Aug
18th

Berbual Percuma Di Handphone Anda

Files under internet, mobile | 1 Comment

Pada masa ini, banyak aplikasi jaringan sosial yang boleh digunakan di telepon bimbit. Namun umumnya setiap aplikasi hanya memiliki satu fungsi, seperti hanya boleh berchatting, periksa e-mail, atau menyimpan phonebook. Dengan Nimbuzz, banyak keperluan sosial akan terjawab dalam satu aplikasi.

Dibangunkan pada 2006 yang berpusat di Belanda, Nimbuzz merupakan aplikasi Java percuma yang menawarkan pelbagai fungsi bagi pengguna komunikasi bergerak, termasuk di PC dan Web, untuk melakukan panggilan, conference call, instant messaging, chatting dalam kumpulan, serta berkongsi file atau gambar pada komuniti IM seperti Skype, Windows Live Messenger, Google Talk, Yahoo Messenger, AIM, Jabber dan ICQ, termasuk Facebook dan MySpace.




Banyak yang boleh dilakukan oleh Nimbuzz, dan semuanya percuma. Anda hanya perlu akses GPRS yang sesuai. Nimbuzz boleh melakukan panggilan VoIP ke sesama hand phone, chatting, membuat ruang chatting sendiri untuk perbincangan peribadi, berkongsi file/gambar/ringtone, berkirim SMS ke sesama pengguna Nimbuzz, menyimpan file-file dengan kapasiti yang tidak terbatas, menyimpan phonebook dan melakukan backup , atau menjemput rakan pengguna Nimbuzz yang sedang Offline.

Untuk menggunakan aplikasi ini, tentunya anda memerlukan akses Internet atau GPRS yang sesuai untuk telepon bimbit anda.

Beriktu cara untuk melakukannya :

1. Lakukan installation (http://www.nimbuzz.com/en/download/options) dan aktifkan Nimbuzz. Pilih Start Test untuk menguji akses dari hand phone ke server Nimbuzz. Pilih Yes apabila muncul pesanan yang mengatakan aplikasi akan mengirimkan data, ini bermaksud anda perlu mengaktifkan GPRS.
2. Tunggu beberapa saat sehingga proses testing selesai.
3. Seterusnya dengan Register as new user untuk melakukan pendaftaran pertama kali. Isikan data-data yang diperlukan seperti Username, Password, dan alamat e-mail. Tunggu beberapa saat, Nimbuzz akan menyimpan data ke server-nya.
4. Untuk menggunakan fungsi Call atau Buzz , masukkan nombor telepon. Pilih benua Asia dan negara Malaysia. Lalu masukkan nombor telepon anda.
5. Seterusnya, anda akan diberi pilihan apakah akan melakukan panggilan (Call) dan Chating ke IM lain. Jika ya, maka pilih beberapa IM yang berdaftar, misalnya Yahoo Messenger.
6. Untuk berkenalan dengan anggota lain, anda perlu membuat Profile peribadi yang boleh dibaca oleh anggota Nimbuzz lain. Masukkan data peribadi anda, lalu klik OK.
7. Anda akan dibawa masuk ke menu utama Nimbuzz, yang mengandungi Messages, Online gallery, Phonebook, dan Chat rooms. Anda boleh melakukan setting aplikasi, melalui Menu > Settings. Ada banyak yang boleh dilakukan, misalnya aturan Contact list, Display, Camera, Connection Type, Data Counter, TemplatesIncoming Call / New chat message / New message.
8. Di bahagian Message, anda boleh mengiriman pesanan teks, pesanan suara atau gambar.
9. Di bahagian Chat rooms, anda boleh melihat semua tajuk ruang chatting yang ada di dalamnya. Anda juga boleh membuat ruang chat sendiri, baik bersifat umum ataupun tertutup (private).
10. Jika dilihat di bahagian List all chat rooms, maka akan muncul 2979 ruang chat di dalam server Nimbuzz.
11. Jika ada  SMS dari sesama anggota Nimbuzz, akan muncul pesanan You have received 1 message(s). Pilih Show untuk membacanya. Pesanan SMS yang dikirimkan hanya memerlukan kos yang sangat minima kerana dikirimkan melalui GPRS, bukan jalur SMS biasa.

May
16th

Handphone vs iPhone

Files under mobile | Leave a Comment

Sekarang semakin banyak teknologi handphone yang menyediakan fungsi touchscreen. Di pasaran telah ada dan akan muncul handset - handset canggih yang boleh menjadi pesaing hebat kepada iPhone. Berikut beberapa jenis handphone yang menggunakan telnologi tersebut :

Image Hosted by ImageShack.us

1. Samsung Instinct
Reka bentuk seakan-akan seperti  iPhone, paparan navigasi yang mudah, menyokong teknologi data 3G, Video on-demand, fulltrack music download, arahan suara, GPS.

Kelebihan : Getaran yang timbul semasa menekan skrin sangat membantu pengguna untuk mengetahui apakah tekanannya sudah benar atau belum (sebagai feedback), akses 3G untuk file video dan muzik streaming, memiliki ukuran dan berat yang sama dengan iPhone, memori external.

Kekurangan: Tidak ada Wi-Fi, web browsernya tidak setanding iPhone, no Exchange support (save for Outlook Web Access)

Image Hosted by ImageShack.us

2.Sony Ericsson Xperia X1
Mobile phone pertama dari Sony Ericsson yang menggunakan OS windows Mobile. Reka bentuk slidernya dinamakan “arc-slider”, keypadnya QWERTY, dan interface berbentuk panel-panel yang berjalan pada Windows Mobile.

Kelebihan : One-touch panel-nya menonjol, slidernya di tepi membolehkan skrin dibesarkan dan memudahkan ketika menekan, skrin razor-sharp WVGA berukuran 3 inchi, “optical” joystick memudahkan pengendalian halaman web, full Office dan Exchange support, Wi-Fi.

Kekurangan : berat dan besar, User interfacenya lebih sukar dikendalikan berbandingkan iPhone, lebih mahal.

Image Hosted by ImageShack.us

3.LG Vu
Tipis, ringan, dan stylish. Menyokong kelajuan data HSDPA, menyokong AT&T live TV yang menyediakan 9 channel video streaming. Dengan interface yang beranimasi, email mobile, dan  video conference satu arah dari AT&T.

Kelebihan : Kualiti video yang baik menggunakan AT&T live TV, saiz yang agak sesuai, akses terhadap full-track music downloads, dan memori tambahan.

Kekurangan : Interface yang ada tidak dapat memaksimakan kemampuan touchscreen dari vu, tidak ada Wi-Fi, tidak menyokong Exchange, Harga yang tidak sepadan dengan kualiti yang ditawarkan.

Image Hosted by ImageShack.us

4. LG Voyager
Layar touchscreen berukuran 2,8 inchi. Keypad QWERTY, tersedia sokongan Verizon’s live TV.

Kelebihan : Interface yang baik, tersedia butang QWERTY yang sangat berguna swmasa menaip masej yang panjang, akses data 3G, full-track music downloads, GPS, memori tambahan.

Kekurangan : Besar dan berat, Web-browser tidak sebaik iPhone, tidak support Exchange, tidak ada Wi-Fi, mahal.

Image Hosted by ImageShack.us

5. LG Venus
Handphone dengan reka bentuk slide ini memiliki dua skrin (dual display), skrin LCD yang sensitif terhadap sentuhan dibahagian bawah dan skrin standart yang lebih besar ukurannya di bagaian atas.

Kelebihan : Butang navigasinya boleh berubah-ubah paparannya dan fungsinya bergantung pada apa yang sedang kita lakukan, akses data 3G, full-track music downloads, GPS, memori tambahan.

Kekurangan : Fungsi touch screen tidak maksima. harga terlalu mahal jika dibandingkan dengan kualiti yang diberikan.

Image Hosted by ImageShack.us

6. HTC Touch
Handset bersistem operasi Windows Mobile, didatangkan dengan interface HTC’s TouchFlo (efek tiga dimensi yang berputar semasa berganti-ganti halaman) memberikan satu sentuhan akses pada daftar panggilan, pesanan, web browsing, multimedia, dan lainnya.

Kelebihan : Cukup kecil dan langsing , interface yang cerdas memudahkan dalam mengakses fungsi-fungsi yang ada, Menyokong OFFICE dan Exchange, data akses 3G, full-track music downloads, dan video on-demand.

Kekurangan : Tidak tersedia Wi-Fi

Image Hosted by ImageShack.us

7. HTC Touch Dual
Versi HSDPA dari Touch, fungsi-fungsi yang dimilikinya hampir sama dengan Touch, dengan reka bentuk slide, keypad 20 tombol.

Kelebihan : Sama seperti Touch, hanya ada tambahan keypad slide.

Kekurangan : Dual’s pseudo-QWERTY keypad (hampir serupa dengan yang ada pada handset BlackBerry Pearl) memerlukan waktu yang cukup lama untuk menguasainya.

May
14th

iPhone Generasi kedua

Files under mobile | Leave a Comment
Ryan Block dari Engadget mengatakan bahawa iPhone generasi kedua ini di peringkat akhir penyelidikan, dan banyak rahsia tambahan yang terdapat pada ciri-cirinya. Berikut beberapa perkara yang berkaitan dengan iPhone ini :

  • Dimensi iPhone generasi dua hampir sama dengan iPhone generasi pertama.
  • Tentunya, handphone ini akan memiliki 3G, dan juga GPS!
  • Perbezaan fizikal utama adalah bahagian belakangnya yang tidak lagi diperbuat dari metal. Seluruh produk ini berwarna hitam, dari atas ke bawah. Butang volume kini berwarna perak.
  • Generasi kedua sedikit lebih tebal dibandingkan generasi pertama.
  • Menggunakan resolusi yang sama dengan generasi pertama.

Image Hosted by ImageShack.us

Produk ini kemungkinan akan diperkenalkan pertengahan tahun ini, akan tetapi perlu ditekankan bahawa ujian produk ini masih belum berakhir. Ciri-cirinya berkemungkinan boleh berubah sebelum diumumkan.


May
9th

Model Nokia Terbaru

Files under mobile | 1 Comment

Nokia kembali menghasilkan 3 handphone baru dengan motto “Beautiful to Use” (Indah untuk Digunakan). Indah ke…..?  Antaranya ialah Nokia 6600 fold, Nokia 6600 slide, dan Nokia 3600 slide. Ketiganya memiliki kombinasi antara rekabentuk dan bahan yang eksklusif dengan fungsi yang baik.

NOKIA 6600 Fold

Telipon bimbit clamshell ini memiliki sebuah mekanisme elektromagnet untuk membuka  hanya dengan satu klik,  halus pada bahagian belakang dan bahan mengkilat untuk bagian depan.

Jenis ini memiliki tampilan skrin OLED 16juta warna QVGA berukuran 2,13 inci dan kamera 2 megapixel dengan dual-LED flash. NOKIA 6600 fold dijangka berada di pasaran sekitar suku ketiga tahun 2008 dengan harga anggaran 275 euro dalam dua warna, yaitu: mysterious black dan sophisticated purple.

NOKIA 6600 Slide

Walaupun nama 6600 sudah sangat dikenal melalui versi sebelumnya, jenis 6600 slide ini dijangka mempunyai fungsi-fungsi tambahan . Ia akan memiliki basis S40 user interface dan memiliki skrin QVGA 2,2 inci dengan 16juta warna.

Selain itu, model ini juga memiliki kamera yang lebih baik dengan 3,2MP oto-fokus, FM radio, dan tombol untuk muzik lainnya. Nokia 6600 slide dijangka dikeluarkan akhir 2008, harganya hanya sekitar 250 Euro.

NOKIA 3600 Slide

Hampir sama dengan Nokia 6600 slide, cuma model ini  lebih murah. Jenis ini akan ditawarkan dengan harga sekitar 175 euro.

p/s : Peminat pengumpul telepon nokia bolehlah beli.. Kalau saya nak tunggu sehingga telepon betul-betul menyerupai fungsinya seperti sebuah komputer….ada ke…?