Dec
15th

Mengatasi masalah proses Defrag

Files under komputer, perkakasan | 1 Comment

Kadang-kadang, ketika kita sedang melakukan defrag harddisk, muncul makluamt “Error Defragmenting Drive C, Windows cannot finish defragmentting this drive because it has encountered a problem. Click Help and carry out the instructions for running Scan Disk, and then try defragmenting again”. Setelah itu, proses defrag berhenti.

Jangan panik! Ikuti dulu langkah yang diberikan Windows pada maklumat kesalahan tadi, yakni menjalankan Scan disk untuk memeriksa keadaan harddisk. Setelah Scan disk selesai, cuba defrag sekali lagi.

Bila langkah Windows sudah dijalankan, tetapi harddisk masih tidak boleh defrag, ikuti trik Berikut :

1. Klik [Start] > [Settings] > [Folder Options…].
2. Pilih tab [View], kemudian klik pilihan [Show all files].
3. Tekan [OK] untuk keluar dari tetingkap “Folder Options”.
4. Klik [Start] > [Find] > [Files or Folders].
5. Taip “applog” pada column “Name:”, dan pada combo box “Look in:” pilih drive [C].
6. Tandakan pada kotak [Include subfolders].
7. Lakukan pencarian dengan klik [Find now].
8. Setelah pencarian berakhir, hapuslah semua file yang ditemui (kecuali folder C:-WINDOWS-applog) kemudian klik dua kali folder applog dan hapuskan seluruh kandungan folder yang ada di dalamnya.
9. Tutup tetaingkap pencarian dan jalankan kembali Disk Defragmenter.

Sumber: PCplus

Aug
27th

USB 3.o Superspeed

Apa yang baru pada USB 3.0 ini? Pertama, kepantasanya dikatakan 10 kali lebih cepat dari USB2.0. Secara logiknya mengikut teori sama dengan 4,8Gbps. Jika diterjemahkan, file berukuran 27GB akan secara pantas disalin dalam tempoh 70 saat.

Yang menarik, USB 3.0 ini membezakan jalur untuk upload dan jalur untuk download. Ertinya, kita boleh melakukan copy dan write sekaligus tanpa perlu menunggu proses download  atau upload. Selain itu USB 3.0 ini berkuasa lebih besar (mencapai 900 miliamp) sehingga lebih banyak perisian boleh di download berulang (charge) secara lebih cepat.

Tentu sahaja USB 3.0 ini akan diserasikan dengan perkakasan atau perisian yang sebelum ini menyokong USB 2.0 dan USB 1.1/1.0.

Namun demikian, satu-satunya yang mungkin mengecewakan adalah kabel USB 3.0 ini agak lebih tebal – seakan-akan kabel Ethernet.

USB 3.0 ini akan datang dalam berbagai bentuk dan ukuran, termasuk bentuk mini, dan dirasakan akan menjadi jawapan untuk pengguna handphone dan perkakasan portabel.

Sayangnya kita masih perlu bersabar untuk boleh menggunakannya kerana controller USB 3.0 akan diperkenalkan pada pertengahan 2009 dan dijangka produk USB 3.0 akan muncul sepenuhnya pada awal tahun 2010.

Jan
11th

Teknologi DVD HD & Blu-Ray

Teknologi DVD dilihat semakin berkembang dan menjadi sebutan ramai tidak kiralah dikalangan pengeluar, penganalisis mahupun pengguna.

Teknologi CD (compact disc) mengejutkan dunia ict di era 90-an dan kini era 2000-an pula dikejutkan dengan teknologi DVD. Teknologi semakin mendapat sambutan disebabkan kualiti output yang lebih baik berbanding teknologi sebelumnya. Ia juga mempunyai ruang storan lebih besar berkali-kali ganda berbanding CD.

Kini teknologi DVD mengorak langkah lagi dengan munculnya 2 inovasi terbaru DVD iaitu teknologi HD dan teknologi Blue-Ray.

 

hddvd-bluray.jpg

Teknologi HD

Cakera HD mempunyai ruang storan sebesar 15GB dan 30GB. Teknologi ini disokong oleh syarikat Toshiba dan beberapa syarikat lain seperti NEC, Sanyo, Microsoft dan Intel.

Pengguna utama teknologi HD ini ialah syarikat-syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Universal, Warner dan Paramount.

Dengan menggunakan pemain DVD dari Toshiba, kualiti output atau bunyi yang dihasilkan sangatlah baik.

Harga semasa pertama kali dikeluarkan oleh Toshiba yang dijual dipasaran Amerika Syarikat adalah USD500.

Teknologi Blue-Ray

Cakera Blue-Ray pula mempunyai ruang storan yang lebih besar berbanding HD iaitu sebesar 25GB dan 50GB. Penyokong utama teknologi ini pula ialah Sony dan beberapa syarikat lain seperti Samsung, Panasonic, Philips, Hitachi, Apple, Dell dan Sharp.

Pengguna utama bagi teknologi Blue-Ray pula ialah syarikat yang telibat di dalam industri perfileman dan penerbitan multimedia seperti Sony, Disney, Century Fox, Warner dan Paramount.

Kualiti imej yang dihasilkan dikatakan sangat jelas, kualiti imej 3D sangat baik dan warna yang lebih vibrant. Kualiti bunyi juga dikatakan sangat jelas. Hasil kualiti ini dihasilkan melalui pemain DVD Blu-Ray Samsung.

Manakala harga untuk pemain teknologi Blu-Ray yang dikeluarkan Samsung pula adalah lebih tinggi iaitu USD1000 untuk pasaran Amerika Syarikat.

Persamaan

Dari segi persamaan, kedua-dua pemain DVD ini menawarkan ciri-ciri interaktif. Salain itu, ianya juga mempunyai sambungan internet dengan tujuan membolehkan pengguna memuat turun “teaser” filem yang terkini dari laman web.

Dec
28th

Nvidia Keluarkan NForce 700 Baru

Chipset seri nForce 700 terbaru Nvidia telah dilancarkan pada 19 Desember yang lalu dengan beberapa fungsi baru dan sokongan untuk Penryn. Chipset 780i baru ini direka untuk berhubung langsung dengan X38 dari Intel yang juga menawarkan sokongan PCIe 2.0 sebanyak 32 jalur, 8 jalur audio HD dan jumlah sambungan USB 2.0 yang besar (12 untuk X38, 10 untuk 780i).

Walaupun 780i secara rasminya hanya menyokong DDR2-800, review dari Tech Report mengatakan bahawa memori controller Nvidia sebenarnya mampu beroperasi pada kepantasan DDR-1200. Sebagai tambahan, 780i menyokong konfigurasi SLI tiga arah, walaupun nampaknya ada beberapa isu dengan skalabilitas kinerja, seperti yang dibincangkan di bawah ini.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari segi design sebenarnya, seri nForce 700 nampak seakan-akan sedikit tidak teratur. Sokongan PCIe 2.0 chipset ini dimungkinkan oleh bridge chip nForce 200 baru yang berada di antara 780i SPP dan slot PCIe 2.0. Walaupun nForce 200 memiliki bandwidth sebesar 32GBps secara penuh dengan dua buah jalur PCIe 2.0 x16, akan tetapi chip itu berhubung dengan 780i SPP melalui sebuah jalur x16 yang hanya memiliki bandwidth total 14.4GBps. Menurut Nvidia, perbezaan ini tidak menjadi masalah kerana kemampuan nForce 200 yang dapat menangani komunikasi GPU to GPU tanpa mengirimkan data kembali ke north bridge.

Klik di sini untuk melihat review Tech Report.

Dec
1st

Beberapa Gadget Moden Terbodoh..aneh

Anda mungkin sudah biasa melihat pelbagai perkakasan komputer atau gadget-gadget ini di kedai-kedai komputer atau di laman web, kebanyakan memang berguna untuk kegunaan kita. Namun ada beberapa hal yang membuat perkakasan atau gadget ini boleh dikategorikan sebagai bodoh atau aneh, dan inilah mereka:

1. Humping USB Dog
Sederhana saja, ini adalah USB drive berbentuk seekor anjing dan bila dimasukkan ke drive USB anda, ia akan ‘bergoyang’. Aneh, sangat memalukan dan tidak ada gunanya. Satu lagi perkakasan komputer dari Jepun untuk dunia gadget.

2. Pee Powered Battery
Ini adalah bateri bertenaga cairan yang ramah dan baru saja masuk pasaran ke Jepun. Sebenarnya anda boleh menggunakan cairan apapun untuk mengisi semula bateri ini, namun dengan nama ‘pee powered’ (yang bererti tenaga air mani), mungkin saja ada orang yang benar-benar menggunakan air maninya untuk mengisi semula bateri tersebut. Fikiran orang juga semakin terjerumus dengan adanya tulisan ‘NoPoPo’, yang sebenarnya adalah singkatan dari Non Polluting Power.

3. Bag Punggung Anti Peluru
Sebenarnya jika anda memerlukan benda ini, maka sebaiknya anda berpindah tempat kerja atau tempat tinggal. Pengeluarnya mengatakan bahwa “Memiliki produk ini adalah hal penting untuk bertahan daripada anda tidak memiliki perlindungan apapun dan ternyata ditembak dengan peluru 9 mm dari sebuah Magnum 44.” Hmm..sudah tentu kita bukan kriteria utama bagi orang-orang yang ingin membeli sebuah bag punggung seperti ini.

4. Mini Desk
Memang rekaannya sangat lucu, tapi bolehkah anda membayangkan diri anda bekerja di meja seperti ini selama bertahun-tahun? Setelah trendnya berakhir maka anda mungkin akan menyesali US$4400 yang telah anda keluarkan.

5. Tempo Wireless Trashcan
Tempat sampah ini dikenali sebagai “hard drive penyimpan yang unik” yang dapat menyelamatkan file dari terhapus dengan tidak disengaja dengan cara menyimpan mereka. Lalu apa bezanya dengan external harddrive biasa yang bentuknya tidak memalukan untuk dibawa kemana-mana?

6. iPod Toilet Roll Holder
Sepertinya ini tidak perlu dikomen lagi. Dock iPod ini berharga US$199, harga yang cukup mahal hanya untuk sebuah penahan gelungan tissue di tandas rumah anda.

7. The Beerbelly Beverage Bag
Produk ini adalah tempat menyimpan dan menyedut bir atau minuman lain dengan berbagai cara, ianya berguna selama mana anda tidak peduli dengan tatapan aneh dari orang-orang di sekeliling anda.

8. Tank Paintball
Walaupun kelihatan bodoh tapi sebenarnya alat ini juga sangat menyenangkan. Kemenangan kumpulan anda sudah dapat dipastikan jika anda memiliki ini dalam permainan paintball yang akan anda ikuti. Dan cubalah lihat senyum besar dari orang yang memandunya, yang menaikinya pasti mendapatkan perasaan ‘berkuasa’ yang sebanding dengan harganya iaitu 16.000 US$.

9. Toshiba 360 Gaming Helmet
Toshiba memang ahli dalam menghasilkan sesuatu yang ‘besar’ untuk dunia teknologi. Dan ternyata produk Toshiba yang satu ini memang besar, Toshiba menawarkan sebuah helm gaming atau lebih tepatnya seperti sebuah tv CRT yang perlu dipasang ke kepala anak-anak. Dari gambarnya sudah cukup terlihat bahwa memakai helm seberat 2,7 kg ini akan sangat menyiksa para gamer.

Untuk sumber artikel klik disini

Nov
14th

Bios – bhg 2

Sambungan daripada post sebelum ini.

Telah diterangkan BIOS (Basic Input Output System) merupakan program asas komputer yang menjalankan operasi input – output semasa POST (Power On Selt Test). Program BIOS ini disimpan di dalam satu cip memori yang dikenali CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor).

post.gif

Gambarajah di sebelah adalah proses POST berjalan semasa komputer dihidupkan.

Setiap komputer mempunyai BIOS yang berlainan bergantung kepada jenis dan pengeluar komputer tersebut. Berikut merupakan beberapa pengeluar BIOS dan jenis BIOS yang terdapat di pasaran.

Pengeluar BIOS

  • Acer Labs
  • American Megatrends Ins (AMI)
  • Pheonix Technologies
  • LSI Logic

Jenis-jenis BIOS

  • AMI Bios
  • Award Bios
  • Phoenix Bios
  • Microid Research (MR Bios)

Biasanya setiap pengeluar menghasilkan BIOS yang berbeza dari segi Error Code, POST Code & Interrupt Key. Oleh itu, cara memasuki dan cara penggunaan sistem BIOS ini juga adalah berbeza-beza.

Cara Memasuki System BIOS

awardbios.gif

BIOS boleh dimasuki dengan menekan kekunci “Interrupt Key” semasa proses POST komputer berjalan. Interrupt Key adalah satu kekunci atau kombinasi 2 kekunci yang telah ditetapkan oleh pengeluar BIOS tersebut.

Antara Interrupt Key yang biasa digunakan ialah :

  • Del
  • F1 atau F10
  • Esc
  • Ctrl + Alt + Esc
  • F2

Semasa proses POST berjalan, anda boleh melihat di bawah skrin tertulis seperti :

“Press F1 to Enter Setup”

Bila ayat di atas tertera, tekan F1 dan anda akan memasuki sistem BIOS.

Di dalam sistem BIOS, anda boleh melakukan beberapa konfigurasi ke atas komputer anda seperti menetapkan proses “boot” , mengesan cakera keras, mengubah tarikh, overclocking dan sebagainya.

Namun anda dinasihatkan berhati-hati semasa melakukan konfigurasi tersebut. Jika anda tidak biasa melakukan perubahan ke atas BIOS, lebih baik anda tidak melakukan apa apa terhadap BIOS komputer anda. Kesilapan boleh menyebabkan komputer anda tidak dapat berfungsi dengan baik.

ps : Untuk mengetahui bagaimana hendak melakukan setup “boot” pada sistem BIOS anda KLIK SINI .