Aug
6th

Terlupa Password Windows XP..?

Kita biasanya meletakkan password pada windows komputer untuk tujuan keselamatan. Maksudnya kita tidak mahu orang-orang yang tidak berkenaan mengganggu fail-fail atau maklumat yang terdapat di dalam komputer.




Namun, adakalanya kita lupa password yang pernah kita pasang di komputer bersistem operasi Windows XP. Padahal tanpa password tersebut, kita tidak boleh melakukan apa-apa di komputer. Password ini memang ibarat kunci masuk pintu di rumah. Jadi apa yang harus anda dilakukan? Memformat seluruh harddisk? Jangan dulu!!!

Jika dalam Windows XP anda terdapat dua atau lebih account user, lakukan langkah ini:

1. Login sebagai salah satu user yang password-nya anda ingat.

2. Klik Start, lalu Run.

3. Dalam kotak Open taipkan control “userpasswords2″, dan klik OK.

4. Klik user account yang anda lupa password tersebut, lalu klik Reset Password.

5. Kemudian taipkan password baru anda di bahagian New Password dan di ruangan Confirm New Password, seterusnya klik OK.

Cara di atas akan berhasil kalau di komputer anda ada dua atau lebih account user. Namun bagaimana pula jika andalah satu-satunya pengguna PC tersebut..? Maksudnya hanya ada satu account user di Windows XP. Tetap tiada masalah.

Gunakan saja bantuan freeware Austrumi. Download  freeware ini di :

http://prdownloads.sourceforge.net/austrumi/austrumi-0.9.2.iso?download (pilih salah satu alamat yang tersedia).

Download file image Austrumi sebesar 50MB, kemudian bakar (burn) file ISO tersebut ke dalam sebuah CD kosong. Seterusnya, gunakan CD tersebut untuk booting. Pada masa muncul menu boot, taipkan boot: nt_pass dan tekan Enter.

Langkah yang seterusnya, anda hanya perlu ikuti petunjuk yang diberikan pada skrin komputer anda. Selamat mencuba!

(sumber: InfoKomputer)
Jul
30th

Mengubah Butang START Windows

Untuk mendapatkan satu-satu program pada windows anda, biasanya anda menggunakan butang “START” dan masuk ke “All Program“. Namun pernahkah anda bosan dengan perkataan “START” ini dan ingin menggantikan perkataan tersebut dengan perkataan yang anda sukai…



Persoalannya, bolehkah perkataan “START” ini ditukar..? Memang boleh… Ikuti penerangan berikut :

1. Download Resource Hacker di laman web http://www.users.on.net/johnson/resourcehacker.

2. Backup file explorer.exe yang berada di C:-Windows-. Salin file itu ke tempat lain dengan nama yang berbeza, misalnya dengan nama “explorer1.exe“. Jalankan Resource Hacker dan buka explorer.exe.

3. Pilih [String Table] dan klik dua kali  untuk melihat kandungan String Table.

4. Klik dua kali lagi pada [37] dan klik sekali pada [1033]. Yang perlu diubah adalah item 578, di sana tertulis “Start” yang merupakan kata pada butang [Start].

5. Ganti kata START sesuai yang anda kehendaki dan pastikan anda tidak menggunakan ruang (space). Kemudian simpan dengan nama explorer[nama].exe di direktori C:-Windows. Misalnya, anda menggantinya dengan explorertes.exe.

6. Setelah itu, anda boleh keluar dari Resource Hacker.

7. Klik [Start] > [Run] kemudian taipkan “regedit” dan tekan [Enter].

8. Seterusnyanya masuk ke sub key HKEY_LOCAL_MACHINE-SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Winlogon.

9. Cari string bernama Shell, kemudian klik dua kali dan ganti niali data-nya dengan nama yang tadi anda simpan.

10. Akhir sekali klik [OK] dan keluar dari Registry Editor. Untuk melihat hasilnya restart komputer Anda.

(Sumber: PCplus)

p/s : Jika anda tidak yakin jangan cuba-cuba…he he. Saya tak pernah rasa bosan dengan perkataan START ni….ho ho

Jul
17th

Mencegah Perubahan Screen Saver

Setiap screen saver dapat di ubah sehingga ia sesuai dengan keinginan pengguna PC. Perubahan screen saver dilakukan dari Control Panel. Cuba buka “Appearance and Personalization” yang ada di Control Panel. Klik [Personalization], seterusnya klik [Settings]. Akan muncul kotak untuk mengubah screen saver yang sedang digunakan.

Untuk mengelakkan orang lain mencuba menggantikan ketetapan screen saver anda, butang [Settings] itu boleh disembunyikan. Ikuti langkah-langkah berikut :

1. Jalankan Registry Editor

2. Masuk ke key HKEY_CURRENT_USER-Software-Policies-Microsoft-Windows-Control Panel-Desktop.

3. Buatlah DWORD baru dengan nama ScreenSaverSettingsButton

4. Klik dua kali pada DWORD yang baru saja dibuat dan isikan nilainya dengan 1.

Cuba masuk ke [Start] > [Control Panel] > [Appearance and Personalization] > [Personalization] > [Screen saver]. Anda akan dapati [Settings…] telah disembunyikan.

Untuk menampilkannya kembali, sangat mudah, Anda cuma perlu mengganti nilai 1 tersebut menjadi 0 atau menghapus data tersebut.

Sumber: PCPlus

Jun
17th

Selamatkah Blog Wordpress Anda..?

Terbaca satu artikel yang membincangkan berkaitan dengan blog Wordpress….Selamatkah blog wordpress yang anda gunakan…?




Sejak kebelakangan ini ada terjadi serangan ke atas kelemahan keselamatan yang dijumpai di blog Wordpress. Bila anda tidak menggunakan versi terbaru Wordpress (terkini Wordpress 2.5.1) maka kemungkinan besar laman blog anda boleh dikendalikan oleh hacker. Untuk mengetahui sama ada blog anda masih selamat, anda mungkin perlu ikuti perbincangan di SINI. Kerana platform blogging wordpress paling diminati, dan dikendalikan untuk tujuan SEO, traffic redirection dan banyak lagi…..maka ia menjadi target utama para hacker.

Kelebihan Wordpress, sebahagian kerosakkan yang terjadi kerana eksploitasi dapat dipulihkan kembali dengan sebuah upgrade. Gunakan blog upgrade terbaru daripada wordpress.

Kepada semua pengguna Wordpress, backup adalah sangat penting. Begitu juga dengan update dan sentiasa memantau atau memeriksa penggunaan blog anda. Sealulah membaca blog rasmi wordpress untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan masalah keselamatan blog anda.

Kepada mereka yang masih baru dengan dunia blog Wordpress ini dan ingin menjaga keselamatan blog anda, anda mungkin memerlukan aplikasi ini.

Terdapat beberapa langkah mudah untuk melaksanakan keselamatan blog Wordpress anda. Dapatkan 10 tips menjaga keselamatan blog wordpress anda di SINI.

Jun
14th

Menulis Blog Secara Offline

Jika anda seorang blogger, setiap kali anda ingin mengemaskini blog anda atau menulis sesuatu artikel di blog, anda perlu melakukannya secara online. Dengan kata lain login ke blog dan tulis post baru…ini mungkin satu masalah bagi mereka yang tidak selalu online atau tidak mempunyai akses internet di rumah.

Sebenarnya anda boleh menulis blog anda secara offline. Walaupun  tiada talian Internet, anda masih boleh menyediakan seberapa banyak artikel yang perlu dan terbitkannya apabila anda online.

Satu perisian yang digunakan untuk tujuan tersebut ialah Windows Live Writer. Dengan perisian ini anda boleh melakukan kerja-kerja blogging seperti menulis artikel secara luar talian. Suasana persekitaran Windows Live Writer adalah lebih kurang sama dengan ruangan menulis artikel blog anda. Mudah dan senang digunakan.

Cara-cara untuk menggunakannya :

  1. Download perisian Widows Live Writer di sini.
  2. Pasang perisian tersebut di dalam komputer anda. Harus diingat, semasa anda memasang perisian ini, pastikan komputer anda mempunyai akses internet. Lihat langkah pemasangan dibawah.

  3. Getting Started - Windows Live Writer

  4. Setelah selesai proses pemasangan, bolehlah anda mulakan penulisan artikel untuk blog anda sebelum menerbitkannya di blog anda yang sebenarnya.
  5. Bagi anda yang pertama kali menggunakan Windows Live Write, anda boleh rujuk panduan dalam video di bawah.

  6. Basic Authoring - Windows Live Writer

  7. Windows Live Write juga boleh digunakan untuk meletakkan dan edit kandungan seperti gambar, video dan maps. Lihat video di bawah.

  8. Pictures, Videos, Maps & Plug-ins - Windows Live Writer

Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan Windows Live Write ini, sila rujuk disini.

Jun
3rd

Back Up Hasil Kerja Anda





Dua hari yang lepas adalah hari yang cukup malang. Sedang syok tengok cerita Indiana Jones di Watch Movie, tetiba komputer (laptop) gua jadi hang…gambar yang keluar jadi senget dan tak bergerak. Setelah beberapa saat, keluar skrin biru. Apa tu skrin biru (blue skrin) ..? kejab lagi wa terangkan. Nampaknya tak sempat habiskan cerita Indiana Jones…apa nak buat, nasib tak berapa baik…

Berbalik cerita skrin biru (blue skrin)…ini bukan cerita pasal blue yang tuuuuut …tu ya. Skrin biru adalah skrin yang keluar ketika komputer anda menghadapi masalah seperti hang atau file missing. Biasanya bila berlaku keadaan ini, sistem operasi komputer anda mungkin menghadapi masalah. Bila anda restart komputer, skrin biru ini akan keluar atau keluar masej tertentu semasa komputer melalui proses POST.

Jika nasib tak berapa baik macam saya, komputer anda mungkin tidak dapat dihidupkan. Dengan kata lain tidak boleh memasuki windows. Bila dah jadi macam ni apa lagi, bingung dibuatnya. Bingung bukan pasal tak dapat habiskan cerita Indiana Jones tu, tapi pasal fail-fail yang terdapat di dalam komputer. Bolehkah diselamatkan atau tidak.

Mula-mula saya cuba repair semula windows XP tersebut menggunakan CD Windows XP. Dalam CD tersebut ada arahan untuk membuat repair pada sistem operasi windows anda. Setelah beberapa ketika, proses repair tidak dapat dijalankan kerana ada perkakasan yang tidak dapat dikenal pasti. Wah…gua jadi bertambah bingung.

Seterusnya saya cuba pula menyelamatkan fail-fail yang terdapat di dalam partition C dengan memindahkan fail tersebut menggunakan Command Prompt. Tak dapat juga dilakukan kerana saya tidak dapat memasuki Drive C melalui command prompt. Tak dapat masuk mungkin sebab masalah yang terdapat pada windows tersebut.

Mahu tak mahu saya terpaksa format komputer dan install windows yang baru. Sedih jugalah sebab tak dapat selamatkan fail-fail yang penting. Tak banyak…adalah beberapa image dan dua tiga fail. Nak tahu macam mana saya lakukan proses installation tu….cubalah tengok kat SINI.

Nasihat saya kepada anda, jadikan peristiwa yang menimpa gua tu sebagai satu pengajaran. Pengajaran di sini ialah jangan lupa lakukan back up setiap hasil kerja anda. Berikut saya cuba senaraikan beberapa langkah back up yang boleh anda lakukan.

Gunakan Drive D

Pastikan semua hasil kerja anda di letakkan di partition D (Drive D). Bila berlaku keadaan seperti di atas, fail yang di simpan pada drive tersebut akan selamat. Ini kerana proses format dan install semula windows tidak akan melibatkan partition D.

Untuk memudahkan anda mencapai fail-fail yang di simpan pada Drive D tersebut, buat shortcut fail tersebut di dekstop anda. Cara buat shortcut pada fail ialah : klik kanan pada fail - send to - Dekstop (create shortcut). Selepas itu, satu fail shortcut terbentuk di dekstop komputer anda.

Back Up Fail

Untuk lebih selamat terhadap semua fail-fail dan perisian yang terdapat di dalam komputer anda, sentiasa melakukan back up terhadap semua hasil kerja anda. Lebih elok jika anda simpan fail anda dalam bentuk CD atau DVD. Anda boleh gunakannya bila berlaku sesuatu yang tidak diduga terhadap windows dan komputer anda. Lakukan proses back up file ini secara kerap dan berterusan.

Mencipta Image

Satu cara yang mudah untuk anda menginstall semula windows komputer anda ialah dengan mencipta image (bukan image macam gambar) untuk windwos tersebut. Setakat yang saya tahu untuk mencipta image, anda boleh menggunakan perisian Ghost. Ada juga yang mengatakan boleh menggunakan Partition Magic. Tapi itu saya tak berapa pasti sebab tak pernah gunakannya.

Melalui perisian Ghost, semua fail dan perisian yang terdapat di Drive C akan dibentuk sebagai image. Image ini perlu disimpan di dalam Drive D. Macam mana nak gunakan Ghost, nantikan post yang akan datang. he he…

Bila berlaku hang atau skrin biru dan komputer anda perlu di format dan install semula, dengan hanya menggunakan perisian Ghost dalam beberapa minit sahaja komputer anda akan menjadi seperti sedia kala menggunakan image yang telah dibentuk sebelum ini. Wah memang ajaib….

Dengan cara ini anda tidak perlu install satu per satu perisian yang diperlukan oleh komputer anda. Anda juga tidak perlu risau pasal driver yang mungkin hilang. Ini kerana semua fail, perisian dan driver komputer anda akan tersimpan di dalam image yang terbentuk. Cukup mudah dan menyenangkan.

Rasanya tiga langkah di atas sudah cukup untuk menghilangkan kebimbangan anda bila berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap komputer anda. So apa tunggu lagi, lakukan perkara tersebut sakarang. Jangan tunggu sehingga berlaku perkara tersebut.

P/S : Dua hari gua kerjakan komputer ni baru siap. Lepas ni boleh lah sambung tengok vidoe / movie percuma lagi..kalau berani…ho ho