May
26th

Panduan Membina Laman Web

Setelah hampir 4 bulan berhempas pulas untuk menghasilkannya, akhirnya produk ini siap juga. Produk yang dimaksudkan ialah ebook Panduan Membina Laman Web. Tengok design ecover di bawah….ok tak. Bolehlah…nak tahu siapa buat..? Nak tahu klik SINI.

Sebenarnya Dunia Internet Anda Bermula Di Sini…….

Ebook Panduan Membina Laman Web adalah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menghasilkan laman web sendiri yang cantik dan menarik. Selain itu, diterangkan juga bagaimana anda boleh membina laman web salesletter, sedikit panduan berkaitan dengan Cpanel, memasang skrip autoresponder, ad rotator, membina borang, sistem affiliate dan beberapa skrip tambahan.

Kandungan ebook ini terdiri daripada 5 bahagian utama dan semua penerangan di sertakan maklumat bergambar yang memudahkan anda memahami setiap langkah yang diterangkan dan dapat melakukan praktikalnya dengan lebih baik.

Selain itu, anda juga diberikan beberapa skrip yang penting seperti Koleksi Skrip JavaScript, skrip Ad Rotator, skrip Autorespoder, skrip Borang, dan skrip Sistem Affiliate. Semua skrip ini ada disertakan dengan panduan manual pemasangannya.

Bonus-bonus hebat juga turut diberikan. Yang pastinya bonus yang disertakan ini adalah bonus yang berkaitan dengan pembinaan laman web dan dunia Internet.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk ini, lawati laman web rasmi produk tersebut di SINI.

Apr
28th

Browser 3D Dari AT&T

AT&T sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di Amerika telah mengumumkan pelancaran browser mereka yang terbaru, yang diberi nama POGO. Perkara ini membuat banyak orang bertanya-tanya, “Untuk apa AT&T memasuki pasaran browser?” Dan jawapan yang mereka berikan adalah, “Untuk mengeratkan hubungan yang lebih baik dengan pelanggan mereka.”

POGO adalah gabungan dari kod browser Mozilla dan teknologi dari Vizible di mana AT&T memiliki saham. Browser ini menampilkan setiap halaman web dalam bentuk 3D yang biasa kita lihat pada PICLENS (Add-ons Firefox), flip 3d (OS Vista), Time Machine dan CoverFlow (Mac Leopard). Pada bahagian bawah browser terdapat bar yang berisi history halaman-halaman web yang pernah kita kunjungi, diberi nama Springboard.

Perhatikan video di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut.

p/s : Nampak macam best je, ini seronok untuk dicuba ni.

Dec
20th

Salam Aidil Adha

Files under pengumuman, umum | 1 Comment

Sempena menyambut hari yang mulia ini, pihak rahsiakomputer.com mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Adha - Maaf Zahir & Batin” kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog ini.

kadraya_adha.gif

Pada hari raya korban hari ini, tak dapat nak korban yang besar-besar. Hanya menumbangkan 2 atau 3 ekor lembu dan kerbau ayam untuk bacaan doa selamat dan ucap kesyukuran kerana masih dipanjangkan umur menyambut perayaan ini. Anda pula apa yang anda korbankan tahun ini…?

Semoga terus dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki di tahun-tahun akan datang. Diharapkan juga semoga perniagaan Internet yang dilakukan akan terus success.

Kepada mereka yang balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya dan jalan kampung juga ..he he. Jangan pula korbankan diri anda, nanti orang lain sambut raya dengan air mata pula…

PENGUMUMAN

Sempena hari raya ini juga, blog RahsiaKomputer.com akan berehat selama 2 hari….maksudnya tiada posting terbaru dalam masa dua hari tersebut…cuti raya lah katakan. Tapi perniagaan terus berjalan ya…sesiapa yang nak beli produk tu jangan segan silu dan takut-takut. Produk anda akan tetap dihantar tepat pada masanya…

Satu lagi pengumuman penting, selepas raya ni satu produk terbaru dari RahsiaKomputer.com akan diterbitkan… Nak tahu produk apa…???

NANTIKAN HARI PELANCARANNYA…Bila…? TUNGGU….!!!!!

Yang pasti “rahsiakomputer nak belajar berniaga pula…”

OK lah semua, selamat bergumbira dan Selamat Hari Raya

Nov
15th

Pembayaran menggunakan kad kredit…

Bila anda menjalankan perniagaan di Internet. Sistem pembayaran perlu di ambil perhatian. Ini kerana ia akan menentukan pendapatan anda dalam perniagaan tersebut.

Pelbagai cara & bentuk pembayaran yang boleh dilakukan. Salah satunya ialah pembayaran menggunakan kad kredit. Salah satu syarikat yang boleh menguruskan penerimaan pembayaran menggunakan kad kredit ialah PAYPAL.

Anda perlu menyediakan perkhidmatan ini di laman web perniagaan anda sebagai satu alternatif pembayaran. Ini kerana, boleh dikatakan lebih 50% pembayaran dibuat di Internet melalui kad kredit.

bayar_paypal.png

Sehubungan dengan kepentingan itu, RahsiaKomputer juga baru sahaja menyediakan pekhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit / Paypal terhadap produk Panduan Pakej Lengkap.

ppl.gif

Kini anda sudah boleh membeli produk Panduan Pakej Lengkap Komputer dengan menggunakan kad kredit atau paypal anda. Jangan tunggu jika anda berminat dengan produk ini. Tawaran Resell Rights juga masih lagi di buka.

Selamat kejayaan
Sekian