Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.
Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.
Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.
Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.
Spam mail adalah salah satu hal paling mengganggu dan dibenci di dunia ini, di mana email spam biasanya mengandungi virus, spyware & iklan Viagra yang sangat tidak menyenangkan. Jika anda sering mendapatkan email yang berisi spam tersebut, cara mudah dan percuma untuk mengurangi atau menghentikan spam yang anda terima ialah dengan mengubah atau menggunakan perkhidmatan email Google Mail atau Yahoo Mail.
Kedua-dua perkhidmatan percuma ini memiliki perlindungan spam yang baik, walaupun beberapa spam dapat terlepas. Anda hanya perlu menekan butang “mark as spam” dan secara automatik anda tidak akan menerima email dari sumber tersebut lagi di masa hadapan. Walaupun mengubah atau menggunakan email percuma bukanlah idea yang baik, namun ini cukup hebat jika anda hanya menggunakannya untuk menghubungi keluarga atau teman terdekat yang jarang dihubungi. Jangan lupa juga untuk melakukan pemeriksaan terhadap spam filter anda, kerana ia sering juga menghapus email yang ingin anda baca.
MailWasher (Freeware)
Mailwasher sangat ideal jika anda menggunakan software berasaskan desktop untuk membuka email (seperti Outlook Express). Aplikasi ini percuma dan mudah untuk dipasang, anda dapat membuat blacklist untuk menyaring email yang tidak diinginkan. Kelemahan dari freeware ini adalah ia hanya terhad untuk satu akaun email sahaja. Jadi jika anda memiliki banyak akaun POP3, perisian ini mungkin kurang sesuai untuk anda gunakan. Untuk download klik Download Mailwasher.
Beberapa hari yang lepas, RahsiaKomputer telah melancarkan satu produk yang bertajuk Panduan Membina Laman Web. Produk yang berkaitan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web, salesletter, panduan cpanel, memasang skrip autoresponder, sistem affiliate, borang, ad rotator dan skrip tambahan.
Kini peluang dibuka kepada anda semua untuk menyertai Rakan Affiliate Panduan Membina Laman Web. Sistem affiliate ini memberi peluang kepada anda untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk tersebut. Setiap jualan yang terhasil daripada link anda akan dibayar komisen sebanyak RM15.
Kepada rakan affiliate akan disediakan sedikit tool dan panduan bagaimana anda boleh melakukan promosi berkesan terhadap produk tersebut. Selain itu, banner dan ecover juga disediakan di dalam akaun affiliate anda.
Untuk menyertai rakan affiliate Panduan membina laman web klik SINI
Laman web rasmi Panduan Membina Laman Web klik SINI
Saya baru perasan terdapat Video Player baru dari YouTube yang masih dalam versi Beta. Setelah mencuba video player baru ini, apa yang saya perhatikan dia punya buffering load lebih cepat dari yang sebelumnya. Memang cepat proses loadnya…..nak tahu cubalah di laman web YouTube.
Namun masih terdapat beberapa masalah yang timbul terhadap penggunaan Video Player baru ini. Antara masalah yang timbul anda boleh lihat pada video di bawah.
Di harap pihak YouTube dapat memperbaiki kelemahan yang wujud ini…he he
P/S : Kalau load laju macam ni, memang seronok tengok video kegemaran ni….Naruto & Bleach
Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!
Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.
Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.
Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :
Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
Klik Butang “Add“
Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.
Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.
Persoalan yang timbul….kadang-kadang apabila kita mencari sesuatu di laman web percari seperti Google, jawapan yang kita perolehi adalah terlalu banyak dari pelbagai laman web yang berbeza. Ini menyebabkan kita bingung untuk memastikan sesuatu jawapan itu betul atau tidak. Bagaimanakah kita boleh menentukan ketepatan pencarian yang kita inginkan….?
Meskipun Google menyediakan banyak fungsi pencarian, saya yakin tidak banyak dari kita yang menggunakannya pada ketika melakukan pencarian berbentuk informasi. Akhirnya kita kena badai tsunami informasi dari Google yang akhirnya membuat kita bingung sendiri. Oleh itu, mari kita bincangkan teknik pencarian yang efektif yang boleh anda lakukan semasa melayari internet.
Secara umum, jenis pencarian di Google ada dua: Basic Search dan Advanced Search. Basic Search adalah fungsi pencarian yang sudah biasa kita gunakan iaitu ketika mengakses dan membuat pencarian langsung dengan google.com.
Sedangkan Advanced Search menyediakan berbagai pilihan fungsi pencarian baik untuk operator dasar, file format yang ingin kita cari, bahasa, region, dsb.
Sebenarnya masih banyak fungsi pencarian yang boleh kita gunakan, tetapi tidak terdapat di menu pilihan Advanced Search. Dengan kata lain kita harus memasukannya query di form pencarian di Basic Search secara terus. Nah permainan query dan operator pencarian ini yang sebenarnya akan kita bahas di artikel ini.
FUNGSI PENCARIAN DASAR
AND: Mencari informasi yang mengandung kedua kata yang dicari. Boleh menggunakan salah satu dari tiga alternatif berikut: ukiran jepara
ukiran AND jepara
ukiran+jepara
OR: Mencari informasi yang mengandung salah satu dari kedua kata. Boleh menggunakan salah satu dari dua alternatif berikut: tauhu OR tempe
tauhu | tempe
FRASE: Mencari informasi yang mengandung frase yang dicari dengan menggunakan tanda “”. Contoh: “perisian”
NOT: Hasil pencarian mengandungi kata yang depan, tapi tidak yang dibelakang minus (-). Contoh di bawah akan mencari informasi yang mengandung kata ikan tapi bukan jerung. ikan -jerung
SINONIM (~): Mencari kata beserta sinonim-sinonimnya. Contoh di bawah akan membawa hasil pencarian: kenderaan (car) dan sinonim-sinonimnya. ~car
ASTERIK (*): Karakter pengganti kata. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi: ayam bakar pedas, ayam goreng pedas, ayam masak pedas, dsb ayam * pedas
TANDA TITIK (.): Karakter pengganti huruf, angka dan karakter tunggal. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi: kopi, koki, kodi, dsb ko.i
CASE INSENSITIVE: Pencarian di Google menganggap kapital dan bukan kapital sebagai sesuatu yang sama. Jadi, romi satria wahono, Romi Satria Wahono, atau RoMi SaTrIA waHoNo akan membawa hasil pencarian yang sama
PENGABAIAN KATA: Google mengabaikan keyword berupa karakter tunggal dan kata-kata berikut: a, about, an, and, are, as, at, b, by, from, how, i , in, is, it, of, on, or, that, the, this, to, we, what, when, where, which, with. Apabila kita tetap menginginkan pencarian kata tersebut, boleh menggunakan karakter “+” di depan kata yang dicari (contoh: Star Wars Episode +I), atau boleh juga dengan menganggapnya sebagai frase (contoh: “Star Wars Episode I”)
I’M FEELING LUCKY: Akan membawa kita langsung menuju ke hasil pencarian pertama dari query kita
FUNGSI PENCARIAN LANJUT
DEFINE: Mencari definisi dari sebuah terminologi. Dari contoh di bawah, hasil yang diperolehi adalah pelbagai definisi tentang e-learning dari berbagai sumber define:e-learning
CACHE: Menampilkan laman web yang telah diindeks oleh Google meskipun sudah tidak aktif lagi. Contoh di bawah akan menghasilkan pencarian kata php pada laman web rahsiakomputer.com yang ada di indeks Google. cache:rahsiakomputer.com php
LINK: Menampilkan daftar link yang mengarah ke sebuah laman web. Contoh di bawah akan menampilkan daftar link yang mengarah ke laman web rahsiakomputer.com link:rahsiakomputer.com
RELATED: Menampilkan daftar laman web yang serupa, atau memiliki hubungan dengan suatu laman web lain. related:romisatriawahono.net
SITE: Menampilkan pencarian khusus di suatu laman web yang ditunjuk java site:rahsiakomputer.com
FILETYPE: Menampilkan hasil pencarian berupa suatu jenis (ekstensi) file tertentu. Jenis file yang boleh dicari adalah: doc, xls, rtf, swf, ps, lwp, wri, ppt, pdf, mdb, txt, dsb. Contoh di bawah akan menampilkan hasil pencarian berupa file PDF yang mengandungi keyword software engineering software engineering filetype:pdf
ALLINTITLE: Menampilkan seluruh kata yang dicari dalam TITLE halaman. Contoh di bawah akan menghasilkan halaman yang memiliki title java programming. allintitle ini tidak dapat digabungkan dengan operator (sintaks) lain. Gunakan intitle untuk keperluan itu. allintitle:java programming
INTITLE: Menampilkan satu kata yang dicari dalam TITLE halaman. Contoh di bawah akan menghasilkan halaman yang memiliki title java dan kandungan halaman yang mengandungi kata enterprise intitle:java enterprise
ALLINURL: Menampilkan seluruh kata yang dicari di dalam URL. Contoh di bawah akan menghasilkan daftar URL yang mengandung kata java dan programming. allinurl ini tidak dapat digabungkan dengan operator (sintaks) lain. Gunakan inurl untuk keperluan itu. allinurl:java programming
INURL: Menampilkan satu kata yang dicari di dalam URL. Contoh di bawah akan menghasilkan daftar URL yang mengandung kata java dan isi halaman yang mengandung kata enterprise inurl:java enterprise
Pencarian yang kita lakukan akan semakin efektif apabila kita cuba menggabungkan beberapa operator terbaik yang ada fungsi pencarian dasar atau pun lanjut. Misalnya, kita ingin mencari file-file PDF yang ada di laman web www.pdfresource.com, Maka kita gabungkan dua operator menjadi: filetype:pdf site:www.pdfresource.com.
Dewasa ini permainan query pencarian Google banyak digunakan para hacker dan cracker untuk mencari berbagai informasi, file, dan konfigurasi yang memiliki lubang kelemahan. Aktiviti ini terkenal dengan sebutan Google Hacking.
# Teknik SEO Luangkan 10 Minit Masa Berharga Anda Dan Ketahui Bagaimana Saya Merampas Tempat PERTAMA Dalam Search Engine Google Dalam Masa Kurang Dari Sebulan, Dengan Menggunakan Teknik Mudah SEO, Juga Tanpa Mengeluarkan Sebarang Modal!.
# Rahsia 10K Ketahui rahsia bagaimana remaja 17 tahun menghasilkan RM1.3K dalam masa 24 jam. Rahsia dibongkar untuk anda juga memperolehi 10K.
# Rahsia Merekrut MLM Tom "Big Al" Schreiter akan mendedahkan rahsia dalaman MLM...Ketahui kejayaan dengan Formula Hebat.
# Akademi SMS Bagaimana guna handphone anda memulakan perniagaan & pemasaran dengan SMS yang mudah dari rumah. Ini dia pemasaran SMS yang berjaya.
# Apa itu Cpanel...? Ketahui langkah mudah untuk menjadi seorang pakar dalam Cpanel. Masalah teknikal Cpanel kini semudah A,B,C
# E-Kamus-Malaysia Perisian kamus Dwibahasa E-kamus 5.02 keluaran alaf teras. Kini kamus hebat akan berada di dalam komputer anda.