Setelah hampir 4 bulan berhempas pulas untuk menghasilkannya, akhirnya produk ini siap juga. Produk yang dimaksudkan ialah ebook Panduan Membina Laman Web. Tengok design ecover di bawah….ok tak. Bolehlah…nak tahu siapa buat..? Nak tahu klik SINI.
Sebenarnya Dunia Internet Anda Bermula Di Sini…….

Ebook Panduan Membina Laman Web adalah ebook yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana anda boleh menghasilkan laman web sendiri yang cantik dan menarik. Selain itu, diterangkan juga bagaimana anda boleh membina laman web salesletter, sedikit panduan berkaitan dengan Cpanel, memasang skrip autoresponder, ad rotator, membina borang, sistem affiliate dan beberapa skrip tambahan.
Kandungan ebook ini terdiri daripada 5 bahagian utama dan semua penerangan di sertakan maklumat bergambar yang memudahkan anda memahami setiap langkah yang diterangkan dan dapat melakukan praktikalnya dengan lebih baik.
Selain itu, anda juga diberikan beberapa skrip yang penting seperti Koleksi Skrip JavaScript, skrip Ad Rotator, skrip Autorespoder, skrip Borang, dan skrip Sistem Affiliate. Semua skrip ini ada disertakan dengan panduan manual pemasangannya.
Bonus-bonus hebat juga turut diberikan. Yang pastinya bonus yang disertakan ini adalah bonus yang berkaitan dengan pembinaan laman web dan dunia Internet.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk ini, lawati laman web rasmi produk tersebut di SINI.
Posted by admin |
2 Comments »
Kini majalah IM Edisi ke 4 telah di lancarkan. Satu produk yang penuh dengan maklumat berguna untuk anda semua. Kepada sesiapa yang belum mendapatkan Edisi pertama hingga edisi ketiga, anda boleh terus ke laman web rasmi Majalah IM.

Download segera di sini.
Posted by admin |
No Comments »
Berikut disenaraikan sambungan SIRI 4 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :
Iklan RSS
Satu cara pengiklanan yang berbentuk langganan sumber, iklan di RSS memungkinkan blogger untuk menempah RSS mereka. Kebanyakan pembaca pada umumnya memiliki kegemaran yang sama terhadap iklan di RSS berbanding iklan di laman web biasa.
55. Pheedo: Platform iklan RSS ini menawarkan video dan interactive trigger.
56. Feedvertising: Sebahagian dari Text Link Ads, Feedvertising menempatkankan iklan di RSS anda.
57. CrispAds: Jaringan iklan yang difokuskan pada rangkaian blog ini membolehkan anda untuk menempatkan iklan secara langsung di kandungan anda sehingga mereka meninggalkan laman web anda atau di RSS.

58. FeedBurner: Iklan FeedBurner diletakkankan di dalam RSS dan memiliki pengiklan berkualiti tinggi seperti Discover Band, Best Buy dan Comcast.
59. FeedM8: Dengan FeedM8 membolehkan blog anda untuk memasang iklan yang dapat dilihat di alat - alat portabel.
Iklan text
Iklan dalam bentuk text adalah salah satu tipe yang paling ramah terhadap pembaca. Ukuran mereka yang kecil dan kerana mereka dalam bentuk text, mereka tidak begitu mengganggu dibandingkan iklan gambar. Cobalah beberapa laman web di bawah ini untuk menempatkan iklan yang tidak begitu mengganggu di blog anda.
60. Vibrant Media: Iklan Vibrant Media semuanya ada dalam bentuk text dan anda boleh memilih.

61. Google AdSense: Iklan dari Google adalah yang paling terkenal dan sering memberi keuntungan yang banyak kepada blogger. Adsense sangat relevan dengan kandungan di blog anda, dan lebih serasi dengan apa yang dicari oleh pembaca .
62. LinkAds: Anda memiliki banyak pilihan terhadap iklan - iklan yang disediakan.
63. PaidTextLinks.com: Jual link - link yang ada di laman web anda.
64. One Monkey: Anda dapat menampilkan iklan berasaskan text yang relevan dan mendapat peratus keuntungan yang besar dengan One Monkey.
65. Kontera ContentLink: ContentLink mengubah kata kunci yang sesuai di dalam kandungan anda menjadi iklan dalam bentuk hyperlink.
66. Text Link Ads: Iklan Text Link Ads yang sederhana dan tidak mengganggu merupakan pilihan baik untuk banyak blogger.
67. TAGword: Pilih iklan anda dan tentukan harganya dengan TAGword.
68. LinkAdage Auctions: Jual link dalam bentuk text kepada pelanggan online pribadi dengan LinkAdage.
69. LinkWords: Menawarkan pembayaran pay per click yang diletakan di dalam kandungan blog anda, memberikan highlight pada kata - kata kunci yang relevan untuk para pengiklan.
70. Textlinkbrokers.com: Dapatkan iklan link kecil yang tidak mengganggu, dan juga pembayaran setiap bulannya yang tidak tergantung dari lalu lintas di laman seb anda.
Post Berkaitan :
1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
2. SIRI 2 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
3. SIRI 3 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
Posted by admin |
1 Comment »
Berikut disenaraikan sambungan SIRI 3 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :
Offline
Keuntungan terbesar dari aktiviti blogging adalah dengan membawanya ke dalam kehidupan yang nyata.
33. Pasarkan Produk Anda : Blog anda adalah forum terbaik untuk memasarkan bisnes anda.
34. Mencipta komunikasi disebalik bisnes anda: Sebuah blog merupakan satu peluang besar untuk mengembangkan bisnes dengan menjadikannya satu komunikasi secara terus kepada pelawat anda. Dengan menempatkan diri anda sebagai seorang yang suka bersahabat, bisnes anda menjadi lebih mudah didekati.
35. Eratkan Hubungan dengan Pelanggan: Di samping berkongsi pengetahuan dengan pelanggan dan sahabat, sebuah blog dapat menolong anda mengeratkan hubungan dengan pelanggan.
Iklan
Iklan merupakan mentega bagi roti untuk para blogger. Namun iklan juga kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang sangat mengganggu kepada pembaca. Untuk mencipta keseimbangan, Fokuslah pada sesuatu yang relevan dan pastikan anda tidak memenuhi blog anda dengan terlalu banyak iklan.

36. Yahoo! Publisher Network: Tampilkan iklan laman web anda melalui Yahoo! Publisher Network.
37. ValueClick Inc : Anda akan mendapat iklan bermutu, bermaklumat dan teknologi muthakir dari ValueClick.
38. Tribal Fusion : Kesan Tribal Fusion didasarkan pada targeting dan optimisasi.
39. eXelate Targeting eXchange: Program ini bergantung pada iklan cookies yang tertunda.
40. Clicksor Inc : Clicksor memfokuskan iklan berbentuk kandungan yang dapat disajikan dengan cara yang berbeza, seperti text, grafik, dan in-line link.
41. Indeed: Post job listings dari Indeed dan dapatkan bayaran.
42. Chitika eMiniMalls: Promosikan produk melalui kios barang dan sediakan content relevan dan comparative shopping kepada pembaca. Anda akan mendapatkan bayaran setiap per-klik.
43. AdSonar: Tariklah perhatian para pengiklan dan ciptalah hubungan dengan mereka secara indvidu melalui platform ini.
44. ExpoActive : Dapatkan kebebasan dari iklan spesifik dengan ExpoActive.
45. AdVolcano LLC: Dengan menggunakan platform AdVolcano, anda dapat mereka cipta iklan anda.
46. eXelate Targeted Links: Pilihlah advertiser yang anda inginkan pada laman web anda dengan program ini.
47. grokAds.com : tetapkan harga anda dan pilihlah advertiser yang ingin anda terima dengan grokAds.com.
48. Adify : Dapatkan control editorial dan iklan bernilai tinggi pada laman web anda dengan menggunakan Adify.

49. AdBrite Inc : dengan menggunakan Adbrite, anda memiliki pilihan untuk menerima dan menolak pada blog anda, anda bahkan dapat menjualnya secara langsung kepada pengguna anda.
50. BidVertiser : Iklan ini sepenuhnya dapat anda ubah, dan anda memiliki pilihan untuk menyekat iklan apa sahaja yang tidak anda inginkan pada blog anda.
51. Blogads: Dapatkan jemputan ke rangkaian blogger eksklusif ini, dan anda akan memiliki iklan berkualiti tinggi dan berkait dengan topik yang anda bincangkan di blog anda.
52. Casale Media: Dapatkan pengiklan berkualiti tinggi dengan Casale Media.
53. DoubleClick: DoubleClick menawarkan banyak penyelesaian masalah yang berbeza untuk anda.
54. BlueLithium: Dapatkan iklan yang lebih baik, tepat dengan sasaran dan berkerja sama dengan BlueLithium.
Post Berkaitan :
1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
2. SIRI 2 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
Posted by admin |
No Comments »
Sebelum ini kita telah membincangkan sebahagian maklumat yang berkaitan bagaimana anda boleh menghasilkan wang dengan blog. Kepada anda yang belum membaca maklumat SIRI 1 tersebut…..sila klik DI SINI.
Berikut disenaraikan sambungan SIRI 2 cara yang perlu dipelajari dan dilakukan untuk menghasilkan wang :
Begging
Bukan sesuatu yang memalukan untuk anda berterus terang mendapatkan wang dari blog anda. Tanyakan kepada pembaca yang sudi memberikan sumbangan tertentu dengan cara yang sopan. Seorang yang secara tulus menghargai kerja anda akan bersedia memberikan sedikit sumbangan untuk memastikan anda terus dapat memberikan informasi berguna kepada mereka.
16. PayPal : Sistem Paypal membolehkan anda meletakkan butang sumbangan pada blog anda.
17. Amazon Honor System : Seperti PayPal, Amazon Honor System juga membolehkan anda menerima sumbangan secara online.
18. Cek : Tentu sahaja kiriman cek melalui peti surat anda juga dapat dilakukan. Berikan kepada para pembaca anda alamat lengkap kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan.
19. Sumbangan bentuk fizikal : Meminta sumbangan dalam bentuk fizikal atau barang lainnya dari pembaca yang ingin memberikan anda sesuatu dalam bentuk yang lebih nyata.
20. Amazon Wish List: Walaupun bukan dalam bentuk wang, mintalah pembaca anda untuk membelikan anda barang dari Amazon Wish List.
Kesempatan
Menjadi blogger berjaya bererti menjadi pakar dalam bidang anda. Anda dapat menggunakan status ini untuk menghasilkan wang disamping dapat meningkatkan nilai anda dimata pembaca.
21. Writing Gigs: Dengan menunjukkan kebolehan pada blog anda, anda boleh menyediakan perkhidmatan berbayar untuk melakukan sesuatu perkara kepada orang lain.

22. Seminar dan Workshop: Sebagai seorang pakar, anda dapat mengundang pembaca untuk mengunjungi anda secara pribadi untuk seminar dan workshop.
23. Bloger untuk disewa : Menjadikan diri anda seorang penulis blog.
24. Pekerjaan Blogger : Seperti blogger berbayar, Blogger Jobs dapat menghubungkan anda dengan laman web yang sedang memerlukan blogger.
25. Offline: Bawalah kemampuan blogging anda kepada dunia yang lebih nyata dengan menjadi kolumnis pada buku atau majalah.
26. Guest Blogging: Cubalah menjadim tamu bagi blog orang lain.
27. Job Board: Jika anda adalah seorang yang pakar, ciptakanlah job board yang memungkinkan pembaca anda untuk menggunakan perkhidmatan anda.
28. Buatlah Station Radio: Dengan station radio, anda dapat memberikan fungsi-fungsi podcast, menjual spot untuk acara atau menjual iklan suara.

29. Konsultasi: Jika anda adalah seorang blogger yang berjaya, anda mungkin memiliki banyak informasi untuk dikongsikan. Jadilah seorang free lance dan buatlah diri anda dibayar untuk sesuatu yang anda tahu.
30. Berbicara: Blog anda boleh membuatkan anda dikenali oleh otai-otai blog dan boleh membuat anda diundang dalam berbagai pertemuan.
31. Buku: Banyak blogger dikenali setelah menghasilkan banyak penjualan buku.
32. Wawancara: Kongsikan pengalaman anda pada radio atau tv.Untuk mengetahui sebahagian lagi langkah yang boleh dilakukan untuk menghasilkan wang dengan blog, nantikan siri berikutnya….
Post Berkaitan :
1. SIRI 1 : 101 Cara Menghasilkan Wang Dengan Blog
Posted by admin |
No Comments »