Sempena tahun baru ini, saya telah memberikan satu teka teki yang berbentuk uji minda untuk menguji kemahiran berfikir yang kreatif. Bukan apa, saja nak uji sama ada tahun baru ini betul-betul kita ingin berhijrah ke arah minda yang lebih kreatif atau tidak.
Saya ulangi teka teki itu adalah seperti di bawah.
Ada 5 rumah yang masing – masing memiliki warna berbeza. Pemilik ke lima-lima rumah ini masing – masing memiliki kewarganegaraan yang berbeza, menyukai minuman yang berbeza, brand rokok yang berbeza dan memiliki binatang perliharaan yang berbeza. Tidak ada pemilik rumah yang memiliki binatang peliharaan, menyukai brand rokok atau pun minuman yang sama.
Petunjuknya adalah:
- Orang Inggeris tinggal di rumah berwarna merah.
- Orang Sweden memelihara anjing.
- Orang Denmark minum teh.
- Rumah hijau terletak di sebelah kanan rumah berwarna putih.
- Pemilik rumah hijau minum kopi.
- Orang yang merokok Pall Malls memelihara burung.
- Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
- Orang yang tinggal di rumah paling tengah minum susu.
- Orang Norwegia tinggal di rumah pertama.
- Orang yang merokok Blends tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
- Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
- Orang yang merokok Bluemasters minum bir.
- Orang Jerman merokok Prince.
- Orang Norwegia tinggal di sebelah rumah biru.
- Orang yang merokok Blends memiliki tetangga yang minum air.
Persoalannya : Siapa yang memelihara ikan?
Daripada teka-teki di atas, ternyata tidak ramai yang memberikan respon kepada persoalan yang dicari. Ada yang kata soalan tersebut memang susah….ramai juga yang tidak mampu menjawabnya…boleh gila katanya…he he …Ada juga yang tak jawab langsung, diam je… Ye ke..susah..? Kata nak menjadi kreatif, jadi itulah soalan yang sesuai untuk anda.
Memang benar….â€mencari ikan di laut atau sungai itu mudah, tetapi mencari ikan di dalam teka-teki itu memang susah…†tak tahu ikan siapakah itu..?
Kepada mereka yang masih ingin mencuba, cuba dulu cari ikan siapakah itu…cuba cari sebelum anda klik jawapan dibawah. Cuba lah dulu…
Jawapanya ialah…..
(more…)
Posted by admin |
4 Comments »
Benarkah kenyataan yang mengatakan bahawa ramai di antara manusia yang tidak mahir berfikir…mereka hanya boleh membaca dan bercakap apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka tidak gemar untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang memerlukan satu pemikiran yang kreatif.
Apakah pula yang dikatakan kemahiran berfikir itu..? atau dengan kata lain apakah yang dikatakan sebagai orang yang pintar..?

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan di dalam bukunya yang bertajuk “Belajar Berfikir“, – “Orang pintar ialah orang yang berfikir secara reaktif. Dia pandai dan mahir untuk menyelesaikan masalah, cekap bermain chess dan lulus peperiksaan. Dia juga pandai mengemukakan kritikan-kritikan tajam dan mahir membuat penilaian perseptif“.
Apakah anda suka teka – teki sulit yang menguji kemahiran berfikir anda…? Satu teka-teki daripada Einstein, dia mengatakan bahawa 98% populasi dunia tidak mampu menyelesaikan teka – teki ini. Cubalah teka-teki ini jika anda benar-benar ingin menguji kemahiran berfikir anda!
Ada 5 rumah yang masing – masing memiliki warna berbeza. Pemilik ke lima-lima rumah ini masing – masing memiliki kewarganegaraan yang berbeza, menyukai minuman yang berbeza, brand rokok yang berbeza dan memiliki binatang perliharaan yang berbeza. Tidak ada pemilik rumah yang memiliki binatang peliharaan, menyukai brand rokok atau pun minuman yang sama.
Petunjuknya adalah:
- Orang Inggeris tinggal di rumah berwarna merah.
- Orang Sweden memelihara anjing.
- Orang Denmark minum teh.
- Rumah hijau terletak di sebelah kanan rumah berwarna putih.
- Pemilik rumah hijau minum kopi.
- Orang yang merokok Pall Malls memelihara burung.
- Pemilik rumah kuning merokok Dunhill.
- Orang yang tinggal di rumah paling tengah minum susu.
- Orang Norwegia tinggal di rumah pertama.
- Orang yang merokok Blends tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
- Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill
- Orang yang merokok Bluemasters minum bir.
- Orang Jerman merokok Prince.
- Orang Norwegia tinggal di sebelah rumah biru.
- Orang yang merokok Blends memiliki tetangga yang minum air.
Persoalannya : Siapa yang memelihara ikan?
Ha…apa lagi, kalau anda orang yang benar-benar pintar, berikan saya jawapan itu.
Selamat mencoba
p/s : Saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan teka-teki ini. Adakah anda boleh menjawabnya dengan mudah. Nak tahu…cubalah. Jangan jadi gila sudahlah.. he he
p/p/s : Sila beri jawapan pada ruangan komen. Jawapan sebenarnya akan diberikan kemudian.
Posted by admin |
8 Comments »