Apa itu BIOS..?

BIOS (basic Input Output System) merupakan satu kod aturcara yang asas dan penting bagi sesebuah sistem komputer. Saiz dan kapasiti simpanannya adalah kecil iaitu 256KB atau 512KB.
BIOS disimpan di dalam sebauh cip memori yang dipanggil CMOS.
Fungsi utama BIOS pada papan induk :
- Melaksanakan pengawalan, pemasangan dan pengesanan terhadap perkakasan & peirisian komputer.
- Sistem melaksanakan POST (Power On Self Test) secara automatik.
- Setelah pengesanan perkakasan dan perisian yang berkaitan seperti cakera kera, pemacu cakera liut, cakera CD-ROM, dan sebagainya selesai, ia akan mencari kedudukan sistem operasi dan menghidupkannya.
Ringkasannya, BIOS diibaratkan penterjemah di antara perkakasan dengan perisian komputer supaya kedua-duanya boleh berkominikasi.

Selain itu, kita juga perlu tahu tentang CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor) yang berperanan menyimpan maklumat penting sistem semasa komputer dihidupkan.
BIOS dan CMOS saling memerlukan. BIOS melaksanakan aturcara apabila komputer dihidupkan dan menyimpan maklumat yang didapati di dalam CMOS. BIOS juga akan membaca nilai penetapan yang sebelumnya dari CMOS supaya proses menghidupkan komputer berjalan dengan lancar.
Posted by admin |
4 Comments »
Pemilihan sesebuah komputer atau PC adalah bergantung kepada tujuan penggunaannya. Setiap orang mempunyai pelbagai tujuan berlainan untuk menggunakan komputer sama ada untuk tujuan asas seperti kerja-kerja pejabat sehinggalah yang melibatkan pembikinan grafik dan multimedia.
Jika anda menggunakan komputer hanya untuk tujuan asas seperti menaip surat, tugasan sekolah, kerja pejabat, membuat slide show dan sebgainya, anda hanya memerlukan spesifikasi komputer yang sederhana. Tapi jika anda menggunakan komputer untuk tujuan membuat grafik, multimedia atau bermain permainan komputer 3D, anda memelukan perkakasan komputer yang berspesifikasi tinggi dan menyokong perisian atau permainan tersebut.

Oleh itu, jika anda ingin belajar memasang sendiri komputer anda, anda perlu tahu keperluan spesifikasi komputer yang ingin digunakan. Sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi bila anda memasang atau ingin belajar memasang komputer anda sendiri.
Secara keseluruhan, spesifikasi perkakasan komputer yang diperlukan untuk memasang komputer anda sendiri adalah seperti berikut :
- Processor (Intel / AMD)
- Motherboard (Papan Induk)
- Memori (RAM)
- Harddisk (Pemacu Cakera Keras)
- DVD / CD ROM
- Monitor
- Display Card ( Kad Paparan)
- Mouse (Tetikus)
- Keyboard (Papan Kekunci)
- Modem ( Untuk sambungan Internet)
- Speaker
Maklumat di atas adalah sebagai contoh sahaja beberapa perkakasan yang diperlukan untuk memasang komputer sendiri. Semuanya bergantung kepada anda dalam memilih spesifikasi perkakasan komputer yang diinginkan.

Kelebihan Memasang Komputer Sendiri
Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan komputer dan Internet semakin bertambah. Oleh itu, adalah satu kelebihan bila anda sendiri boleh memasang komputer anda di rumah. Seterusnya memasang sendiri perisian Windows XP, Office dan perisian sokongan.
Beberapa kelebihan memasang komputer sendiri :
- Pengetahuan anda terhadap komputer semakin bertambah sama ada dari segi perkakasan (Hardware) atau perisian (Software).
- Keyakinan anda meningkat untuk menghadapi sebarang masalah yang akan timbul terhadap komputer anda seterusnya boleh menyelesaikan masalah yang timbul.
- Kos yang anda tanggung lebih rendah berbanding anda membeli komputer yang telah siap dipasang atau menyuruh orang lain memasangnya untuk anda.
- Pengetahuan yang anda miliki ini boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan separuh masa atau sepenuh masa.
- Mengelakkan anda ditipu tentang harga memasang, baik pulih komputer & memasang perisian yang sebenarnya amat mudah untuk dilakukan.
- Dapat mengetahui ragam dan masalah yang biasa timbul atau akan timbul terhadap komputer anda dan dapat menyelesaikannya dengan mudah.
Post akan datang kita akan membincangkan satu per satu tentang perkakasan, cara memasang, masalah yang biasanya timbul dan langkah penyelesaiannya.
Related Produk
Posted by admin |
No Comments »
Salam pertemuan dan salam kejayaan.
Untuk post kali ini, saya ingin memperkenalkan satu produk kemaskini daripada RahsiaKomputer.com. Produk yang dimaksudkan ialah “Panduan Pakej Lengkap“.

Sebenarnya sebelum ini produk ini dikenali sebagai Belajar Proses Installation, namun setelah dikemaskini dan ditambah dengan produk pelengkap terbaru maka ia dikenali dengan Panduan Pakej Lengkap.
Di dalam Panduan Pakej Lengkap ini, terdapat dua produk utama iaitu “Pasang Sendiri Komputer Anda” & “Belajar Proses Installation“. Produk dalam pakej ini berkaitan dengan belajar memasang sendiri perkakasan komputer anda menjadi PC yang lengkap seterusnya melakukan proses installation windows supaya komputer anda boleh berfungsi dengan baik.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web Panduan Pakej Lengkap di SINI
BERITA BAIK
Kini RahsiaKomputer.com membuka peluang kepada anda yang tidak mempunyai produk sendiri untuk memiliki produk Panduan Pakej Lengkap dengan Hak Penjualan Semula (Resell Rights).
Melalui produk ini anda boleh menjualnya semula dan menyimpan semua keuntungan yang anda perolehi. Untuk maklumat lanjut KLIK SINI.
Posted by admin |
No Comments »