Jun
23rd

Cinta Ku Yang Baru

Files under motivasi, umum | 1 Comment

Ha….kalau baca tajuk yang macam ni memang seronok terutamanya muda-mudi yang sedang bercinta….cinta monyet lah katakan. Tapi post kali ini bukan nak cerita pasal cinta ku yang baru atau pun yang telah lalu. Tajuk je yang gempak tu…tak ada kaitan dengan cerita cinta siapa-siapa pun.

Bagi anda yang selalu melawati blog ni, mungkin anda akan mendapati paparan baru pada blog ini. Sebenarnya ia bukan tema baru tapi sedikit perubahan telah dibuat terhadap tema blog ini supaya ia kelihatan lebih cantik dan kemas….cantiklah konon..he he.  Antara perubahan ialah pada bahagian header dan sidebar blog ini. Kalau nak tahu inilah cinta baru saya…ho ho




Sempena blog cinta ku yang baru ini, beberapa page yang dirasakan perlu telah ditambah. Namun sebahagian daripadanya masih dalam proses pembangunan dan diperbaiki. Nak tahu apa yang ada, anda klik lah mana-mana link yang ada di blog ini.

Kembali kepada perkataan cinta…. jika anda menaip perkataan “cinta” di search engine, memang perkataan ini cukup popular sehingga mencecah jutaan pages. Di google sahaja ia mencecah 27,800,000 halaman. Manakala di yahoo pula, ia mencecah 31,500,000 halaman. Maksudnya memang ramai yang menggunakan perkataan cinta ini.

Oleh itu, saya menulis tajuk “cintaku yang baru” ini bertujuan menambahkan tag dan keyword ke dalam blog. Manalah tahu ada orang tersesat yang mencari berkaitan dengan cinta akan bertemu blog cintaku yang baru ini. Saya bukan pakar dalam teknik SEO, tapi sekadar mencuba dan menkaji serba sedikit berkaitan dengannya.

Berbincang pasal kisah cinta pula, terdapat beberapa blog yang menjadi tumpuan berkaitan dengan cinta ni dan di antaranya adalah seperti www.tentangcinta.com dan www.kuncicinta.com .

Harus diingat, bahawa maksud cinta juga bukan terhad kepada cinta muda mudi yang lahir dari perasaan masing-masing, tapi ia mempunyai ruang lingkup yang luas. Cinta termasuklah cinta kepada Tuhan Yang Esa, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa dan keluarga, cinta kepada ilmu, cinta kepada harta dan macam-macam cinta lah….itu semua orang tahu lah. Tapi adakah semua orang dapat menghayati dan melakukannya dengan betul… Jawapanya ada pada diri anda sendiri.

Akhir sekali, cintailah diri anda sebelum anda mencintai orang lain. Cintalah kepada benda-benda kebaikan nescaya anda akan mencapai kebaikan dan kejayaan yang diimpikan.

Salam Kejayaan

Jun
20th

Mengenali Rahsia Mutu Diri

Files under motivasi | 5 Comments

Salam kebahagian dan keceriahan semua. Hari ni kita nak bermotivasi pula. Sekali sekala kita perlu muhasabah dan memotivasikan diri kita sendiri. Mungkin ada kealpahan dan kekurangan yang kita tidak sedari atau mungkin semangat kita semakin pudar dalam perjuangan ini.

Setiap insan mempunyai bakat dan kebolehan tersendiri. Manusia diciptakan dengan rahsia kebolehan walaupun tidak semua insan memiliki bakat yang serupa. Namun bakat dan kebolehan itu tetap ada…Oleh itu, adakah kita sudah menggunakan rahsia kebolehan yang ada pada diri kita, atau kita masih berfikiran di tahap yang sama..? Ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan malam.

Sempena setiap Jumaat yang penuh dengan keberkatan ini, mari kita bincang-bincangkan dan bongkarkan rahsia mutu diri yang mungkin tersembunyi dalam diri kita untuk mencapai mercu kejayaan.




Rahsia mutu diri ialah rahsia yang perlu kita bincangkan bagaimana kita menggali, membongkar dan menyelusuri kebolehan yang ada pada diri kita tapi kita tidak menyedari atau tidak mengetahuinya. Bagaimana mutu yang ada pada diri kita ini digunakan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan meningkatkan hasil perolehan.

Patutkah anda berterusan miskin harta, budi dan keyakinan..? Anda mungkin tidak memusuhi kekayaan, kemewahan dan kebaktian, tapi mengapa kita masih berada pada tahap kemiskinan dan ala kadar. Mengapa anda tidak berusaha untuk terus maju dalam mencapai apa yang boleh memberikan anda kebahagian. Sebenarnya jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Walaupun dunia ini di ibaratkan sebagai sebuah ladang yang luas, tetapi ramai yang membiarkan ladang mereka ditumbuhi lalang. Begitu juga manusia, setiap diri manusia mempunyai Telaga Emas, tapi sedikit sangat yang berusaha untuk menggalinya.

Mungkin ayat berikut boleh memberikan anda sinar untuk mengenali diri anda yang sebenarnya.

Oleh itu, untuk menjadikan kita manusia yang sentiasa berjaya dan cemerlang, ikuti siri Rahsia Mutu Diri yang selanjutnya setiap hari Jumaat. Mari kita bincang-bincangkan dan kongsikan ilmu yang anda miliki.

Salam kejayaan.

May
17th

Cerita Mitivasi : Kenapa Tak Rogol..?

Files under motivasi, umum | Leave a Comment

Terbaca saya satu artikel dari blog Isu Hangat yang bertajuk “Kenapa Tak Rogol“. Tertarik saya dengan cerita yang disampaikan itu. Terdapat motivasi yang cukup besar disampaikan di dalam cerita tersebut. Motivasi yang berkaitan kepercayaan dan ketuhanan. Mungkin kita boleh sama-sama memikirkan natijah setelah membacanya.

Saya copy pastekan cerita tersebut seperti berikut :

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya. Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu. Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” Perogol
tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalula h amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata orangmukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…..

Mohazila Hamdan

p/s : Apa yang anda dapat daripada cerita tersebut. .? Bersama sama kita merenung dan fikirkan bersama. Semoga kita sentiasa berada dijalan yang benar.

Jan
23rd

Cara Meningkatkan Konsentrasi Anda

Dalam konsentrasi, kita mengumpulkan semua energi yang terpencar untuk fokus hanya kepada satu perkara. Apabila kita benar - benar menguasainya, konsentrasi memiliki manfaat yang luar biasa terhadap hidup kita. Konsentrasi dapat meningkatkan produktiviti dan memberikan ketenangan fikiran. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan konsentrasi anda.

SIRI 2

Meditasi

Meditasi, nyata dapat meningkatkan kekuatan konsentrasi. Sebenarnya pada saat kita mencoba untuk meditasi, hal penting yang harus pertama kita kuasai adalah konsentrasi. Meditasi setiap hari dapat memberikan kita kesempatan untuk melatih teknik konsentrasi. Hal ini dapat dilakukan dengan mengkonsentrasikan pikiran kepada satu lilin atau hanya mengkonsentrasikan pernafasan. Latihan ini sangat sederhana, namun efektif.

Rehat Yang Cukup

Konsentrasi terhadap satu perkara untuk waktu yang lama sangatlah memenatkan. Apabila kita konsentrasi kepada satu tugas untuk satu jam, kita kemudian dapat melanjutkan kepada satu kerja yang lainnya. Perubahan aktiviti ini membuatkan kita akan merasa penat dan lelah untuk melakukan kerja secara konsentrasi. Walaupun anda masih mampu untuk menggunakan sifat - sifat lain, konsentrasi tidak akan datang sepenuhnya. Oleh sebab itulah kita perlu mempertahankan kekuatan konsentrasi dengan rehat yang mencukupi.

Keadaan Fizikal

Kekuatan konsentrasi juga bergantung kepada keadaan fizikal kita. Apabila kita merasa lelah atau kurang sehat, konsentrasi akan menjadi lebih susah. Konsentrasi tentu sahaja masih dapat dilakukan, hanya saja akan menjadi lebih menyusahkan.

Namun kita harus mencuba membuat hidup lebih mudah untuk diri kita sendiri; kita harus memberikan kepentingan kepada kesihatan kita - cukup tidur, jaga tubuh agar tetap fit. Olahraga membantu kita untuk meningkatkan konsentrasi. Mengurangi berat badan, menjernihkan fikiran dan menciptakan kekuatan juga akan dapat membantu menghadikan konsentrasi. Apabila Anda merasa susah untuk berkonsentrasi, anda perlu menjadikan tubuh yang sehat dan olahraga dijamin akan membantu meningkatkan kekuatan konsentrasi.

Post Sebelum Ini

Jan
16th

Cara Meningkatkan Konsentrasi Anda

Dalam konsentrasi, kita mengumpulkan semua energi yang terpencar untuk fokus hanya kepada satu perkara. Apabila kita benar - benar menguasainya, konsentrasi memiliki manfaat yang luar biasa terhadap hidup kita. Konsentrasi dapat meningkatkan produktiviti dan memberikan ketenangan fikiran. Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan konsentrasi anda.

SIRI 1

Fokus

    Konsentrasi bererti kita dapat memfokuskan fikiran kepada satu perkara. Konsentrasi mencakupi konsentrasi dalam tulisan dan menyelesaikan masalah. Apapun aktiviti kita, kretiria yang paling penting adalah untuk fokus, konsentrasi dan hasil kepada aktiviti yang sedang dilakukan. Konsentrasi akan menjadi tidak bererti apabila kita diganggu oleh beberapa hal lain pada masa yang sama.

    Untuk dapat berkonsentrasi, kita harus berhenti mencuba melakukan beberapa hal pada masa yang sama. Apabila Anda menulis suatu artikel, jangan memikirkan akan perkara lain di luar skop yang ingin ditulis. Apabila kita dapat fokus, kita akan boleh mendapatkan intensiti luar biasa yang akan membuat kita menyelesaikan tugas - tugas dengan lebih cepat.

    Belajar Kontrol Fikiran

      Batu penghalang yang utama terhadap konsentrasi adalah gangguan yang tidak diinginkan yang muncul dalam fikiran kita. Gangguan ini akan menghalang usaha kita untuk mencapai konsentrasi penuh. Penyelesaiannya adalah belajar untuk mengontrol dan menenangkan fikiran kita. Hal pertama yang harus diperhatikan adalah kita tidak memiliki pilihan untuk menerima atau menolak fikiran; jangan sampai kita merasa menjadi korban dari fikiran kita sendiri.

      Hal kedua adalah kita harus mengawasi fikiran kita secara sedar dan mencegah diri kita agar tidak terpengaruh dengan gangguan apapun yang dapat mempengaruhi konsentrasi kita. Pada saat kita memulakan suatu kerja, sangatlah mudah untuk bermimpi dan kehilangan fokus. Yang kita perlukan adalah ketekunan untuk berkonsentrasi tanpa fikiran yang mengganggu. Apabila kita memiliki keinginan itu, konsentrasi akan menjadi lebih mudah.

      Praktikal

        Konsentrasi adalah merupakan suatu aktiviti. Tentu sahaja, semakin kita mempraktikkan dan melatih diri terhadap sesuatu perkara, akan semakin baik pula kemampuan konsentrasi kita. Kita tentunya tidak mengharapkan untuk boleh menjadi hebat tanpa latihan.

        Sama juga halnya dengan konsentrasi. Konsentrasi adalah seperti otot tubuh, semakin kita melatihnya, maka akan semakin kuat pula jadinya. Memang tidak ada latihan khusus yang spesifik untuk konsentrasi, namun hidup memberikan begitu banyak kesempatan bagi kita untuk melatih konsentrasi. Kuncinya adalah untuk selalu mengambil kesempatan untuk meningkatkan kemampuan konsentrasi.

        p/s : Tunggu SIRI 2 akan datang.

        Dec
        10th

        Cara meningkatkan kekuatan otak anda

        Files under motivasi | 6 Comments

        Pernahkah anda melihat seseorang yang tanpa usaha yang gigih dapat mempelajari konsep dan ilmu pengetahuan yang baru dengan cepat sementara orang lain harus berjuang untuk mendapatkan sesuatu ilmu itu?

        Napoleon Bonaparte dapat menyebutkan nama ribuan prajurit yang setia kepadanya. Juara catur peringkat dunia dapat mengingati suatu pertandingan yang telah berlangsung bertahun-tahun lalu. Kadang-kadang saya bertanya bagaimana cara para intelektual ini melakukannya.

        Walaupun sebagian dari mereka lahir dengan IQ yang luar biasa, sementara yang lain tidak. Namun, ada beberapa teknik yang dapat membantu anda belajar lebih cepat, belajar lebih baik, dan menyerap informasi sebaik mungkin.

        Berikut adalah 7 tips yang boleh meningkatkan kekuatan otak anda.

        1. Ajarlah kepada orang lain.

        Jika ada sesuatu yang ingin anda pelajari, cubalah untuk mengajarkannya juga kepada orang lain.

        Proses pembelajaran tradisional membantu anda untuk menghafal sebuah idea, namun mengajarkan sesuatu kepada orang lain membuat anda benar-benar memahami konsep dan bagaimana cara mengaplikasikannya. Untuk mengajar seseorang, anda harus bersedia kemungkinan adanya pertanyaan dan melihat topik dari sudut pandangan yang berbeza. Mengajarkan orang lain akan secara praktikal meningkatkan pemahaman anda.

        Mengajar orang lain juga bermaksud kita sentiasa mengulang-ulang ilmu yang kita perolehi. Secara tidak langsung ilmu itu akan berkembang dan lebih mendalam di dalam minda kita.

        2. Tulislah sebuah artikel.

        Sangat mudah untuk mempelajari sesuatu dari buku. Hanya dengan membaca anda boleh memperolehi ilmu itu. Tapi apakah ilmu itu akan lebih mendalam dan berkesan hanya dengan membaca…?

        Dalam suatu keadaan, jika anda harus menulis sebuah artikel yang berkenaan dengan suatu topik, apakah anda dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik hanya dengan menulis..?

        Oleh itu, jika anda mahu menjadi ahli dalam suatu topik pilihan anda, baca dan tulislah buku mengenai hal tersebut. Ini akan memungkinkan anda untuk menelusuri aspek-aspek lain yang sedang anda pelajari. Dengan menuliskannya juga, anda akan menghubungkannya dengan idea-idea yang sudah anda ketahui dan menciptakan sebuah jaringan pengetahuan yang lebih baik.

        3. Bermula dengan sebuah Blog.

        Belajar sesuatu melalui sebuah blog dengan menulis dan bercerita mengenai pengalaman anda. Ini akan meningkatkan proses pembelajaran anda. Menulis sebuah blog membuatkan anda berfikir sesuatu yang pernah berlaku dan akan berlaku di masa hadapan yang kemudian anda tulis orang lain dapat mengetahuinya. Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda ke-level yang berikutnya, saya menyarankan anda untuk bermula dengan blog anda sendiri.

        Menulis blog akan menjadi hal yang menarik secara intelektual sekaligus dapat menjadi aktiviti harian yang akan menjana kemampuan minda anda.

        4. Jagalah tubuh anda dengan baik.

        Sementara anda mencuba untuk meningkatkan kemampuan belajar anda, anda harus memastikan otak dan tubuh anda dalam keadaan sihat. Otak adalah sebahagian dari tubuh yang memerlukan banyak bahan bakar dan oksigen jika anda mengharapkannya dapat berfungsi secara efisyen. Dalam proses pembelajaran, anda harus memberi makan dan merawat tubuh dan otak anda untuk memaksimakan proses.

        Untuk mencapai matlamat tersebut, anda harus:

        • Makan setiap beberapa jam untuk mempertahankan gula darah anda pada level yang tinggi.
        • Bersukan setiap hari.
        • Melakukan rekreasi secara releks beberapa minit setiap hari.
        • Tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap hari.
        • Minum banyak air.
        • Makan sedikit. Makan yang berlebihan cenderung membuat orang menjadi mengantuk.

        5. Belajar dengan teknik gambaran.

        Belajar sesuatu dengan teknik gambaran. Mulakan proses pembelajaran dengan melihat gambar dan menterjemahkannya menjadi satu idea. Dari buku bergambar, cuba belajar dengan menggunakan panca indera dan penglihatan.

        Saat anda perlu memahami suatu hal dengan cepat, indera penglihatan akan membantu anda untuk membuat gambaran tentang suatu topik pada fikiran anda. Gambarkan juga pada selembar kertas. Anda boleh gambarkan apapun, sebuah imaginasi, grafik, atau hanya aliran waktu.

        Sentiasa tambahkan gambaran pada fikiran anda sementara anda belajar dan cuba menciptakan terus gambar di fikiran anda selagi anda berfikir.

        Lebih baik lagi jika anda tidak membatasi diri anda dengan gambar visual. Belajarlah dengan kekuatan panca indera tersebut yang disertakan sekali dengan idea pemikiran anda.

        6. Tingkatkan motivasi anda.

        Motivasi adalah alat untuk meningkatkan daya ingatan dan kesedaran. Cuba fikirkan mahasiswa sekolah yang berusaha sebelum ujian bermula. Mereka memiliki motivasi yang tinggi kerana ingin memperolehi sesuatu yang lebih baik dalam peperiksaan tersebut. Mereka dapat menguasai sesuatu ilmu itu kerana mereka mahu. Motivasi ini membuat proses pembelajaran mereka pada tahap motivasi yang tinggi.

        Jika anda bukan lagi mahasiswa yang suka menunggu dan menanti namun tetap ingin memotivasikan diri anda, cubalah berfikir sesuatu yang berkaitan dengan cita-cita. Jika anda menciptakan suatu cita-cita yang terus anda kejar, maka anda akan belajar lebih cepat sebagai motivasi untuk mendapatkan cita-cita tersebut.

        Sebagai contoh, jika anda belajar atau bekerja untuk memahami satu subjek yang berlembar-lembar, anda mungkin akan memberi motivasi diri anda untuk pergi ke kedai buku atau perpustakaan, bermain video game, atau mungkin menonton rancangan TV kegemaran anda. Oleh itu, pilihlah jenis motivasi yang sesuai dengan anda.

        7. Belajarlah selagi anda tidur.

        Alangkah indahnya bila anda dapat menghabiskan waktu tidur sambil mempelajari bahan pelajaran dengan hanya menekan tombol play pada CD player anda? Tentu saja indah…. Tapi bolehkah kita belajar sesuatu perkara semasa kita tidur.

        Satu kajian dari sebuah universiti mengatakan bahawa kita dapat belajar semasa tidur namun ia perkara itu tidak dapat dilakukan jika anda tertidur nyenyak.

        Namun, sebuah bukti menunjukan bahwa anda dapat belajar pada masa tidur ringan, sebuah keadaan sebelum anda tertidur nyenyak.

        Perlu diingat bahwa apa yang anda dengar itu tidak lebih dari fakta, kosa kata, dan perkara yang ringan lainnya. Anda tidak dapat mempelajari sesuatu yang berat pada tahap tidur ringan.

        Baru-baru ini, pengkaji di jerman menemui bahawa penggunaan stimulasi elektrik pada tahap tertentu dalam tidur dapat meningkatkan kemampuan seseorang untuk mengingat fakta.

        Menarik untuk dikaji, teknologi pembelajaran apa lagi yang akan muncul di masa hadapan.

        Kesimpulan

        Teknik dan cara yang boleh menjana ketajaman otak anda. Jadikan minda anda sesuatu yang kreatif dan melahirkan idea yang boleh memberikan manfaat kepada diri anda.