feature ini diperkenalkan oleh Google dengan kerjasama NASA yang memanfaatkan satelit Odyssey dan Global Surveyor.

Dengan peta ini anda dapat melihat permukaan Mars dalam 3 informasi: permukaan planet berdasarkan ketinggian (attitude), warna hitam putih dan permukaan planet yang diambil dengan gambar inframerah. Dengan slider zoom,  permukaan terperinci mars dapat dilihat seperti lembah, gunung atau patahan.

Google telah menyediakan feature  yang berkait dengan teknologi search engine Google. Anda hanya perlu memilih jenis permukaan yang ingin dilihat , dengan segera Google akan menyediakan link nama dan informasi berkaitan objek tersebut.

Dec
12th

Pencipta Google menikah

Files under berita terkini | 1 Comment

Pernikahan pencipta Google merangkap chief executive, Larry page, merupakan perkara atau berita yang dirahsiakan. Namun terima kasih kepada search engine Google, anda boleh mencarinya dengan menaip keyword: “Larry Page marriage”. Page berkahwin dengan wanita bernama Lucy Southworth di sebuah daerah di Virgin Island.

Image Hosted by ImageShack.us
Selamat pengantin baru buat Larry Page dan Lucy Southworth.

Sumber artikel di sini


Nov
22nd

Firefox 3 dilancarkan

Mozilla telah melancarkan Firefox 3 versi beta. Terdapat banyak fungsi-fungsi baru yang di tambah berbanding firefox sebelumnya. Untuk pengguna dan peminat firefox anda boleh dapatkannya DI SINI

Download manager baru Firefox kini memiliki fungsi pencarian untuk mencari file-file yang telah anda download sebelumnya dan fungsi pause dan resume yang kini memiliki ikon dengan gaya media player selalu crash setiap kali digunakan.

Image Hosted by ImageShack.us
Firefox 3 nampaknya mampu menampilkan halaman web sedikit lebih cepat berbanding sebelumnya. Peningkatan ini dapat dilihat lebih lagi pada saat menggunakan aplikasi - aplikasi berasaskan web seperti Flickr, Gmail atau Bloglines, terutama dengan GMail versi yang baru. Dalam eksperimen, Firefox 3 menampilkan Gmail dengan jauh lebih cepat berbanding Microsoft Outlook.Di belakang layar, Gecko 1.9 juga memberikan kemampuan rendering CSS dan SVG yang lebih baik, paparan font dan script rumit dengan lebih baik dan menampilkan gambar yang lebih jelas dengan fungsi color profiles. Satu lagi tambahan yang mengagumkan di Firefox 3 adalah kemampuan menampilkan gambar - gambar PNG yang beranimasi.Sebuah fungsi sekuriti baru adalah kotak informasi yang dapat ditampilkan dengan menekan icon web yang terletak di berdekatan location bar. Ikon ini menampilkan siapa yang memiliki web dengan versi yang akan datang, juga akan menampilkan kandungan informasi yang lengkap.

Image Hosted by ImageShack.us

Sistem Places juga menampilkan fungsi pencarian yang lengkap (seperti mencari di folder - folder tertentu saja, mencari laman web yang telah dikunjungi lebih dari 10 kali dll) yang dapat digunakan untuk sebuah jenis bookmark baru yang dinamakan smart bookmark. Beberapa smart bookmark yang dapat digunakan untuk mencari Places telah ada secara default di folder Places.

Fungsi Places ini menawarkan banyak fungsi baru yang tidak dapat kita jelaskan sepenuhnya. Ada juga berbagai fungsi JavaScript baru seperti iterator, expression closure dan metode getElementsByClassName.

Selain itu, masih ada banyak lagi beberapa fungsi yang ditambah ke dalam Firefox ini. Sebagai contoh, sistem address bar auto completion kini dapat disepadankan dengan tajuk halaman selain alamat web. Firefox kini juga dapat mengingat setting zoom untuk setiap web, memiliki sebuah resizer baru yang memungkinkan penggunanya mengubah lebar search box.

Klik di sini dan di sini untuk sumber artikel.

Nov
10th

Berita seputar dunia…

Files under berita terkini, umum | 1 Comment

Berita-berita yang berlaku di seluruh dunia…

Microsoft Pecat CIO..

Microsoft telah memecat (chief information officer -CIO) Stuart Scott karena “melanggar polis perusahaan”. Microsoft menolak memberikan informasi lebih kepada beberapa laman web, mengatakan bahwa mereka “hanya dapat mengesahkan bahawa ikatan kerja Stuart Scott dengan Microsoft telah terputus kerana pelanggaran polis perusahaan”.

Maklumat selanjutnya baca di sini

Google Android Mobile OS…

Google akhirnya telah mengumumkan projek baru di segmen portabelnya untuk membuat Android, mobile platform pertama yang lengkap, open source dan percuma. Projek Google ini sokong oleh 34 syarikat komunikasi di seluruh dunia untuk menawarkan sebuah pengalaman pemakaian yang lebih baik untuk para pelanggan.

Baca maklumat lanjut Android dan Open Handset Alliance, klik di sini.

Microsoft Data Center Raksasa..

Microsoft merancang akan membina sebuah data center raksasa yang tengah dibangun di Illinois. Projek data center ini diumumkan luas sebesar 441.000 kaki persegi dan merupakan usaha Microsoft untuk menyaingi Google dan beberapa pesaing lainnya dalam menyediakan pelayan berasaskan web. Projek baru ini dianggarkan bernilai lebih dari $500 juta

Klik di sini untuk sumber artikel.

Nanotech : iPod 1 Terabyte

Keperluan penyimpanan semakin diperlukan, kini teknologi hard drive nanoscale yang diciptakan oleh para ilmuwan Jepun sebentar lagi akan meningkatkan kapasiti penyimpanan sebanyak empat kali ganda untuk alat-alat mudah alih seperti laptop dan iPod.

Klik di sini untuk sumber artikel.

Kemunculan Nokia N810

Kepada peminat handset Nokia, tablet internet Nokia N810 telah muncul di depan umum, tentu saja dengan keyboard QWERTYnya. Sesuai kepada mereka yang selalu melayari internet dan mereka yang menjalankan perniagaan Internet. Semak gambarnya di Engadget.

Torrent Ubuntu 7.10 Gutsy Gibbon Dikeluarkan

Versi terbaru dari distribusi Linux dengan komuniti terbesar Ubuntu telah dikeluarkan. Ubuntu adalah sebuah distribusi Linux untuk desktop, laptop dan server dengan installationnya mudah dan cepat.

Klik di sini untuk download versi Ubuntu terbaru ini….maklumat lanjut boleh di dapati di sini.

Berita selanjutnya..

Untuk berita-berita seputar dunia lain yang berkaitan dengan dunia komputer dan Internet, anda boleh semak baca di laman web berikut :

Sekian…