Oct
15th

Guna Linux Dalam Windows Tanpa Installation

Ingin mencuba sebuah aplikasi Linux tetapi merasa malas untuk meninggalkan Windows? Ubuntu Hardy memang membolehkan anda untuk menggunakan Ubuntu sebagai sebuah aplikasi dalam Windows, tetapi MobaLiveCD membawa konsep pemakaian ini selangkah lebih mudah lagi tanpa perlu meng-install aplikasi apapun di Windows.
Screenshot MobaLiveCD

Berasaskan komponen emulasi QEMU yang open source, Anda hanya perlu download sebuah file exe dari MobaLiveCD yang berukuran 1,4MB dan memilih sebuah distro Linux dalam bentuk ISO yang ingin di gunakan tanpa perlu melakukan restart. Apabila anda ingin mencuba beberapa distro Linux dengan cepat, Anda juga boleh menginstal MobaLiveCD untuk menambahkan pilihan  LiveCD dari context menu.

Kerana menggunakan teknologi emulasi yang bererti anda mengoperasikan sebuah sistem operasi dalam sistem operasi lain, dari segi kepantasan penggunaan Linux dengan cara ini tidak maksimum, tetapi merupakan cara yang termudah dan senang untuk menggunakannya, sekedar memeriksa hasil download atau mencuba banyak distro Linux dengan cepat tanpa perlu installation atau reboot. (via Lifehacker)

Produk lain dari Mobatek yang juga patut dicuba adalah MobaSSH yang memungkinkan anda untuk menjalankan sebuah server SSH di Windows hanya dengan satu klik saja.

Kedua aplikasi ini dapat digunakan secara percuma.

Oct
10th

Hapus Password yang Tersimpan di Vista

Semasa mengakses perisian atau perkakasan lain yang ada di dalam jaringan, pengguna biasanya diminta untuk memasukkan nama pengguna berserta password. Untuk tidak selalu mengisi password berulang kali, pengguna boleh menetapkan password secara tetap [Save password]. Seterusnya, semasa mengakses perisian atau perkakasan yang sama, ia tidak perlu menaip password lagi, maklumat folder akan langsung terbuka.

Bagaimana menghapus password yang telah terlanjur disimpan Windows? Mudah saja. Ikuti langkah berikut:

1. Di Windows Vista, klik [Start], ketik “rundll32.exe keymgr.dll, KRShowKeyMgr” pada kolom pencarian, dan tekan [Enter].

2. Tetingkap“Stored User Names and Passwords” muncul. Di tetingkap tersebut anda dapat melihat semua akaun yang password-nya tersimpan di komputer. Untuk menghapusnya, klik butang [Remove].

3. Klik [OK] pada tetingkap confirm dan akaun akan terhapus dari daftar pertanda bahawa password yang tersimpan telah dihapuskan.

4. Ulang cara 2 dan 3 di atas untuk menghilangkan password pada akaun lainnya.

5. Setelah selesai, klik [Close].

Sumber: PCplus

Sep
17th

Boot Windows Tanpa Load Start-up

Anda tahu cara menjalankan program ketika Windows aktif? Dengan memberikan alamat atau path program yang ingin dijalankan pada HKEY_LOCAL_MACHINE-Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Run atau HKEY_CURRENT_USER-Software-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Windows-Run. Semua program yang alamatnya tercantum di sana akan dicapai setiap kali Windows diaktifkan.




Bukan hanya itu, Windows juga memiliki RunOncedi bawah HKEY_CURRENT_USER mahupun HKEY_LOCAL_MACHINE. Semua daftar aplikasi yang ada di sini hanya akan dicapai satu kali semasa Windows di-restart.

Program-program di situ boleh menyebabkan masa untuk aktif Windows lebih panjang. Tetapi, menghapuskan seluruh program di situ juga bukan jawapan yang baik. Sebabnya, anda akan mengalami kesukaran semasa memerlukan startup Windows dengan program start-up yang lengkap.

Jawapan yang terbaik adalah menggunakan Group Policy. Anda dapat dengan mudah mengaktifkan dan atau tidak daftar “run” sesuai dengan keperluan hanya dengan beberapa langkah berikut :

1. Jalankan Group Policy Editor dengan klik [Start] > [Run…], taipkan “gpedit.msc” pada kotak teks Run, dan tekan [Enter].
2. Pada bahagian kiri jendela Group Policy masuk ke folder Local Computer Policy-Computer Configuration-Administrative Templates-System-Logon.
3. Carilah [Do not process the legacy run list] yang terdapat di bahagian Setting.
4. Klik dua kali pada pilihan tersebut.
5. Pada tetingkap Properties yang muncul terdapat tiga pilihan, [Not Configured], [Enabled] dan [Disabled]. Jika anda memilih [Enabled] maka seluruh daftar Run yang terdapat di registri akan diabaikan. Jika anda memilih [Not Configured] atau [Disabled], sub key Run akan dicapai tiap kali Windows start.
6. Jika anda telah menentukan pilihan, klik [OK].
7. Sekarang carilah [Do not process the run once list], kemudian klik dua kali di situ. Susun radio button ke [Enabled].
8. Klik [OK] dan tutup tetingkap Group Policy Editor.

Sumber: PCplus

Jul
2nd

25 Aplikasi Tersembunyi Windows XP

Di bawah ini adalah 25 dari aplikasi yang ada pada Windows XP yang mungkin jarang atau tidak pernah digunakan. Beberapa dari aplikasi di bawah ini mungkin berguna, dan ada juga beberapa program dari Windows versi lama yang tidak dihapuskan.




Untuk menjalankan program-program di bawah ini, buka command prompt dan taipkan nama program tersebut (dengan sambungan .exe).

1. Character Map = charmap.exe (berguna untuk mencari karakter yang tidak umum)
2. Disk Cleanup = cleanmgr.exe
3. Clipboard Viewer = clipbrd.exe (melihat kandungan dari Windows clipboard)
4. Dr Watson = drwtsn32.exe (Troubleshooting tool)
5. DirectX diagnosis = dxdiag.exe (Diagnose & test DirectX, video & sound cards)
6. Private character editor = eudcedit.exe ( membolehkan pengubahsuaian karakter)
7. IExpress Wizard = iexpress.exe (Membuat self-extracting / self-installing package)
8. Microsoft Synchronization Manager = mobsync.exe
9. Windows Media Player 5.1 = mplay32.exe (Retro version dari Media Player, very basic).
10. ODBC Data Source Administrator = odbcad32.exe
11. Object Packager = packager.exe
12. System Monitor = perfmon.exe (sangat berguna, alat yang boleh dikonfigurasi, ia dapat memberitahu anda segala sesuatu yang ingin anda ketahui mengenai kekuatan PC anda)
13. Program Manager = progman.exe (Legacy Windows 3.x desktop shell).
14. Remote Access phone book = rasphone.exe
15. Registry Editor = regedt32.exe [also regedit.exe] (untuk hacking Windows Registry).
16. Network shared folder wizard = shrpubw.exe (membina shared folders pada network).
17. File signature verification tool = sigverif.exe
18. Volume Control = sndvol32.exe
19. System Configuration Editor = sysedit.exe (modify System.ini & Win.ini seperti pada Win98! ).
20. Syskey = syskey.exe
21. Microsoft Telnet Client = telnet.exe
22. Driver Verifier Manager = verifier.exe
23. Windows for Workgroups Chat = winchat.exe
24. System configuration = msconfig.exe (boleh digunakan untuk mengawal program startup)
25. gpedit.msc - digunakan untuk menyusun group policy, apabila anda menggunakan Active Directory.

Antara aplikasi yang disebutkan di atas, mungkin ada yang berguna untuk anda.

Selamat mencuba.

Dec
19th

Berita Dari Microsoft Corp

MICROSOFT OFFICE 2007 SP1 TELAH DILANCARKAN

Microsoft telah mengeluarkan Service Pack 1 (SP1) untuk Office 2007 pada 11 Desember yang lalu. Anda boleh download dari laman web rasmi Microsoft. Microsoft juga akan menghasilkan SP1 ke pelanggan melalui Windows Update dalam 3 hingga 6 bulan akan datang.

office2007sp1.gif

Office 2007 SP1 memiliki pelbagai pembaikan termasuk bug di culculation Excel yang terkenal. Tentunya, bug ini telah diperbaiki, akan tetapi seperti SP Microsoft yang lain, SP1 memiliki semua hotfix yang penting sejak Office 2007 pertama kali dikeluarkan, ditambah beberapa fungsi baru yang lain.SP1 untuk Office 2007 juga memiliki update untuk meningkatkan stabilitinya, sekuriti dan kekuatannya. Anda dapat membaca perubahan lengkapnya di sini.

Klik di sini untuk mendapatkan SP1 dan di sini untuk sumber artikel.

BETA HYPER-V DIKELUARKAN

Microsoft telah menyediakan download untuk versi beta aplikasi virtualisasi Hyper-V. Versi beta ini dapat diguna pakai di versi x64 Windows Server 2008 Enterprise Edition dan dibuat berdasarkan teknologi hypervisor yang beroperasi di sebuah layer di atas harddisk yang memungkinkan pengguna untuk mengoperasikan beberapa operating system sekaligus.

Image Hosted by ImageShack.us

Hyper-V akan menyediakan beberapa fungsi yang Windows Server 2008 yang akan dikeluarkan akhir bulan Februari iaitu Standard, Enterprise dan Datacenter.

Populariti teknologi virtualisasi telah membantu dunia korporat kerana teknologi ini memungkinkan mereka untuk menjimatkan jumlah server yang diguna, mengurangkan kuasa penggunaan dan mengurangkan kos operasi.

Klik di sini untuk sumber artikel.

SERVICE PACK BLOCKER UNTUK VISTA & XP

Microsoft telah mengeluarkan sebuah alat di laman web download-nya yang akan memblok proses installation automatik untuk beberapa service pack yang akan dikeluarkan, termasuk Vista SP1 dan Windows XP SP3.

spblocker.gif

Alat Windows Service Pack Blocker ToolKit direka untuk kegunaan korporat, terutama syarikat besar dan organisasi besar yang memerlukan percubaan mendalam sebelum mereka menggunakan service pack atau upgrade operating system di seluruh syarikat.

Download ini memiliki tiga versi yang berbeza, iaitu sebuah file EXE, sebuah script dan sebuah group policy template yang mencegah service pack untuk dipasangkan di PC melalui Windows Update.

Microsoft sebelum ini pernah mengeluarkan blocker seperti ini juga, yang terakhir adalah tahun lalu yang mencegah Internet Explorer 7 untuk di-instal di Windows XP. Alat ini tetap membiarkan update lain seperti update sekuriti untuk tetap di-install tanpa sebarang modifikasi.

Klik di sini untuk mendapatkan alat ini dan di sini untuk sumber artikel.

Dec
14th

Vidoe Demo untuk Android

Android merupakan OS (Operating System) yang dibangunkan oleh Google untuk kegunaan telipon bimbit. Ia dikatakan akan memberi saingan kepada Microsoft dalam pasaran OS untuk kegunaan Mobile Phone.

Selain diimplementasikan pada Google Phone, sudah ada beberapa syarikat yang ingin dan telah bekerja sama untuk mengembangkan OS baru ini, yang bergabung dalam Open Handset Alliance.

Untuk mengetahui antaramuka ataupun fungsi-fungsi yang ada pada Android, silakan lihat video di bawah ini:

android_demo.gif

p/s : Vidoe secara live tidak dapat di buat kerana masalah tertentu. Oleh itu, anda boleh klik image tersebut dan anda akan dibawah ke laman web you tube untuk melihat video tersebut.