Setelah hampir 4 bulan berhempas pulas untuk menghasilkannya, akhirnya produk ini siap juga. Produk yang dimaksudkan ialah ebook Panduan Membina Laman Web. Tengok design ecover di bawah….ok tak. Bolehlah…nak tahu siapa buat..? Nak tahu klik SINI.
Sebenarnya Dunia Internet Anda Bermula Di Sini…….

Ebook Panduan Membina Laman Web adalah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menghasilkan laman web sendiri yang cantik dan menarik. Selain itu, diterangkan juga bagaimana anda boleh membina laman web salesletter, sedikit panduan berkaitan dengan Cpanel, memasang skrip autoresponder, ad rotator, membina borang, sistem affiliate dan beberapa skrip tambahan.
Kandungan ebook ini terdiri daripada 5 bahagian utama dan semua penerangan di sertakan maklumat bergambar yang memudahkan anda memahami setiap langkah yang diterangkan dan dapat melakukan praktikalnya dengan lebih baik.
Selain itu, anda juga diberikan beberapa skrip yang penting seperti Koleksi Skrip JavaScript, skrip Ad Rotator, skrip Autorespoder, skrip Borang, dan skrip Sistem Affiliate. Semua skrip ini ada disertakan dengan panduan manual pemasangannya.
Bonus-bonus hebat juga turut diberikan. Yang pastinya bonus yang disertakan ini adalah bonus yang berkaitan dengan pembinaan laman web dan dunia Internet.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk ini, lawati laman web rasmi produk tersebut di SINI.
Posted by admin |
2 Comments »
Salam sejahtera semua…
Kali ini saya akan kongsikan satu lagi peluang baik untuk buat duit. Anda hanya perlu mengedarkan ebook PERCUMA dan setiap download akan dibayar kepada anda.
Baiklah, seorang Internet Marketer terkemuka dunia iaitu Mike Filsaime sekali lagi muncul dengan ebook laporannya percumanya yang bertajuk The Death of Network Marketing. Ebook ini ditulis bersama Dr Ellie Drake yang merupakan pakar pemasaran network dan MLM.

Laporan percuma ini yang menerangkan ancaman terhadap pemasaran rangkaian seperti MLM dan bagaimana anda boleh buat persediaan menghadapinya. Laporan ini ringkas (45 mukasurat) dan menarik isinya.
Jadi dapatkannya segera dengan klik di sini:
http://www.the-death-of-networkmarketing.com
Bagaimana anda boleh buat duit & mendapat keuntungan daripada ebook ini?
Mudah sahaja….
Pertama sekali, klik pada link yang saya berikan dan daftarkan nama serta email anda. Anda akan diberi kod untuk memasuki laman web tersebut untuk mendaftar. Berikan segala butiran yang diminta dan ikuti segala
arahan mudah yang diberikan.
Apabila selesai, anda akan diberikan kod affiliate. Sebarkan maklumat dan kod affiliate ini kepada seramai
mungkin rakan dan kenalan anda. Bagi setiap laporan ebook ini yang di download, anda akan menerima
komisen USD0.25 (lebih kurang 85 sen).
Bukan itu sahaja, anda akan menerima tambahan USD0.25 (2nd tier) lagi bagi setiap download yang berjaya dihasilkan oleh rakan yang telah mendaftar di bawah anda!
Lumayan bukan…apa tunggu lagi download dan sebarkan segara. Terpulang kepada anda untuk rebut peluang ini yang hanya terbuka sehingga 15 Januari 2008.
Klik di sini untuk menyertai program ini:
http://www.the-death-of-networkmarketing.com
Sekian
Posted by admin |
3 Comments »
Pernahkah anda membeli belah secara online…? Maksudnya anda membeli sesuatu barang atau produk melalui internet…atau anda memang tidak tahu bagaimana membeli secara online…atau juga anda masih takut dan tidak yakin untuk membeli secara online.
Jadi kepada anda yang belum pernah membeli secara Online, bermula pada hari ini, biasa-biasakanlah diri. Kita sekarang sudah berada di zaman teknologi yang kadangkala tidak memerlukan kita melangkah keluar dari rumah untuk membeli sesuatu.
Di Malaysia ramai orang yang masih takut-takut untuk membeli secara Online dengan alasan tidak selamat. Selagi anda tidak mencuba dan belajar, selagi itu wujudnya alasan tersebut.
Sebagai panduan kepada anda yang mahu membeli secara Online, tetapi tidak tahu, dan tidak yakin maka satu panduan PERCUMA membeli secara online telah pun dihasilkan.
Anda boleh DOWNLOAD dengan klik kanan pada imej di bawah dan pilih ‘Save Target As..’ (bagi Internet Explorer) atau ‘Save Link As..’ (bagi browser Firefox) :

Jika anda seorang usahawan atau bukan seorang usahawan, anda boleh megedarkan panduan PERCUMA ini kepada sesiapa sahaja atau kepada kenalan anda. Semoga ebook ini akan memberikan mereka gambaran lebih jelas tentang membeli belah secara online
Kalau anda mahu mengedit isi kandungan ebook ini dan jadikan ia versi anda sendiri, sila dapatkan versi Word melalui penulis asalnya. Klik di sini jika berminat.
Sekian.
Rujukan: wangcyber.com dan rajaadsense.com
Posted by admin |
No Comments »