Jul
28th

Rahsia 10K + Tawaran Istimewa

Salam perniagaan.

Dalam sebulan dua ini, memang banyak produk baru yang dikeluarkan oleh usahawan-usahawan Internet tempatan. Antara produk tersebut ialah Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi, Rahsia 10K, Panduan Membina Laman Web, Teknik SEO dan banyak lagilah. Sibuk juga nak buat promosi affiliate produk-produk tersebut.

Minggu ini saya nak buat promosi affiliate dan tawaran istimewa berkaitan produk Rahsia 10K. Saya pasti sudah ramai yang menerima email berkaitan dengan produk Rahsia 10K. Anda juga sudah maklum berkaitan dengan produk Rahsia 10K ini. Bagi mereka yang belum mengetahui produk ini, anda boleh baca di SINI.

Produk Rahsia 10K ini berkaitan dengan bagaimana seorang budak berumur 17 tahun membongkar rahsia menghasilkan pendapatan RM1.3K dalam masa 24 jam. Wau…memang teruja bila mendengarnya. Tapi itulah kenyataannya. Kini tiba masa anda pula untuk memperolehi 10K melalui produk yang hebat ini.

Antara kandungan yang anda perolehi dari produk ini ialah :

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)

Jika anda membeli menggunakan link berikut, ada tawaran istimewa menanti anda. Apa tawaran itu..? Teruskan membaca.

Klik Sini : “Remaja 17 Tahun Memperolehi 10K Dengan Rahsia 10K”

TAWARAN ISTIMEWA

1. Kupon Diskaun sebanyak RM15 untuk produk PANDUAN PAKEJ LENGKAP.

2. Kupon Diskaun sebanyak RM17 untuk produk PANDUAN MEMBINA LAMAN WEB.

Bagaimana untuk mendapatkan tawaran istimewa ini..?

1. Klik link di bawah dan buat pesanan.

RAHSIA 10K + TAWARAN ISTIMEWA

2. Email bukti pembelian anda kepada saya. Saya akan menghantar email pengesahan setelah mengesahkan produk yang anda beli adalah melalui link affiliate tersebut.

3. Selepas di sahkan, bolehlah anda membeli produk tawaran istimewa tersebut dengan harga diskaun yang ditetapkan.

4. Emailkan bukti pembelian produk tawaran istimewa tersebut dan saya akan menghantar link download bersama-sama dengan bonus-bonus yang disertakan. Email : rahsiakomputer[a]gmail.com

Oleh itu, sesiapa yang belum mendapatkan produk Rahsia 10K dan ingin mendapatkan produk tawaran istimewa daripada saya, bertindak segera sebelum ia di tutup.

Wassalam

Jul
21st

Ikon Mentor Jutawan Anda

Jutawan Internet tempatan yang cukup terkenal masa kini iaitu Dr Irfan Khairi baru sahaja menghasilkan sebuah ebook bertajuk “Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi“. Ebook ini mendedahkan strategi bagaimana anda boleh mencapai kewangan dengan cepat.

Terdapat 8 ikon jutawan yang ditemubual ialah :

  • Dato Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor.
  • Azizi Ali, Jurulatih jutawan yang banyak menghasilkan buku berkaitan pengurusan kewangan.
  • Chef Li (Dato’ Dr Rusly, Jutawan Senyap
  • Dato Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
  • Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
  • Dato Hussamuddin, Pengasas Kumpulan Karangkraf
  • Abang Abu, Usahawan / Motivator / Jutawan dari Singapura
  • Irfan Khairi, Jutawan Internet

Setiap ikon jutawan ini telah terbukti kejayaan mereka di dalam bidang masing-masing. Mereka kongsikan ilmu mereka dan strategi yang mereka gunakan bermula dari zero sehingga menjadi hero.

Tidak dapat dinafikan bahawa kelapan-lapan jutawan ini tahu segala rahsia, strategi, tips, teknik dan minda bagaimana untuk menjadi seorang yang boleh menjana jutaan ringgit.

Antara kandungan Minda Jutawan ialah:

* Apa yang membezakan jutawan dan mereka yang berpendapatan sederhana?
* Bagaimana kesemua ikon jutawan ini pernah menemui keagalan atau
bermula dari ZERO kini menjadi HERO?
* Bagaimanakah mindset seorang jutawan Malaysia?
* Apakah persamaan yang ketara antara kesemua mentor jutawan ini
di mana anda juga boleh amalkan?
* Apakah strategi untuk memastikan apa sahaja perniagaan anda akan
mencapai kecemerlangan?
* Bagaimana hendak bangun setelah gagal, gagal, dan gagal lagi?
* Apa yang memberi inspirasi kepada jutawan-jutawan ini?
* Apakah yang dilakukan oleh jutawan-jutawan ini yang anda tidak lakukan?
* Mengapa antara kita ada yang bekerja bertungkus lumus, tetapi masih
tidak menjadi jutawan?

Jika dibaca sepintas lalu daripada isi kandungan yang dikongsikan oleh kesemua 8 ikon jutawan ini, saya pasti kita yang baru bermula ini akan menemui jalan, langkah dan strategi untuk memperolehi kejayaan. Oleh itu, mulakan langkah bijak anda sekarang dengan mendapatkan produk Mentor Jutawan ini.

May
31st

Join Affiliate Panduan Membina Laman Web

Beberapa hari yang lepas, RahsiaKomputer telah melancarkan satu produk yang bertajuk Panduan Membina Laman Web. Produk yang berkaitan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web, salesletter, panduan cpanel, memasang skrip autoresponder, sistem affiliate, borang, ad rotator dan skrip tambahan.

Kini peluang dibuka kepada anda semua untuk menyertai Rakan Affiliate Panduan Membina Laman Web. Sistem affiliate ini memberi peluang kepada anda untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk tersebut. Setiap jualan yang terhasil daripada link anda akan dibayar komisen sebanyak RM15.

Kepada rakan affiliate akan disediakan sedikit tool dan panduan bagaimana anda boleh melakukan promosi berkesan terhadap produk tersebut. Selain itu, banner dan ecover juga disediakan di dalam akaun affiliate anda.

Untuk menyertai rakan affiliate Panduan membina laman web klik SINI

Laman web rasmi Panduan Membina Laman Web klik SINI

Sekian dan salam maju jaya.

May
10th

Koleksi Video Perniagaan Internet

Berikut beberapa video berkaitan dengan Perniagaan Internet untuk panduan mereka yang masih baru di dalam perniagaan tersebut…..:

p/s : Nak lebih jelas….dapatkan ebook Belajar Berniaga Di Internet

May
7th

SIRI 4 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Berikut disenaraikan sambungan SIRI 4 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :

Iklan RSS

Satu cara pengiklanan yang berbentuk langganan sumber, iklan di RSS memungkinkan blogger untuk menempah RSS mereka. Kebanyakan pembaca pada umumnya memiliki kegemaran yang sama terhadap iklan di RSS berbanding iklan di laman web biasa.

55. Pheedo: Platform iklan RSS ini menawarkan video dan interactive trigger.
56. Feedvertising: Sebahagian dari Text Link Ads, Feedvertising menempatkankan iklan di RSS anda.
57. CrispAds: Jaringan iklan yang difokuskan pada rangkaian blog ini membolehkan anda untuk menempatkan iklan secara langsung di kandungan anda sehingga mereka meninggalkan laman web anda atau di RSS.

feedburner.gif

58. FeedBurner: Iklan FeedBurner diletakkankan di dalam RSS dan memiliki pengiklan berkualiti tinggi seperti Discover Band, Best Buy dan Comcast.
59. FeedM8: Dengan FeedM8 membolehkan blog anda untuk memasang iklan yang dapat dilihat di alat - alat portabel.

Iklan text

Iklan dalam bentuk text adalah salah satu tipe yang paling ramah terhadap pembaca. Ukuran mereka yang kecil dan kerana mereka dalam bentuk text, mereka tidak begitu mengganggu dibandingkan iklan gambar. Cobalah beberapa laman web di bawah ini untuk menempatkan iklan yang tidak begitu mengganggu di blog anda.

60. Vibrant Media: Iklan Vibrant Media semuanya ada dalam bentuk text dan anda boleh memilih.

adsense.gif

61. Google AdSense: Iklan dari Google adalah yang paling terkenal dan sering memberi keuntungan yang banyak kepada blogger. Adsense sangat relevan dengan kandungan di blog anda, dan lebih serasi dengan apa yang dicari oleh pembaca .
62. LinkAds: Anda memiliki banyak pilihan terhadap iklan - iklan yang disediakan.
63. PaidTextLinks.com: Jual link - link yang ada di laman web anda.
64. One Monkey: Anda dapat menampilkan iklan berasaskan text yang relevan dan mendapat peratus keuntungan yang besar dengan One Monkey.
65. Kontera ContentLink: ContentLink mengubah kata kunci yang sesuai di dalam kandungan anda menjadi iklan dalam bentuk hyperlink.
66. Text Link Ads: Iklan Text Link Ads yang sederhana dan tidak mengganggu merupakan pilihan baik untuk banyak blogger.
67. TAGword: Pilih iklan anda dan tentukan harganya dengan TAGword.
68. LinkAdage Auctions: Jual link dalam bentuk text kepada pelanggan online pribadi dengan LinkAdage.
69. LinkWords: Menawarkan pembayaran pay per click yang diletakan di dalam kandungan blog anda, memberikan highlight pada kata - kata kunci yang relevan untuk para pengiklan.
70. Textlinkbrokers.com: Dapatkan iklan link kecil yang tidak mengganggu, dan juga pembayaran setiap bulannya yang tidak tergantung dari lalu lintas di laman seb anda.

Post Berkaitan :

1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

2. SIRI 2 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

3. SIRI 3 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Apr
30th

SIRI 3 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

Berikut disenaraikan sambungan SIRI 3 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :

Offline

Keuntungan terbesar dari aktiviti blogging adalah dengan membawanya ke dalam kehidupan yang nyata.

33. Pasarkan Produk Anda : Blog anda adalah forum terbaik untuk memasarkan bisnes anda.
34. Mencipta komunikasi disebalik bisnes anda: Sebuah blog merupakan satu peluang besar untuk mengembangkan bisnes dengan menjadikannya satu komunikasi secara terus kepada pelawat anda. Dengan menempatkan diri anda sebagai seorang yang suka bersahabat, bisnes anda menjadi lebih mudah didekati.
35. Eratkan Hubungan dengan Pelanggan: Di samping berkongsi pengetahuan dengan pelanggan dan sahabat, sebuah blog dapat menolong anda mengeratkan hubungan dengan pelanggan.

Iklan

Iklan merupakan mentega bagi roti untuk para blogger. Namun iklan juga kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang sangat mengganggu kepada pembaca. Untuk mencipta keseimbangan, Fokuslah pada sesuatu yang relevan dan pastikan anda tidak memenuhi blog anda dengan terlalu banyak iklan.

ypn-yahoo-publisher-network.jpg

36. Yahoo! Publisher Network: Tampilkan iklan laman web anda melalui Yahoo! Publisher Network.
37. ValueClick Inc : Anda akan mendapat iklan bermutu, bermaklumat dan teknologi muthakir dari ValueClick.
38. Tribal Fusion : Kesan Tribal Fusion didasarkan pada targeting dan optimisasi.
39. eXelate Targeting eXchange: Program ini bergantung pada iklan cookies yang tertunda.
40. Clicksor Inc : Clicksor memfokuskan iklan berbentuk kandungan yang dapat disajikan dengan cara yang berbeza, seperti text, grafik, dan in-line link.
41. Indeed: Post job listings dari Indeed dan dapatkan bayaran.
42. Chitika eMiniMalls: Promosikan produk melalui kios barang dan sediakan content relevan dan comparative shopping kepada pembaca. Anda akan mendapatkan bayaran setiap per-klik.
43. AdSonar: Tariklah perhatian para pengiklan dan ciptalah hubungan dengan mereka secara indvidu melalui platform ini.
44. ExpoActive : Dapatkan kebebasan dari iklan spesifik dengan ExpoActive.
45. AdVolcano LLC: Dengan menggunakan platform AdVolcano, anda dapat mereka cipta iklan anda.
46. eXelate Targeted Links: Pilihlah advertiser yang anda inginkan pada laman web anda dengan program ini.
47. grokAds.com : tetapkan harga anda dan pilihlah advertiser yang ingin anda terima dengan grokAds.com.
48. Adify : Dapatkan control editorial dan iklan bernilai tinggi pada laman web anda dengan menggunakan Adify.

adbrite.jpg

49. AdBrite Inc : dengan menggunakan Adbrite, anda memiliki pilihan untuk menerima dan menolak pada blog anda, anda bahkan dapat menjualnya secara langsung kepada pengguna anda.
50. BidVertiser : Iklan ini sepenuhnya dapat anda ubah, dan anda memiliki pilihan untuk menyekat iklan apa sahaja yang tidak anda inginkan pada blog anda.
51. Blogads: Dapatkan jemputan ke rangkaian blogger eksklusif ini, dan anda akan memiliki iklan berkualiti tinggi dan berkait dengan topik yang anda bincangkan di blog anda.
52. Casale Media: Dapatkan pengiklan berkualiti tinggi dengan Casale Media.
53. DoubleClick: DoubleClick menawarkan banyak penyelesaian masalah yang berbeza untuk anda.
54. BlueLithium: Dapatkan iklan yang lebih baik, tepat dengan sasaran dan berkerja sama dengan BlueLithium.

Post Berkaitan :

1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog

2. SIRI 2 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog