Nov
7th

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

Files under motivasi, umum | Leave a Comment

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.”




Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, ” Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.”

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, “Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.”

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, “Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya.”

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Sumber  : Sabahdaily.com

Oct
27th

Demam Giant di Tawau

Files under umum | 2 Comments

Sedikit latar belakang Giant, ia adalah sebuah pasaraya yang telah bertapak di malaysia lebih daripada 60 tahun , dan ia adalah salah satu pasaraya yang dimiliki oleh rakyat malaysia yang kini mempunyai banyak cawangan di seluruh malaysia. Asas penubuhan giant bermula daripada kedai kecil-kecilan milik Teng family yang pada awalnya bertapak di Kuala Lumpur dalam tahun 1944, dan sehingga kini Giant telah membangun dengan pesatnya dan diperkirakan mempunyai tenaga kerja sebanyak 16,000 orang di seluruh negara.

Giant ditawau, telah dibuka secara rasminya pada hari khamis iaitu 23, Oktober 2008 yang lalu, lokasinya berada di Jalan Chong Thien Vun off jalan apas. Walaupun acara pembukaannya 3 hari yang lalu namun sehingga kehari ini warga tawau masih dilanda demam giant, yang paling ketara adalah pusat bandar jadi lengang disebabkan penangan giant di tawau.

Bagi aku langkah giant membuka cawangan jauh dari pusat bandar adalah satu strategik yang sangat baik, kerana selain daripada masalah kawasan tempat letak kereta dibandar yang sangat terhad, secara langsung juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pusat bandar.

Kelihatan Jimmy Wong sedang memperkatakan sesuatu kepada Presiden MPT Salsidu dan diperhatikan oleh Tonny (kanan)

Sumber : Romzi.com

Oct
1st

Selamat Hari Raya Aidilfiltri

Files under umum | Leave a Comment

Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ku hulur tangan dan kata-kata mohon ampun dan maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap.

Dalam dunia blog ni kan macam-macam ada (pinjam moto dari Astro), manalah tahu ada yang tersilap tulis kah, tersinggung ke, berkecil hati ke atau apa-apa ke yang sewaktu dengannya. So inilah masanya saya minta maaf dan ampun dari anda semua. Lepas tu boleh buat lagi…:)

Bagaiman pula puasa Ramadhan tahun ini…? Harap-harap bertambah amalan kebaikan, kebajikan dan semoga Allah memberikan kita rahmat yang berpanjangan. Kepada mereka yang tak puasa atau tak cukup pausa tu….paham-pahamlah, kena ganti tu…he he

Kuih raya dah buat belum..? Kuih apa yang menjadi special pula tahun ini..? Macam-macam ada (Astro lagi) Kalau ikutkan raya ni…semua kuih nampak macam special je, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Saya ni nama kuih tak berapa nak tahu, kalau makan tahulah.

Kepada rakan blogger semua….sajian kuih raya maya untuk anda (gambar atas).  Yang kenal-kenal tu, sekampung ke, tak sekampung ke… jemputlah ke rumah ya…bawa satu lori pun tak apa.

Akhir kalam…SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sep
27th

Kad Raya Percuma

Files under umum | 1 Comment

Waktu sekolah dulu saya rajin juga hantar kad-kad raya ni….buat teman-teman sekolah lah. Maklumlah saling berbalas kad raya. Kalau kawan-kawan bagi tu kita kena lah balas kan. Lepas tu kad raya tersebut lekat kat dinding ruang tamu atau kat dalam bilik…itu cerita dulu dulu.

Sekarang ni zaman internet, kad raya pun makin canggih dan interaktif penggunaanya. Tak perlu lagi nak guna pos-pos dan setem ni….semua menggunakan email atau blog boleh kirim kat kawan-kawan. Nak kirim berapa banyak pun tak apa. Percuma pula tu…memang seronok…cuma tak boleh gantung kat tepi dinding rumah atau bilik lah. Kalau nak juga boleh, print lah sendiri… hehe

Satu laman web menyediakan kad raya maya secara percuma untuk anda. Anda boleh kirimkan salam raya kepada rakan-rakan atau letakkan ke dalam blog anda buat tatapan pengujung.

Di sini saya tampalkan satu kad raya maya buat tatapan pengunjung blog ini. Sambil tu saya ucap lah “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN“.

Siapa nak, sila ke http://aidilfitri.kadviral.com.

Wassalam

Sep
25th

Tawau Bloggers….

Files under umum | Leave a Comment

Teman-teman dari Tawau Blogger kini mempunyai blog baru yang menggunakan Wordpress. Satu lagi perkembangan yang akan memudahkan ahli-ahlinya untuk membuat entry dan memberi komentar….Tahniah Tawau Bloggers.

Sekarang ni kelihatan Tawau blogger semakin aktif dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Dalam hati tu nak join kamu orang semua, tapi apa kan daya ku berada jauh dari gapaian…. Satu masa nanti pasti kita akan bersama jua….ceh wah, macam jiwang karat.

Semoga terus berjaya.

Wassalam

Sep
24th

Hari Pelancaran Jualan Mega

Files under umum | 2 Comments

Hari ini genaplah umur blog RahsiaKomputer.com setahun. Maksudnya RahsiaKomputer.com menyambut ulang tahun pertama kelahirannya. Nampaknya RahsiaKomputer.com dah berusia setahun….

Sempena menyambut hari kelahiran yang pertama ini, RahsiaKomputer.com berbesar hati menjalankan JUALAN MEGA /JUALAN MURAH dengan memberikan tawaran harga istimewa produk-produk pilihan kepada anda yang teringin untuk memiliki produk tersebut.

JUALAN MEGA ini di lakukan dalam bentuk pakej yang terdiri daripada 4 produk utama RahsiaKomputer.com. Pastinya yang istimewa hanya untuk anda semua dengan harga yang memang berbaloi dan mampu di miliki.

Antara produk-produk yang dijadikan tawaran pakej istimewa ini ialah :

Selain produk-produk tersebut, anda juga akan menerima produk-produk tambahan pilihan terbaik berserta bonus-bonus yang di tawarkan bersama produk-produk tersebut.

Berapakah pula harga untuk tawaran pakej istimewa ini…?

Untuk maklumat lanjut, KLIK SINI.

PEMENANG HADIAH PERCUMA

Sebelum ini, RahsiaKomputer.com telah mengadakan pertandingan peneka paling tepat sempena menyambut hari ulang tahun pertama ini. Sempena hari pelancaran JUALAN MEGA ini, maka tamatlah sudah pertandingan yang tidak berapa hangat tersebut…he he

Secara keseluruhan, tidak anda yang menjawab dengan tepat atau hampir tepat soalan yang diberikan. Kebanyakan menjawab dengan betul soalan 1 - 3. Namun, kesalahan yang utama ialah jawapan soalan ke 4 iaitu “masa pelancaran blog ini”.

Walau bagaimanapun, saya telah memilih dua orang yang berjaya memberi jawapan yang hampir tepat untuk menerima hadiah UTAMA iaitu produk-produk dalam JUALAN MEGA tersebut.

Untuk melihat jawapan sebenarnya soalan yang diberikan dan 2 pemenang, KLIK SINI.

Tahniah kepada pemenang tersebut.

P/S : JUALAN MEGA DI SINI