Aug
13th

Mengendalikan SPAM

Files under firefox, spam | Leave a Comment

Tidak dinafikan dan memang memeningkan kepala, pengguna sering menerima email yang tak diundang (unsolicited atau spam mail). Email yang diterima pula berkaitan dengan perkara yang tidak baik seperti pil viagra, lotery, produk haram dan macam-macam lagilah.

Bagaimana untuk mengendalikan email-email SPAM ini..? Sekarang terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membendung masalah spam ini.




Pada penyedia e-mail berasaskan Web seperti Yahoo dan Gmail terdapat aplikasi anti-spam yang akan menyaring e-mail yang dianggap spam. Walaupun masih ada yang terlepas ke dalam Inbox, anda boleh memasukkan alamat pengirim ke senarai backlist. Dengan cara ini, setiap e-mail dari alamat tersebut akan masuk ke folder Spam.

Namun jangan percaya 100% dengan fungsi anti-spam ini. Pertama, penilaian anti spam terhadap spam boleh salah, sehingga e-mail yang betul pun dianggap spam (contohnya jika tajuk atau subject e-mail dikesan generik dan pernah digunakan e-mail spam seperti ‘Hi, how are you?’).

Kedua, Yahoo atau Gmail pula akan menganggap e-mail tersebut sebagai spam dan memasukkan alamat e-mail tersebut ke dalam blacklist. Rugilah jika pemilik e-mail sebenarnya mengirim e-mail yang betul kepada anda, kerana alamat tersebut akan tetap dianggap spam dan anda tidak sedar jika dikirimi e-mail oleh orang tersebut. Oleh kerana itu, sebaiknya anda sesekali melihat isi folder Spam untuk memastikan apakah ada e-mail betul yang dianggap spam.

Spam mail juga seringkali terjadi kerana kita sering membiarkan e-mail terkirim tanpa diberi tajuk subjek. Begitu juga, untuk mencegah penyebaran spam, kita boleh mengirimkan e-mail ke lebih dari satu tujuan dengan isikan alamat-alamat tersebut ke dalam BCC (Blind Carbon Copy), bukan CC. Cara ini juga boleh mengelak penerima e-mail dari mengetahui kepada siapa anda mengirimkan salinan e-mail tersebut.

Selain itu, cara yang paling praktikal untuk mengelakkan terjadinya spam ialah menggunakan plug-ins Freenigma untuk browser Web Firefox. Plug-ins ini juga boleh merahsiakan isi email dan alamat email dari di kesan oleh SPAM.

Jika anda menggunakan e-mail client, pendekatan yang dilakukan oleh aplikasi masing-masing berbeza-beza. Mozilla Thunderbird misalnya, sudah memiliki aplikasi anti-spam yang dapat dilatih untuk mengenali spam. Untuk mengesan filter spam dan “melatih” Thunderbird dalam mengenali spam mail, sila buat satu folder dengan nama “Junk” di bawah Inbox. Seterusnya, klik menu Tools > Options > Privacy. Berikan tanda check pada pilihan “When I mark message as junk” dan aktifkan “Move them to accounts “Junk” folder”.

Masukkan fungsi pengendalian spam mail dengan klik menu Tools > Account Settings > Junk Settings. Tandakan pada pilihan “Enable adaptive junk mail control for this account”. Aktifkan pula pilihan “Move new junk messages to:” Arahkan kepada folder Junk yang sebelumnya telah anda buat.

Sekarang periksa email-email yang kita anggap sebagai junk mail (spam). Klik kanan pada e-mail tersebut dan pilih Mark > As Junk. Setiap kali e-mail dari pengirim spam itu masuk, secara automatik akan dikesan sebagai spam (junk). Untuk memasukkannya ke folder Junk, klik folder Inbox, dan klik menu Tools > Run Junk Mail Controls on Folder.

Bagi pengguna e-mail client Outlook dan Outlook Express memang tidak memiliki fungsi khusus untuk menyekat spam. Akan tetapi anda boleh memanfaatkan fungsi Blocked Sender Lists (Tools>Message Rules), dan masukkan alamat e-mail pengirim spam. Namun jika ingin lebih praktikal, sila install dan tetapkan konfigurasi antispam seperti perisian Spamihilator.

(sumber: InfoKomputer)

Selamat Mencuba….

Jun
2nd

Cara Mudah Mengatasi SPAM

Spam mail adalah salah satu hal paling mengganggu dan dibenci di dunia ini, di mana email spam biasanya mengandungi virus, spyware & iklan Viagra yang sangat tidak menyenangkan. Jika anda sering mendapatkan email yang berisi spam tersebut, cara mudah dan percuma untuk mengurangi atau menghentikan spam yang anda terima ialah dengan mengubah atau menggunakan perkhidmatan email Google Mail atau Yahoo Mail.

Kedua-dua perkhidmatan percuma ini memiliki perlindungan spam yang baik, walaupun beberapa spam dapat terlepas. Anda hanya perlu menekan butang “mark as spam” dan secara automatik anda tidak akan menerima email dari sumber tersebut lagi di masa hadapan. Walaupun mengubah atau menggunakan email percuma bukanlah idea yang baik, namun ini cukup hebat jika anda hanya menggunakannya untuk menghubungi keluarga atau teman terdekat yang jarang dihubungi. Jangan lupa juga untuk melakukan pemeriksaan terhadap spam filter anda, kerana ia sering juga menghapus email yang ingin anda baca.

MailWasher (Freeware)


Mailwasher sangat ideal jika anda menggunakan software berasaskan desktop untuk membuka email (seperti Outlook Express). Aplikasi ini percuma dan mudah untuk dipasang, anda dapat membuat blacklist untuk menyaring email yang tidak diinginkan. Kelemahan dari freeware ini adalah ia hanya terhad untuk satu akaun email sahaja. Jadi jika anda memiliki banyak akaun POP3, perisian ini mungkin kurang sesuai untuk anda gunakan. Untuk download klik Download Mailwasher.

p/s : Saya Benci SPAM

Dec
15th

Fakta tentang spam filter

Files under komputer, spam | Leave a Comment

Apakah spam filter benar-benar bekerja dengan baik? Walaupun dikatakan ada 90 juta spam email dikirimkan ke seluruh dunia setiap hari, keberkesanan spam filter masih dipersoalkan.

Spam filter dapat disamakan juga sebagai software anti-spam. Software ini menganalisa email yang datang dan menggunakan sejumlah method untuk menentukan apakah email yang diterima sah atau tidak. Jadi jawapan untuk apakah spam filter bekerja adalah ya. Namun seberapa perkara lagi berkaitan keberkesanannya adalah masalah yang lain pula. Ini ditentukan oleh spam filter yang anda miliki, setiap spam filter mempunyai kelebihannya masing-masing.

Spam filter yang baik dapat mengesan sehingga 99% spam yang masuk yang biasanya ditujukan kepada kandungan dewasa atau keperluan remaja. Spam filter juga dapat menyaring gambar-gambar yang mengganggu.

Fungsi lain yang dapat dilakukan oleh spam filter adalah mengesan virus yang datang melalui email. Ini dilakukan terhadap email yang masuk dan keluar. Virus yang ditemui akan disekat dari memasuki inbox email. Fungsi ini terutama diperlukan oleh para pemilik bisnes yang perlu mengirimkan email ke banyak client.

Sebahagian besar dari kita dapat membezakan sebuah email spam atau bukan tanpa membukanya. Namun untuk komputer, ini adalah hal yang berbeza. Setiap email yang masuk akan terlihat sama saja.

Banyak spammer tahu bahwa spam filter bekerja dengan menyaring kata yang telah di black list dan biasanya ia berkaitan dengan sesuatu yang berbentuk promosi. Untuk mengatasi hal ini, banyak spammer yang sengaja salah mengeja sebuah kata untuk mengelak spam filter.

Sebuah spam filter/anti spam bermaksud anda mendapatkan perlindungan penuh atas email yang anda terima. Seringkali anti spam datang dengan fungsi yang disebut dash board. Dashboard ini akan memperlihatkan anda secara penuh email apa saja yang sudah disekat sehingga tidak ada email yang dengan sengaja disekat oleh spam filter.

Jika anda menggunakan spam filter untuk melindungi bisnes anda, anda akan mengetahui bahwa dengan menggunakannya, bisnes anda akan menjadi lebih produktif, membuat anda dapat menjimatkan banyak masa dan wang.

Mem-filter email anda secara manual merupakan pembaziran waktu yang sebenarnya dapat anda gunakan untuk tugasan penting, oleh itu jadikan spam filter anda melakukannya kerja untuk anda.

Klik di sini untuk sumber artikel.