Oct
20th

Ad Rotator Plugin Untuk Wordpress

Files under blog | Leave a Comment

Beberapa hari yang lepas saya telah mencari satu plug in Ad Rotator untuk digunakan di salah satu blog Wordpress ku. Ad rotator  yang saya cari adalah yang sesuai dan senang digunakan untuk memasang banner. Kemudian saya terjumpa satu plug in Ad Rotator yang mungkin sesuai juga untuk anda sebagai pengguna blog Wordpress. Plugin Ad Rotator yang di maksudkan ialah Max Banner Ad.

Untuk lebih jelas berkaitan dengan plug in ini, sila perhatikan video berikut:

Untuk mendapatkan dan mencuba plug in ini, sila ke laman web Maxblogpress. Atau download terus daripada link dibawah.

Kepada mereka yang ingin meletakkan iklan secara rotate, inilah masanya untuk anda mencuba plug in ini. Memang mudah untuk dikendalikan.

Selamat mencuba.

Sep
3rd

Memasang Kotak Comment Pada Blogger

Files under blog, internet | 2 Comments

Salah satu kelemahan Blogger adalah tentang kotak komentarnya, kini mereka memudahkannya tanpa perlu menekan tetingkap baru. Dengan adanya fungsi ini, jumlah komentar anda mungkin semakin meningkat bukan.

Sebelum ini banyak kutukan diterima oleh Blogger dan akhirnya kini Team Blogger menyelesaikan kesulitan ini dengan adanya Embedded Comment Form. Walaupun begitu, masih banyak kekurangan yang masih perlu dibaiki.

1. Masuk dan login draft.blogger.com. Sebenarnya draft.blogger.com sama sahaja seperti blogger.com fungsinya sama sahaja cuma interfacenya sahaja berbeza.

2. Pada halaman {Setting}, sila pilih {Comments}. Jangan lupa tanda pada kotak (Embedded below post} di ruangan Comment Form Placement.

3. Pilih {Save Changes} dan lihat hasilnya.

4. Jika anda tidak berjaya, mungkin ada sedikit masalah di template anda. Bagi yang sudah berjaya, abaikan langkah seterusnya. Kod ini hanya digunakan jika langkah diatas tidak berjaya.

5. Cari kod di bawah ini :

<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </p>

Gantikan dengan kod ini :

<p class='comment-footer'> <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> <b:include data='post' name='comment-form'/> <b:else/> <b:if cond='data:post.allowComments'> <a expr:href='data:post.addCommentUrl' expr:onclick='data:post.addCommentOnclick'><data:postCommentMsg/></a> </b:if> </b:if> </p>

7. Pilih {Save Changes} dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba….saya pun tak cuba lagi…he he

p/s : Sumber daripada rakan blogger.

Aug
23rd

Jalan-jalan….

Files under blog | Leave a Comment

Lama tak jenguk rakan-rakan blogger dari Tawau, sibuk dengan kerja harian. Bukan sibuk apa, kegawatan politik dan ekonomi ni membuat ku memerhatikan dari jauh. Seronok juga….

Cuti-cuti ni sempat juga singga sekejab ke blog rakan-rakan dari Tawau. Dalam hati nak join apa saja aktiviti yang rakan-rakan buat kat sana. Namun, apa nak buat jauh di perantauan. Sempat juga lah saya rompak sticker di bawah dari blog mereka tu, kalau ada simpalah untuk saya satu…ha ha

Apa pun dari saya…..salam keceriaan dan perjuangan untuk blogger semua. Ada kesempatan di lain hari saya join aktiviti lu orang semua.

Wassalam

Jun
27th

1st Gath Tawau Blogger

Files under blog, umum | 14 Comments

Sedang jenguk-jenguk rakan blogger dari Tawau….terbaca satu post yang cukup menarik perhatian ku. Kebanyakan dari mereka membincangkan pasal benda ni iaitu”1st Tawau Blogger Gath“… Ini satu perluang untuk mengenali rakan-rakan blogger dari Tawau ni….ho  ho

Terus terang saya katakan cuma seorang yang saya kenali di antara mereka iaitu Romzi (sahabat baik) dari CintaGila.blogspot.com. Memang nak join pun….itu pun kalau sempat lah coz sekarang saya berada di Keningau. Apa pun saya harap ini satu permulaan yang baik dalam mengeratkan hubungan para blogger…caya sama lu orang.

Antara bloggers yang confirm akan join gath esok (28/6/2008) ialah –>

  1. PUADEDE.COM
  2. BUDIHERMAWAN.COM
  3. CINTAGILA.BLOGSPOT.COM (best pren – bekas teman sebilik)
  4. FRIENDLY81.BLOGSPOT.COM
  5. CSANKAI.ORG
  6. LIKEAROSE.BUDIHERMAWAN.COM
  7. ANGRIANIWORLD.COM
  8. WUNABARAKATI.BLOGSPOT.COM

1st Tawau Blogger Gath

Maklumat berkaitan dengan gath tersebut adalah seperti berikut…(dari puadede.com) :

1ST GATH TAWAU BLOGGERS
LOKASI: RESTORAN KAYU MANIS
(Restoran ini mempunyai wireless untuk online)
YURAN MAKAN: RM10 SEORANG
PAKAIAN: T-SHIRT YANG BERSESUAIAN


Map ke Restoran Kayu Manis.

Barang yang perlu dibawa:

  • Alat tulis, buku nota,
  • Laptop (bagi yang ada),
  • Pen drive untuk templates percuma & plugin
  • Makanan sampingan (kalau ada yang nak bawa kek, silalah bawa :)

Note: Yuran makanan RM10 dikenakan bagi memudahkan pihak restoran menyediakan pakej makanan yang telah ditempah.

Kepada rakan blogger yang berada di Tawau mungkin boleh sertai dengan rakan-rakan kita ni. Banyak ilmu dan maklumat yang boleh diperolehi daripada rakan blogger yang ala-ala pakar gitu..

Wassalam..

p/s : kalau wa tak sempat, wa tunggu untuk 2nd gath pula.. he he

Jun
17th

Selamatkah Blog Wordpress Anda..?

Terbaca satu artikel yang membincangkan berkaitan dengan blog Wordpress….Selamatkah blog wordpress yang anda gunakan…?




Sejak kebelakangan ini ada terjadi serangan ke atas kelemahan keselamatan yang dijumpai di blog Wordpress. Bila anda tidak menggunakan versi terbaru Wordpress (terkini Wordpress 2.5.1) maka kemungkinan besar laman blog anda boleh dikendalikan oleh hacker. Untuk mengetahui sama ada blog anda masih selamat, anda mungkin perlu ikuti perbincangan di SINI. Kerana platform blogging wordpress paling diminati, dan dikendalikan untuk tujuan SEO, traffic redirection dan banyak lagi…..maka ia menjadi target utama para hacker.

Kelebihan Wordpress, sebahagian kerosakkan yang terjadi kerana eksploitasi dapat dipulihkan kembali dengan sebuah upgrade. Gunakan blog upgrade terbaru daripada wordpress.

Kepada semua pengguna Wordpress, backup adalah sangat penting. Begitu juga dengan update dan sentiasa memantau atau memeriksa penggunaan blog anda. Sealulah membaca blog rasmi wordpress untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan masalah keselamatan blog anda.

Kepada mereka yang masih baru dengan dunia blog Wordpress ini dan ingin menjaga keselamatan blog anda, anda mungkin memerlukan aplikasi ini.

Terdapat beberapa langkah mudah untuk melaksanakan keselamatan blog Wordpress anda. Dapatkan 10 tips menjaga keselamatan blog wordpress anda di SINI.

Jun
14th

Menulis Blog Secara Offline

Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.

Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun  tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.

Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.

Cara-cara untuk menggunakannya :

  1. Download perisian Widows Live Writer di sini.
  2. Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.

  3. Getting Started – Windows Live Writer

  4. Setelah selesai proses pemasangan, bolehlah anda mulakan penulisan artikel untuk blog anda sebelum menerbitkannya di blog anda yang sebenarnya.
  5. Bagi anda yang pertama kali menggunakan Windows Live Write, anda boleh rujuk panduan dalam video di bawah.

  6. Basic Authoring – Windows Live Writer

  7. Windows Live Write juga boleh digunakan untuk meletakkan dan edit kandungan seperti gambar, video dan maps. Lihat video di bawah.

  8. Pictures, Videos, Maps & Plug-ins – Windows Live Writer

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Windows Live Write ini, sila rujuk disini.