Nov
17th

Membina “Favicon” untuk website anda

Favicon adalah sebuah logo atau grafik kecil yang terletak pada kotak sebelah kiri URL browser (Firefox & Internet Explorer) anda. Juga dikenali sebagai website icon, page icon atau urlicon. Favicon biasanya digunakan dalam URL bar, fungsi bookmark dan juga pada tab browser.

Lihat gambarajah berikut sebagai contoh. Tanda no 1 & 2 adalah salah satu bentuk favicon yang di maksudkan :

Langkah-langkah membina Favicon

1.) Pilih gambar atau grafik yang sesuai untuk jadikan favicon. Image yang dibenarkan adalah dalam bentuk .jpg, .png, .gif.

2.) Pilih saiz yang tidak terlalu besar. Anggaran saiz adalah 150px x 150px.

3.) Image tersebut perlu ditukar kepada frmat “.ico“. Untuk memudahkan anda menukar format tersebut, anda boleh gunakan perkhidmatan percuma di laman web - http://www.html-kit.com/favicon

4.) Di dalam laman web tersebut, sila pilih browse untuk memilih image yang di perlukan dari komputer anda.

5.) Terdapat pilihan sama ada anda ingin membuat favicon berbentuk animasi atau tidak.

6.) Tekan butang “Generate Favicon.ico” untuk membina image dalam format “.icon” dan ikuti arahan seterusnya. Selepas itu, satu fail dalam bentuk “.zip” terbentuk di komputer anda.

7.) Anda perlu unzip fail tersebut untuk mendapatkan favicon yang telah terbina.

8.) Setelah di unzip, klik folder tersebut dan anda akan melihat file favicon.ico dan folder extra. Dalam folder extra terdapat juga file animated_favicon.gif, preview_16×16.png dan readme.txt.

10.) Sila upload file favicon.ico kepada root directory website anda, iaitu pada public_html. Jika anda inginkan animated favicon, sila upload sekali animated_favicon.gif yang terletak pada folder extra.

11.) Sila letakkan kod dibawah diantara bahagian header website anda seperti berikut:

<head>
<link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico” >
</head>

12.) Jika anda inginkan animated favicon, sila tambahkan kod ini:

<head>
<link rel=”shortcut icon” href=”favicon.ico” >
<link rel=”icon” href=”animated_favicon1.ico” type=”image/gif” >
</head>

13.) Upload kod baru pada header website anda.

14.) Untuk melihat hasilnya, sila buka laman web anda. Tekan F5 untuk refresh browser beberapa kali jika favicon tidak kelihatan.

Selamat mencuba.

Sumber : Sabahdaily

Nov
4th

Download Video Menggunakan Firefox Add-ons

Mozilla Firefox adalah satu web browser yang membenarkan anda untuk download pelbagai video menggunakan Add-ons Video Downloader. Aplikasi ini boleh berjalan di dua sistem operasi iaitu Windows dan Mac OS X.

Install Mozilla Firefox Video Downloader

Anda boleh download sekarang Add ons Video Downloader di https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3006

1. When prompted to download the software extension, click Save
2. From the Mozilla Firefox folder in your “Program Files” save the add-on in the “Extensions” folder.
3. When download is complete, choose “Close”
4. When you will open the Mozilla Firefox browser window, it will ask you if you want to install the add-on. Click “Install Now”
5. After installation, the toolbar should have the icon located to the left-hand side of your address bar.
6. You should first load the page containing the video stream to use this option. Once you have loaded the right page, click on the down arrow next to your video downloader icon and choose the format you want to save the video. By default it will save it as an FLV format file.
7. Choose the path where you want the video to be saved to.

Maklumat lanjut boleh didapati di SINI.


Oct
28th

8 Trik Menjadikan Firefox Secepat Kilat

Files under firefox, internet | 2 Comments

Secara umum Firefox sendiri sudah memiliki kuasa  yang melampaui IE, tetapi dengan sedikit sentuhan dan penetapan yang tepat anda bosa membuatnya 2x lebih cepat lagi hanya dalam waktu 5 minit saja. Ikutilah trik-trik di bawah ini.

1. Aktifkan Pipelining

Biasanya browser bekerja dengan mengirimkan permintaan kepada server dan menunggu respon sebelum melanjutkan proses. Pipelining adalah sebuah teknik lebih agresif yang memungkinkan browser untuk mengirimkan beberapa permintaan sekaligus sebelum menerima respon apapun untuk mengurangi waktu yang diperlukan untuk memaparkan isi halaman. Untuk mengaktifkan fungsi ini taip “about:config” pada kotak alamat, klik dua kali pada “network.http.pipelining” dan “network.http.proxy.pipelining” supaya nilainya berubah menjadi “true” kemudian klik-dua kali pada “network.http.pipelining.maxrequest” dan jadikan nilainya “8“.




Perlu diingat bahawa beberapa server tidak melayani pipelining. Jadi, ada kemungkinan kalau penetapan ini boleh memperlahankan firefox anda. Atur kembali semuanya seperti penetapan awal jika memang terjadi masalah.

2. Render dengan Cepat

Laman web yang besar dan rumit boleh memakan masa untuk dipaparkan. Firefox tidak ingin membuat anda menunggu, jadi dengan pengaturan standart Firefox akan menampilkan apa yang ia terima setiap 0,12 saat. Walaupun hal ini membuat browser terkesan lebih cepat, rendering secara berulang yang dilakukan terus menerus meningkatkan waktu keseluruhan yang diperlukan untuk menampilkan halaman, kita dapat mengurangi jumlah rendering ini untuk meningkatkan kelajuannya.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan pada tetingkap utama dan kemudian pilih “New > Integer“. Taip “content.notify.interval” sebagai nama preferensi anda, klik “ok“, masukkan “500000” (500 ribu) dan klik “ok” kembali.

Klik kanan lagi pada tampilan dan pilih “New > Boolean“. Kali ini buat nilai disebut “content.notify.ontimer” dan atur menjadi “True” untuk menyelesaikan tugas anda.

3. Loading Lebih Cepat

Jika anda tidak menggerakkan tetikus atau menyentuh keyboard selama 0,75 detik, Firefox akan masuk ke dalam mode “low frequency interrupt” yang artinya interface-nya menjadi kurang responsif tetapi bisa me-load halaman lebih cepat.

Ketik “about:config” dan tekan [ENTER], klik kanan pada tampilan dan pilih “New > Integer”. Ketik “content.switch.threshold”, klik “ok”, masukkan “250000″ (seperempat detik) dan klik “ok” untuk menyelesaikan.

4. Tidak Ada Interupsi

Anda boleh melakukan langkah lebih jauh dengan memberitahu Firefox untuk sama sekali mengabaikan user interface events sampai halaman selesai dipaparkan. Memang cara ini agak ekstrim kerana Firefox boleh menjadi tidak responsif selama beberapa waktu, tetapi tidak ada salahnya untuk dicuba apakah kesannya positif atau tidak untuk anda.

Taip “about:config“, tekan [ENTER] dan klik kanan, pilih “New > Boolean“. Taip “content.interrupt.parsing“, klik “ok“, atur nilainya menjadi “False” dan klik “ok“.

5. Blokir Flash

Animasi flash yang mengganggu terdapat di mana-mana, muncul pada halaman web yang ingin anda baca atau lihat dan memlambatkan browsing. Namun ada penyelesaian yang sangat mudah. Install  “Flashblock” (flashblock.mozdev.org) dan ia akan memblocksemua aplikasi Flash ketika loading agar laman web ditampilkan lebih cepat. Jika anda menemui paparan Flash ingin anda lihat cukup sekadar klik pada tempatnya untuk download dan melihat tampilannya dengan normal.

6. Tingkatkan Ukuran Cache

Ketika melancarkan Firefox akan menyimpan gambar dan skrip pada memory cache local di mana anda boleh mempercepat pengambilan data jika mengunjungi laman web yang sama kembali. Jika anda memiliki RAM yang besar (2GB atau lebih), biarkan Firefox berjalan lebih lama sehingga mengunjungi kembali halaman-halaman web akan lebih cepat, terutama dengan cache yang besar.

Taip “about:config” dan tekan [ENTER], kemudian klik kanan dan pilih “New > Integer“. Taip “browser.cache.memory.capacity“, klik “ok“, masukkan “65536” dan klik “ok“, kemudian “restartbrowser untuk mendapatkan cache yang baru dan lebih besar.

7. Aktifkan TraceMonkey

TraceMonkey adalah engine Javascript baru dari Mozilla yang super cepat, dalam beberapa benchmark bahkan mencetak nilai 40x lebih besar dibandingkan versi saat ini. Tracemonkey mungkin saat ini memang dalam tahap pengembangan dan masih sedikit buggy, tetapi jika anda keberatan menggunakan perisian dalam tahap pengembangan, dapatkan nightly build terbaru dari (ftp://ftp.mozilla.org/pub/firefox/nightly/latest-trunk/). Versi beta pertama Firefox 3.1 juga dijadualkan untuk dikeluarkan bulan ini juga.

Ketik “about:config” pada kotak alamat dan tekan [ENTER]. Ketik “JIT” pada kotak filter, dan klik dua kali “javascript.options.jit.chrome” dan “javascript.options.jit.content” untuk mengubah nilainya menjadi “true“. Selamat!, kini anda telah menggunakan engine Javascript mutakhir Firefox.

8. Kompres Data

Jika anda memiliki akses internet lambat, mungkin anda merasa bahawa Firefox tidak berkerja dengan baik. Itu tidak sepenuhnya benar! Install toonel.net dan aplikasi Java ini akan mengambil alih trafik internet anda melalui server-nya sendiri. Semua data yang melalui server Toonel lalu dikompres sehingga data yang perlu dipaparkan browser lebih sedikit.

Bahkan, Toonel juga boleh mengkompres gambar JPEG, tetapi tentunya berlaku penurunan kualiti gambar. Tips ini berguna untuk mempercepatkan jumlah data yang dikirimkan, bermanfaat jika memiliki akaun internet yang terbatas atau saat menggunakan sambungan internet yang lambat seperti GPRS.

Untuk sumber artikel, silakan klik di sini.

Oct
6th

Melajukan FireFox

Mozilla Firefox - juga dipanggil ‘Firefox’ - secara umumnya cuma satu Internet browser yang percuma, sama seperti Internet Explorer sebagai contoh. Mozilla dengan erti kata lain menyediakan satu kumpulan software lengkap untuk aplikasi web seperti browser, bersama mail client, chat client dan banyak lagi.




Firefox Terlalu Popular ? Jadi, mengapa Firefox terlalu popular berbanding produk-produk Mozilla yang lain?

Kerana ia merupakan satu aplikasi ringkas, jadi anda tidak perlu bertukar kepada aplikasi lain secara tiba-tiba sedangkan anda amat menyukai aplikasi yang anda gunakan sekarang seperti Outlook Express, mIRC, dll. Anda boleh muat turun Firefox dan gunaknnya bersam-sama aplikasi web-based yang lain - Internet Explorer pun boleh - tanpa perlu menghadi sebarang masalah.

Anda tidak perlu lagi install pelbagai software untuk setiap fungsi yang anda ingin gunakan, cuma tambahkan extension yang anda ingin gunakan dalam Firefox. Sekurang-kurangnya anda dapat jimatkan ruang cakera keras anda untuk install pelbagai aplikasi yang anda ingin gunakan.

“Ok” anda jawab, “Saya malas…kenapa saya perlu muat turun. install dan tweak Firefox - kenapa saya tidak boleh terus je gunakan Internet Explorer?”

Pertama sekali, tiada sebab anda tidak boleh gunakan kedua-dua browser sekaligus. Artikel ini bukan untuk membuktikan bahawa Microsoft merupakan Jin Ifrit. Internet Explorer 7 merupakan browser yang bagus, Tetapi alasan yang paling kukuh untuk anda bertukar kepada Firefox adalah kerana top-notch security, Firefox ada ciri-ciri tamabahan yang tidak mampu difikirkan oleh logik akal yang sudah pasti tiada dalam Internet Explorer. Firefox boleh di’customize’ dalam pelbagai cara yang mana tidak berlaku pada Internet Explorer.

Firefox berubah/evolusi dengan pantas kerana ia meruapan aplikasisumber terbuka / open source software, ia ada komuniti dan developer yang sanggup menghabiskan banyak masa dan usaha dalam memberikan respon yang pantas kepada keperluan pengguna, membaiki sebarang ‘vulnerability’ yang ingin ‘exploit’ secepat mungkin, dan merubah Firefox kepada satu browser yang perlu ditandingi. Secra fakta, developer memerlukan idea daripada pengguna untuk memberikan idea kepada mereka supaya ciri-ciri baru dapat dicipta dalam versi Firefox yang akan datang.

Tip Untuk Melajukan Surfing Menggunakan Firefox.
- Credit to Tok_Aslim.

kepada pengguna Streamyx… kelajuan boleh mencecah 5 kali bila surfing dan telah terbukti…

1. Buka firefox anda, dantaip kat address tu —-> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer …… dan paste skrip berikut ———–> nglayout.initialpaint.delay ………….. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada —–> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya… cuba yg ini pula, type skali lagi —-> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg —–> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut —>
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test… sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba……

Kongsi ilmu bersama MyP4u dot Blogspot dot Com - Tranungkite

Aug
13th

Mengendalikan SPAM

Files under firefox, spam | Leave a Comment

Tidak dinafikan dan memang memeningkan kepala, pengguna sering menerima email yang tak diundang (unsolicited atau spam mail). Email yang diterima pula berkaitan dengan perkara yang tidak baik seperti pil viagra, lotery, produk haram dan macam-macam lagilah.

Bagaimana untuk mengendalikan email-email SPAM ini..? Sekarang terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membendung masalah spam ini.




Pada penyedia e-mail berasaskan Web seperti Yahoo dan Gmail terdapat aplikasi anti-spam yang akan menyaring e-mail yang dianggap spam. Walaupun masih ada yang terlepas ke dalam Inbox, anda boleh memasukkan alamat pengirim ke senarai backlist. Dengan cara ini, setiap e-mail dari alamat tersebut akan masuk ke folder Spam.

Namun jangan percaya 100% dengan fungsi anti-spam ini. Pertama, penilaian anti spam terhadap spam boleh salah, sehingga e-mail yang betul pun dianggap spam (contohnya jika tajuk atau subject e-mail dikesan generik dan pernah digunakan e-mail spam seperti ‘Hi, how are you?’).

Kedua, Yahoo atau Gmail pula akan menganggap e-mail tersebut sebagai spam dan memasukkan alamat e-mail tersebut ke dalam blacklist. Rugilah jika pemilik e-mail sebenarnya mengirim e-mail yang betul kepada anda, kerana alamat tersebut akan tetap dianggap spam dan anda tidak sedar jika dikirimi e-mail oleh orang tersebut. Oleh kerana itu, sebaiknya anda sesekali melihat isi folder Spam untuk memastikan apakah ada e-mail betul yang dianggap spam.

Spam mail juga seringkali terjadi kerana kita sering membiarkan e-mail terkirim tanpa diberi tajuk subjek. Begitu juga, untuk mencegah penyebaran spam, kita boleh mengirimkan e-mail ke lebih dari satu tujuan dengan isikan alamat-alamat tersebut ke dalam BCC (Blind Carbon Copy), bukan CC. Cara ini juga boleh mengelak penerima e-mail dari mengetahui kepada siapa anda mengirimkan salinan e-mail tersebut.

Selain itu, cara yang paling praktikal untuk mengelakkan terjadinya spam ialah menggunakan plug-ins Freenigma untuk browser Web Firefox. Plug-ins ini juga boleh merahsiakan isi email dan alamat email dari di kesan oleh SPAM.

Jika anda menggunakan e-mail client, pendekatan yang dilakukan oleh aplikasi masing-masing berbeza-beza. Mozilla Thunderbird misalnya, sudah memiliki aplikasi anti-spam yang dapat dilatih untuk mengenali spam. Untuk mengesan filter spam dan “melatih” Thunderbird dalam mengenali spam mail, sila buat satu folder dengan nama “Junk” di bawah Inbox. Seterusnya, klik menu Tools > Options > Privacy. Berikan tanda check pada pilihan “When I mark message as junk” dan aktifkan “Move them to accounts “Junk” folder”.

Masukkan fungsi pengendalian spam mail dengan klik menu Tools > Account Settings > Junk Settings. Tandakan pada pilihan “Enable adaptive junk mail control for this account”. Aktifkan pula pilihan “Move new junk messages to:” Arahkan kepada folder Junk yang sebelumnya telah anda buat.

Sekarang periksa email-email yang kita anggap sebagai junk mail (spam). Klik kanan pada e-mail tersebut dan pilih Mark > As Junk. Setiap kali e-mail dari pengirim spam itu masuk, secara automatik akan dikesan sebagai spam (junk). Untuk memasukkannya ke folder Junk, klik folder Inbox, dan klik menu Tools > Run Junk Mail Controls on Folder.

Bagi pengguna e-mail client Outlook dan Outlook Express memang tidak memiliki fungsi khusus untuk menyekat spam. Akan tetapi anda boleh memanfaatkan fungsi Blocked Sender Lists (Tools>Message Rules), dan masukkan alamat e-mail pengirim spam. Namun jika ingin lebih praktikal, sila install dan tetapkan konfigurasi antispam seperti perisian Spamihilator.

(sumber: InfoKomputer)

Selamat Mencuba….

Jun
17th

Firefox 3 Dilancarkan Hari Ini

Files under firefox, google | 1 Comment

Salam sejahtera semua….semoga sihat-sihat hendaknya dipagi hari ini.

Hari ini saya nak bagi tahu kepada kamu semua yang terserempak dengan blog ini….Firefox 3 dilancarkan (Download Day). Ha…ringkas je. Ya sebenarnya hari ini adalah hari pelancaran produk terbaru daripada syarikat tersohor Google (waktunya tak dapat dipastikan). Produk yang dimaksudkan ialah FIREFOX 3. Maklumat lanjut klik logo di bawah.

Download Day

Siapa peminat Firefox macam saya, bolehlah daftarkan diri anda untuk menerima maklumat berkaitan dengan pelancaran Firefox 3 tersebut. Banyak kelebihan bila anda menggunakan Firefox 3 ini. Malas nak cerita panjang..anda baca sendiri kat website Google di SINI.

Yang masih belum menggunakan Firefox, klik sekarang banner di bawah

Firefox 3

p/s : Tak sabar nak tunggu link download tersebut…ho ho