Apr
18th

Belajar Buat Video

Sejak akhir-akhir ni saya cuba belajar cara untuk buat video menggunakan perisian yang sedia ada didalam windows xp iaitu Windows Movie Maker. Tak banyak fungsi yang boleh dilakukan menggunakan perisian Windows Movie Maker. Kalau anda ada perisian yang lebih baik sila cadangkan kepada saya.

Bagi mereka yang mula-mula belajar buat video seperti saya memang agak susah sikit. Ia memerlukan kreativiti yang tinggi untuk menghasilkan video yang berkualiti. Tapi untuk permulaan dan sebagai pelajaran, buatlah video yang ringkas dan bermaklumat.

Kini melalui video ini, pelbagai perkara boleh dilakukan termasuklah sebagai langkah promosi yang berkesan untuk menjual pelbagai produk di internet. Jika anda menjalankan perniagaan internet diharap anda tidak mengabaikan teknik ini. Anda boleh menghasilkan pendapatan lumayan melalui teknik video. Untuk bukti anda boleh lihat SINI.

Selain itu, informasi dan maklumat menggunakan teknik video semakin diminati kerana lebih mudah untuk seseorang belajar dan faham dengan menggunakan teknik video ini.

Perancangan masa depan saya ialah menghasilkan pelbagai produk dengan menggunakan teknik video ini. Oleh itu, sebagai pelajaran pertama saya….inilah hasil video saya yang pertama. Sory lah…suara dan musik tidak ada.. hehe (masih belajar)

Jangan terlepas peluang untuk mendapatkan produk CD istimewa tersebut. KLIK SINI

May
19th

Spyware Doctor For Windows

Award-winning spyware protection to secure your PC against privacy and tracking threats.

Spyware Doctor adalah perisian untuk mengesan malware & spyware. Ia melindungi dan membuang PC anda daripada beribu-ribu spyware, adware, trojans, keyloggers, spybots dan tracking threats.

Untuk downlaod dan proses install, sila ikuti langkah berikut :

  1. Klik butang hijau untuk dowload software.
  2. Bila kotak File Download terpapar, klik butang “Save”.
  3. Bila kotak Save As muncul, pili folder untuk meletakkan software tersebut di dalam komputer anda seperti di Desktop.
  4. Tunggu sehingga selesai proses download.
  5. Seterusnya klik dua kali pada icon seperti di bawah untuk proses installation.
  6. Klik Run untuk meneruskan proses installation.
  7. Anda akan disuruh untuk menutup semua aplikasi yang sedang berjalan seperti gambarajah di bawah. Klik “Next” untuk installation seterusnya.
  8. Baca License Agreement. dan klik “I accept the agreement” . Seterusnya klik “Next”.
  9. Hanya klik “Next” untuk meneruskan proses.
  10. Klik “Install” untuk memulakan installation Spyware Doctor.
  11. Biarkan proses instalation berjalan sehingga selesai.
  12. Klik “Finish” dan mulakan Spyware Doctor.

Download software di sini.

May
12th

Tambah Domain Ke Dalam Hosting Sedia Ada

Files under internet, tutorial | 1 Comment

Baru-baru ini saya telah menambah domain name terbaru ke dalam hosting sedia ada yang saya gunakan untuk Rahsiakomputer.com. Domain apa pula ni…? Adalah …. untuk produk terbaru dari saya. Produk apa pula tu…? Buat masa ni masih dalam proses pengembangan, so belum boleh bagi tahu lagi…tunggu saatnya !!!

Apa yang saya nak bincangkan di sini adalah berkaitan dengan menambah domain baru kedalam hosting sedia ada. Bagaimana cara dan langkah-langkah kita boleh menambah domain tersebut kedalam hosting itu.? Bagi orang baru seperti saya mungkin agak sukar dan ragu-ragu. Namun setelah selesai melakukanya proses tersebut, rupa-rupanya ianya terlalu mudah.

Sebenarnya kita boleh menambah seberapa banyak domain name ke dalam satu hosting. Namun ia bergantung kepada keperluan dan spesifikasi perkhidmatan hosting yang anda gunakan. Oleh itu, pastikan hosting anda menyediakan sokongan untuk menambah domain name baru sebelum anda melakukan proses ini.

Berikut diterangkan langkah-langkah menambah domain name tersebut :

  • Dapatkan (beli) domain name terbaru daripada penyedia perkhidmatan hosting yang anda gunakan sekarang.
  • Masuk ke dalam Cpanel hosting anda, dan klik “Addon Domain“.
  • Masukkan maklumat domain, seperti berikut :
  1. New Addon Domain : Masukkan nama domain yang telah anda daftar seperti “namadomain.com”. Pastikan anda tidak manaip “http://” atau “www”.
  2. Username / Directory name : Masukkan nama bagi domain tersebut. Biasanya nama yang diletakkan adalah sama dengan nama domain anda.
  3. Password : Masukkan “password” untuk domain itu.
  • Klik Butang “Add
  • Satu folder “namadomain.com” tercipta di dalam folder “public_html” anda. Ini adalah folder untuk domain terbaru anda. Segala fail dan data perlu dimasukkan kedalam folder baru tersebut.

Nota : Pastikan domain yang anda tambah ini berjaya di “point” ke dalam hosting anda. Jika tidak berjaya di “point“, minta bantuan daripada penyedia perkhidmatan domain & hosting anda untuk bantuan point domain tersebut ke dalam hosting. Selepas proses “point” berjaya, anda perlu menunggu 1 hingga 6 untuk proses propagation sebelum domain tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lebih jelas, klik sini.

p/s : Lepas ni nak tambah lagi satu domain

Apr
14th

Defragmentation Hard Disk Anda

TIPS 10 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Ini adalah siri terakhir dalam SIRI10 tips bagaimana meningkatkan kepantasan komputer anda. Sesiapa yang belum membaca sepenuhnya setiap tips-tips yang diberikan sebelum ini, sila baca “Post Berkaitan” di akhir posting ini.

Jika anda belum pernah melakukan ini, atau sudah beberapa lama tidak melakukan proses defragmaentation, langkah ini adalah yang paling penting yang akan memberikan kepantasan kepada komputer anda.

Bila anda menggunakan komputer, drives anda menjadi fragmented, apabila anda membuat dan menghapus sesebuah file. Hanya kerana sebuah file sebesar 10mb, tidak bererti 10mb itu hanya berada pada satu drive atau bahagian sahaja. Keadaan ini boleh menyebabkan akses fail yang dikehendaki akan mengambil masa yang banyak kerana kedudukan fail terpisah di dalam hard disc. Maka dari itu, defragmenting diperlukan. Ketika anda mendefrag hard drive anda, proses ini meng-copy seluruh potongan fail yang terpisah kepada satu tempat sementara pada hard drive, dan kemudian mengisi dengan semua potongan file tersebut dalam kedudukan yang sama.

defrag1.jpg

Harus diingat, untuk menjadikan proses defragment lebih efisen, pastikan hardisc anda mempunyai ruangan kosong sebanyak 25%. Jika tidak ruagan tidak mencukupi, proses defragment akan menjadi terlalu lambat. Oleh itu, delete sebahagian fail atau perisian yang tidak penting dan tidak digunakan.

Untuk melakukan proses defragment hardisc anda (Sistem Operasi Windows), klik dua kali “My Computer“. Klik kanan pada dirve C dan pilih “Properties“. Seterusnya, pilih tab “Tools” dan pilih butang “Defragment Now..”. Satu tetingkap akan muncul dan anda boleh pilih drive C atau D dan tekan butang “Defragment“.

diskdefragment4.gif

Proses Defragment akan berjalan sehingga selesai. Ia akan bergantung kepada kuasa processing anda, saiz RAM yang tersedia, saiz dan kepantasan drive dan beberapa perkara yang berkaitan.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

5. Meningkatkan Kuasa Windows XP

6. Matikan Active Dekstop

7. Pasangkan Perisian Antivirus

8. Hilangkan Spyware

9. MS Config

Apr
8th

MS CONFIG

TIPS 9 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Satu perkara yang menyebabkan kuasa komputer anda menurun secara mendadak adalah program-program yang tidak diperlukan yang berjalan di background anda. Sebahagian dari program ini dapat dilihat di System Tray anda. Ini adalah program kecil yang “memakan” ruang memory dan tenaga proses anda. Sebahagian daripadanya mungkin anda perlukan dan sebahagiannya lagi tidak. Beberapa program yang tidak anda perlukan adalah seperti printer icons, CD burning icons, shortcut to programs, AOL, any Instant Messaging Programs, etc.

Hanya kerana program tidak selalu digunakan, tidak bermakna anda tidak dapat mencetak, membuat CD atau Instant Message. Segala program ini dapat dijalankan ketika anda memerlukannya, iaitu melalui shortcut.

Untuk menghentikan sebahagian program-program tersebut, anda memerlukan utiliti yang dipanggil MSCONFIG. Melaluinya anda boleh mematikan (turn OFF) item Start Up yang tidak diperlukan.

msconfig1.gif

a. Dalam Windows 98, Me, dan XP, klik Start – Run dan taip “msconfig“. Seterusnya klik pada tab Startup. Anda dapat melihat senarai maklumat yang berjalan di background, sebahagiannya pula dapat dilihat di dalam System Tray. Di sini anda perlu berhati-hati semasa membuat penetapan kerana sebahagian maklumat tersebut diperlukan untuk komputer anda. Item yang anda perlukan adalah seperti Ctfmon.exe (XP), Scan Registry (Win98, Me), Task Monitor (Win98, Me), System Tray (Win98, Me), LoadPowerProfile (Win98, Me), Rundll.32, program AntiVirus (seperti McAfee, Norton, or AVG). Selebihnya anda boleh uncheck, seperti NeroCheck, ypager, qttask, AOL, dan beberapa program Instant Messaging. Perlu diingat, jika sesuatu tidak berfungsi anda perlu “on” tersebut semula. Anda perlu reboot semula komputer selepas membuat sebarang perubahan. Selepas mematikan beberapa program yang tidak penting, anda akan dapat melihat komputer anda akan berfungsi lebih baik daripada sebelumnya.

b. Dalam Windows 2000, MSCONFIG tidak wujud. Anda perlu download utiliti MSCONFIG. Selepas install utiliti tersebut, anda boleh jalankannya sama seperti anda menggunakan Windows 98 & XP.

Selepas proses reboot, anda akan dapati satu masej tentang “configuration utility was edited“. Anda hanya perlu tanda “not to show that in the future”. Ini menunjukkan yang sesuatu perubahan dan penetan telah dibuat di dalam MSCONFIG.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

5. Meningkatkan Kuasa Windows XP

6. Matikan Active Dekstop

7. Pasangkan Perisian Antivirus

8. Hilangkan Spyware

Mar
17th

Hilangkan Spyware

TIPS 8 : TINGKATKAN KEPANTASAN KOMPUTER ANDA

Banyak pengguna komputer memiliki Spyware dan tidak tahu itu mereka miliki, dan tidak tahu bagaimana cara menghilangkannya. Jika komputer anda sedang membuka website yang tidak ingin anda buka, atau jika anda mendapat pop-ups ketika anda tidak sedang berada pada Internet, atau jika komputer anda berjalan sangat lambat, tanpa alasan, anda mungkin memiliki Spyware.

2 program AntiSpyware yang bagus adalah: AdAware SE dan SpyBot. Kedua program ini sangat disarankan oleh TechTV dan syarikat komputer lainnya dan keduanya dapat berkerja secara bersama dengan baik. Mereka saling melengkapi dan menangkap Spyware jika yang lain gagal melakukannya.

adaware.png

Jika selepas pemasangan antivirus tersebut anda masih tidak dapat membuang atau menghapuskan Spyware tersebut, anda mungkin perlu membawa komputer anda kepada pakar yang dapat menyelesaikannya.

Harus diingat juga, sebahagian Spyware adalah sungguh bijak. Walaupun anda telah membuangnya daripada sistem komputer, namun ia berupaya untuk masuk semula secara sendiri kedalam komputer anda. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan kepada kerja anda seharian terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan menggunakan sistem komputer.

spybot.jpg

Jika keadaan ini sukar di selesaikan, satu cara terbaik untuk anda lakukan ialah buat back up terhadap fail yang anda perlukan dan format hard disk anda seterusnya install semula sistem operasi tersebut.

Post Berkaitan:

1. Kosongkan Temp Directory secara berkala

2. Kosongkan Temp Internet Files secara berkala

3. Sentiasa Memeriksa Hard Disk Anda

4. Pemeriksaan DiskMenggunakan Tune Up

5. Meningkatkan Kuasa Windows XP

6. Matikan Active Dekstop

7. Hilangkan Spyware