Perang persaingan dalam paparan Internet antara Microsoft dan Google belum berakhir. Tidak lama setelah Microsoft mengeluarkan Internet Explorer 8 versi beta 2, Google pula mengungkapkan browser web terbaru yang dibangunkannya.
Browser yang akan diberikan percuma itu diberi nama Chrome. Perkenalannya kepada komuniti maya sangat unik kerana menggunakan cerita komik yang menjelaskan mengenai browser tersebut secara jelas.
Bermula Selasa (2/9), aplikasi tersebut dikatakan dapat didownload di 100 negara dan dapat digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Google menyatakan masih membangunkan versi lain untuk kegunaan pada sistem operasi Macintosh dari Apple dan Linux.
Dalam blog rasmi yang ditulis pejabat Google, Chrome menawarkan fungsi mengakses web lebih baik. Web browser ini menyediakan akses ke pelbagai kandungan multimedia lebih cepat kerana telah dilengkapi JavaScript virtual machine yang multiproses. Untuk mencegah phising dan pencurian data web, Chrome juga memiliki fungsi membuka aplikasi berbasaskan web tanpa toolbar dan address bar yang juga dikembangkan Mozilla dalam projek yang disebut Prism.

Masuknya Google ke pasar web browser menandakan makin panasnya persaingan di dunia Internet. Sebelum ini Google berupaya mengusai pasaran pengguna aplikasi dokumen dengan memperkenalkan Google Docs yang dapat diakses online. Google juga memberi persaingan terhadap dominasi Internet Explorer dengan mendukung browser web Firefox buatan Mozilla yang pada masa ini telah mengusai 10% pasaran dunia.
Google mungkin berharap dapat mengusai pasaran dunia lebih besar dengan produknya sendiri. Namun, nama besar Google di dunia maya bukan jaminan setiap produknya boleh berhasil. Instant messaging Gtalk dan layanan email Gmail sejauh ini masih di bawah berbanding dari Yahoo mahupun Microsoft. Apapun hasilnya, Chrome juga bakal menjadi pesaing baru bagi Firefox.
Posted by admin |
No Comments »
Umum mengetahui kelebihan menggunakan browser Firefox. Fungsi-fungsi seperti awesome bar (location bar yang baru), membatal dan memulakan kembali proses download, melindungi dari serangan malware, paparan baru dan peningkatan kuasa untuk Firefox 3.
Semua fungsi-fungsi di atas sudah banyak diketahui umum, tetapi tahukan anda bahawa Firefox 3 juga memiliki fungsi-fungsi berikut ini:
- Block teks yang tidak beraturan : Kita boleh melakukan block pada teks yang ada dihalaman web secara rawak. Lakukan block pada salah satu baris teks, lalu tekan butang Ctrl (Cmd untuk Mac) untuk menambah teks yang akan diblock tanpa menghilangkan bekas block yang terakhir tadi, sehingga kita boleh menyalin beberapa kata yang penting dengan mudah.
- Duplikasi tab : Tekan butang “Ctrl” di keyboard semasa melakukan drag sebuah tab ke tempat kosong untuk menduplikasi tab yang ada beserta sejarahnya. Fungsi ini tidak ada di Firefox versi Mac.
- Memindahkan tab ke tetingkap lain : Cukup dengan melakukan drag tab yang ada dan drop ke tetingkap browser lain. Jika tab yang dipindahkan merupakan tab satu-satunya di tetingkap tersebut, tetingkap browser tersebut secara automatik tertutup.
- Mengubah ukuran search bar : Kita dapat mengubah search bar dengan melakukan drag pada garis sempadan yang berada di antara search bar dan address bar (tidak kelihatan pada Firefox versi Windows dan Linux, namun masih boleh anda lakukan).
- Menambah keyword pencarian: Pada search bar klik ikon engine pencari untuk membuka dropdown dan lalu pilih “Manage Search Engines…“. Pilih salah satu search engine yang ada kemudian klik “Edit Keyword…” Masukkan kata kunci tertentu untuk engine pencari tersebut, contohnya untuk Google kita menggunakan keyword “go.”
Setelah menambahkan keyword, kita dapat menggunakan Google melalui address bar dengan menaip keyword engine pencari yang ingin digunakan, ruang dan kata kunci yang hendak kita cari. Contoh “go berita komputer” (mencari kata kunci berita komputer dengan Google). Fungsi ini berguna untuk anda yang sering menggunakan beberapa engine pencari yang berbeza.
- Mesin pencarian dengan add-ons tersedia : Sekarang kita tidak perlu lagi mengunjungi laman web AMO (Add-ons Mozilla), kerana sekarang sudah tersedia untuk mencari dan download langsung add-ons yang ada di Tools > Add-ons > Get Add-ons.
- Mengaktifkan plugin:Salah satu komponen yang sering menyebabkan Firefox crash adalah plugin yang tidak ditulis dengan baik. Sekarang anda boleh mengaktifkan salah satu plugin yang ada melalui Add-ons Manager di Tools > Add-ons > Plugins. Walaupun fungsi ini sudah ada sejak Firefox 2, tetapi fungsi ini tidak banyak digunakan.
- Mendapatkan senarai penyebab crash : Pada address bar taip :”about:crashes” untuk mendapatkan senarai kejadian crash yang dikirimkan oleh Breakpad (reporter Mozilla khusus crash). Klik salah satu laporan crash untuk mendapatkan maklumat lanjut yang disediakan oleh Socorro (server Mozilla khusus untuk melaporkan masalah crash).
Sumber: MozillaLinks
Posted by admin |
No Comments »
Salam sejahtera semua….semoga sihat-sihat hendaknya dipagi hari ini.
Hari ini saya nak bagi tahu kepada kamu semua yang terserempak dengan blog ini….Firefox 3 dilancarkan (Download Day). Ha…ringkas je. Ya sebenarnya hari ini adalah hari pelancaran produk terbaru daripada syarikat tersohor Google (waktunya tak dapat dipastikan). Produk yang dimaksudkan ialah FIREFOX 3. Maklumat lanjut klik logo di bawah.

Siapa peminat Firefox macam saya, bolehlah daftarkan diri anda untuk menerima maklumat berkaitan dengan pelancaran Firefox 3 tersebut. Banyak kelebihan bila anda menggunakan Firefox 3 ini. Malas nak cerita panjang..anda baca sendiri kat website Google di SINI.
Yang masih belum menggunakan Firefox, klik sekarang banner di bawah

p/s : Tak sabar nak tunggu link download tersebut…ho ho
Posted by admin |
1 Comment »
Tajuk bahasa omputih, tapi kandungan bahasa Malaysia je, tak berapa bijak dalam bahasa Inggeris ni. Paham sikit-sikit tu bolehlah.
Tajuk ini mungkin sudah ramai yang mengetahuinya dan sudah ramai yang menggunakannya di telepon bimbit mereka. Namun saya tidak nafikan ada juga yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukannya seterusnya menggunakannya. Apa yang saya maksudkan ialah memasang aplikasi GMail ke dalam telepon bimbit anda. Telepon yang sesuai jelah…..yang tak tu mungkin lepas ni boleh tukar telepon baru..he he

Sebenarnya saya sudah lama menggunakan aplikasi Gmail dalam telepon ni, cuma baru berkesempatan untuk menulis artikel yang berkaitan dengannya. Setelah menggunakannya, memang amat mudah untuk menyemak email anda hanya melalui telepon. Ini kerana di mana-mana pun anda boleh menyemak email dan membalasnya tanpa perlu ke cyber cafe atau tanpa perlu membuka laptop anda.
Jika anda menjalankan perniagaan Internet seperti saya, menggunakan perkhidmatan ini memang amat sesuai dan digalakkan. Ini kerana anda boleh menyemak segala jualan yang berlaku di laman web anda walaupun anda berada di mana sahaja atau sedang sibuk melakukan pekerjaan. Dengan cara ini pelanggan anda tidak perlu menunggu begitu lama untuk menerima produk yang dipesan dan anda boleh membalas email tersebut dengan serta merta.
Untuk memasang aplikasi Gmail tersebut, mula-mula pastikan anda mengaktifkan perkhidmatan GPRS atau 3G pada telepon bimbit anda. Setelah itu, anda boleh download aplikasi Gmail tersebut di http://gmail.com/app. Untuk kepastian, sila semak pelbagai perkhidmatan Mobile dari Google di Google Mobile.
Setelah proses download selesai, secara automatic anda akan diminta install perisian tersebut ke dalam handphone anda. Install perisian gmail tersebut ke handphone anda. Seterusnya satu ikon gmail akan muncul di dalam menu telepon bimbit anda.

Di situ, bolehlah anda menyemak email anda melalui perisian gmail tersebut menggunakan ID dan password akaun gmail anda sendiri. ID dan Password adalah sama dengan ID dan Password yang anda gunakan di akaun gmail anda yang asal. Biasanya selepas anda memasuki akaun Gmail anda, untuk memasuki akaun Gmail tersebut untuk kali kedua, anda tidak perlu memasukkan ID dan Password itu semula.
Selamat mencuba.
P/S : Cuba jangan tak cuba.
Posted by admin |
No Comments »
Persoalan yang timbul….kadang-kadang apabila kita mencari sesuatu di laman web percari seperti Google, jawapan yang kita perolehi adalah terlalu banyak dari pelbagai laman web yang berbeza. Ini menyebabkan kita bingung untuk memastikan sesuatu jawapan itu betul atau tidak. Bagaimanakah kita boleh menentukan ketepatan pencarian yang kita inginkan….?
Meskipun Google menyediakan banyak fungsi pencarian, saya yakin tidak banyak dari kita yang menggunakannya pada ketika melakukan pencarian berbentuk informasi. Akhirnya kita kena badai tsunami informasi dari Google yang akhirnya membuat kita bingung sendiri. Oleh itu, mari kita bincangkan teknik pencarian yang efektif yang boleh anda lakukan semasa melayari internet.
Secara umum, jenis pencarian di Google ada dua: Basic Search dan Advanced Search. Basic Search adalah fungsi pencarian yang sudah biasa kita gunakan iaitu ketika mengakses dan membuat pencarian langsung dengan google.com.
Sedangkan Advanced Search menyediakan berbagai pilihan fungsi pencarian baik untuk operator dasar, file format yang ingin kita cari, bahasa, region, dsb.
Sebenarnya masih banyak fungsi pencarian yang boleh kita gunakan, tetapi tidak terdapat di menu pilihan Advanced Search. Dengan kata lain kita harus memasukannya query di form pencarian di Basic Search secara terus. Nah permainan query dan operator pencarian ini yang sebenarnya akan kita bahas di artikel ini.
FUNGSI PENCARIAN DASAR
- AND: Mencari informasi yang mengandung kedua kata yang dicari. Boleh menggunakan salah satu dari tiga alternatif berikut:
ukiran jepara
ukiran AND jepara
ukiran+jepara
- OR: Mencari informasi yang mengandung salah satu dari kedua kata. Boleh menggunakan salah satu dari dua alternatif berikut:
tauhu OR tempe
tauhu | tempe
- FRASE: Mencari informasi yang mengandung frase yang dicari dengan menggunakan tanda “”. Contoh:
“perisian”
- NOT: Hasil pencarian mengandungi kata yang depan, tapi tidak yang dibelakang minus (-). Contoh di bawah akan mencari informasi yang mengandung kata ikan tapi bukan jerung.
ikan -jerung
- SINONIM (~): Mencari kata beserta sinonim-sinonimnya. Contoh di bawah akan membawa hasil pencarian: kenderaan (car) dan sinonim-sinonimnya.
~car
- ASTERIK (*): Karakter pengganti kata. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi: ayam bakar pedas, ayam goreng pedas, ayam masak pedas, dsb
ayam * pedas
- TANDA TITIK (.): Karakter pengganti huruf, angka dan karakter tunggal. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi: kopi, koki, kodi, dsb
ko.i
- CASE INSENSITIVE: Pencarian di Google menganggap kapital dan bukan kapital sebagai sesuatu yang sama. Jadi, romi satria wahono, Romi Satria Wahono, atau RoMi SaTrIA waHoNo akan membawa hasil pencarian yang sama
- PENGABAIAN KATA: Google mengabaikan keyword berupa karakter tunggal dan kata-kata berikut: a, about, an, and, are, as, at, b, by, from, how, i , in, is, it, of, on, or, that, the, this, to, we, what, when, where, which, with. Apabila kita tetap menginginkan pencarian kata tersebut, boleh menggunakan karakter “+” di depan kata yang dicari (contoh: Star Wars Episode +I), atau boleh juga dengan menganggapnya sebagai frase (contoh: “Star Wars Episode I”)
- I’M FEELING LUCKY: Akan membawa kita langsung menuju ke hasil pencarian pertama dari query kita
FUNGSI PENCARIAN LANJUT
- DEFINE: Mencari definisi dari sebuah terminologi. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi adalah pelbagai definisi tentang e-learning dari berbagai sumber
define:e-learning
- CACHE: Menampilkan laman web yang telah diindeks oleh Google meskipun sudah tidak aktif lagi. Contoh di bawah akan menghasilkan pencarian kata php pada laman web rahsiakomputer.com yang ada di indeks Google.
cache:rahsiakomputer.com php
- LINK: Menampilkan daftar link yang mengarah ke sebuah laman web. Contoh di bawah akan menampilkan daftar link yang mengarah ke laman web rahsiakomputer.com
link:rahsiakomputer.com
- RELATED: Menampilkan daftar laman web yang serupa, atau memiliki hubungan dengan suatu laman web lain.
related:romisatriawahono.net
- SITE: Menampilkan pencarian khusus di suatu laman web yang ditunjuk
java site:rahsiakomputer.com
- FILETYPE: Menampilkan hasil pencarian berupa suatu jenis (ekstensi) file tertentu. Jenis file yang boleh dicari adalah: doc, xls, rtf, swf, ps, lwp, wri, ppt, pdf, mdb, txt, dsb. Contoh di bawah akan menampilkan hasil pencarian berupa file PDF yang mengandungi keyword software engineering
software engineering filetype:pdf
- ALLINTITLE: Menampilkan seluruh kata yang dicari dalam TITLE halaman. Contoh di bawah akan menghasilkan halaman yang memiliki title java programming. allintitle ini tidak dapat digabungkan dengan operator (sintaks) lain. Gunakan intitle untuk keperluan itu.
allintitle:java programming
- INTITLE: Menampilkan satu kata yang dicari dalam TITLE halaman. Contoh di bawah akan menghasilkan halaman yang memiliki title java dan kandungan halaman yang mengandungi kata enterprise
intitle:java enterprise
- ALLINURL: Menampilkan seluruh kata yang dicari di dalam URL. Contoh di bawah akan menghasilkan daftar URL yang mengandung kata java dan programming. allinurl ini tidak dapat digabungkan dengan operator (sintaks) lain. Gunakan inurl untuk keperluan itu.
allinurl:java programming
- INURL: Menampilkan satu kata yang dicari di dalam URL. Contoh di bawah akan menghasilkan daftar URL yang mengandung kata java dan isi halaman yang mengandung kata enterprise
inurl:java enterprise
Pencarian yang kita lakukan akan semakin efektif apabila kita cuba menggabungkan beberapa operator terbaik yang ada fungsi pencarian dasar atau pun lanjut. Misalnya, kita ingin mencari file-file PDF yang ada di laman web www.pdfresource.com, Maka kita gabungkan dua operator menjadi:
filetype:pdf site:www.pdfresource.com.
Dewasa ini permainan query pencarian Google banyak digunakan para hacker dan cracker untuk mencari berbagai informasi, file, dan konfigurasi yang memiliki lubang kelemahan. Aktiviti ini terkenal dengan sebutan Google Hacking.
Posted by admin |
1 Comment »
Mozilla telah bekerja keras untuk membuat Firefox 3 bekerja lebih cepat jika dibandingkan versi sebelumnya, dan kelihatannya mereka berhasil. Akhir - akhir ini mereka menambahkan peningkatan kuasa JavaScript yang signifikan dan mampu mengalahkan semua pesaing browser lainnya, termasuk Opera 9.5 Beta. Versi terbaru Firefox 3 juga lebih cepat 10 kali ganda dibandingkan IE7!

CyberNet telah mengumpulkan hasil daripada berbagai benchmark JavaScript SunSpider dari beberapa browser yang berbeza. Semua ujian yang dijalankan di komputer Windows yang sama dan ternyata Firefox 3 versi terakhir menjadi pemenangnya.
Inilah hasil benchmark yang ada disusun dari yang paling cepat ke paling lambat:
- Firefox 3 Nightly (PGO Optimized): 7263.8ms
- Firefox 3 Nightly (02/25/2008 build): 8219.4ms
- Opera 9.5.9807 Beta: 10824.0ms
- Firefox 3 Beta 3: 16080.6ms
- Safari 3.0.4 Beta: 18012.6ms
- Firefox 2.0.0.12: 29376.4ms
- Internet Explorer 7: 72375.0ms
Jadi, apa erti statistik ini untuk anda? Bergantung dari browser apa yang sering anda guna yang mungkin tidak akan kelihatan perbezaan kelajuan yang jauh berbeza, namun demikian perbezaan ini akan lebih kelihatan di laman web yang banyak menggunakan JavaScript. Di era Web 2.0 ini, peningkatan keupayaan JavaScript sangat penting.
Firefox 3 Beta 4 telah dikeluarkan, untuk melihat dan merasakan hasil peningkatannya, dapatkan di laman web Mozilla.
Posted by admin |
No Comments »