Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Ku hulur tangan dan kata-kata mohon ampun dan maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap.
Dalam dunia blog ni kan macam-macam ada (pinjam moto dari Astro), manalah tahu ada yang tersilap tulis kah, tersinggung ke, berkecil hati ke atau apa-apa ke yang sewaktu dengannya. So inilah masanya saya minta maaf dan ampun dari anda semua. Lepas tu boleh buat lagi…:)
Bagaiman pula puasa Ramadhan tahun ini…? Harap-harap bertambah amalan kebaikan, kebajikan dan semoga Allah memberikan kita rahmat yang berpanjangan. Kepada mereka yang tak puasa atau tak cukup pausa tu….paham-pahamlah, kena ganti tu…he he
Kuih raya dah buat belum..? Kuih apa yang menjadi special pula tahun ini..? Macam-macam ada (Astro lagi) Kalau ikutkan raya ni…semua kuih nampak macam special je, maklumlah sebulan menahan lapar dan dahaga. Saya ni nama kuih tak berapa nak tahu, kalau makan tahulah.
Kepada rakan blogger semua….sajian kuih raya maya untuk anda (gambar atas). Yang kenal-kenal tu, sekampung ke, tak sekampung ke… jemputlah ke rumah ya…bawa satu lori pun tak apa.
Akhir kalam…SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Waktu sekolah dulu saya rajin juga hantar kad-kad raya ni….buat teman-teman sekolah lah. Maklumlah saling berbalas kad raya. Kalau kawan-kawan bagi tu kita kena lah balas kan. Lepas tu kad raya tersebut lekat kat dinding ruang tamu atau kat dalam bilik…itu cerita dulu dulu.
Sekarang ni zaman internet, kad raya pun makin canggih dan interaktif penggunaanya. Tak perlu lagi nak guna pos-pos dan setem ni….semua menggunakan email atau blog boleh kirim kat kawan-kawan. Nak kirim berapa banyak pun tak apa. Percuma pula tu…memang seronok…cuma tak boleh gantung kat tepi dinding rumah atau bilik lah. Kalau nak juga boleh, print lah sendiri… hehe
Satu laman web menyediakan kad raya maya secara percuma untuk anda. Anda boleh kirimkan salam raya kepada rakan-rakan atau letakkan ke dalam blog anda buat tatapan pengujung.
Di sini saya tampalkan satu kad raya maya buat tatapan pengunjung blog ini. Sambil tu saya ucap lah “SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN“.
Teman-teman dari Tawau Blogger kini mempunyai blog baru yang menggunakan Wordpress. Satu lagi perkembangan yang akan memudahkan ahli-ahlinya untuk membuat entry dan memberi komentar….Tahniah Tawau Bloggers.
Sekarang ni kelihatan Tawau blogger semakin aktif dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Dalam hati tu nak join kamu orang semua, tapi apa kan daya ku berada jauh dari gapaian…. Satu masa nanti pasti kita akan bersama jua….ceh wah, macam jiwang karat.
Hari ini genaplah umur blog RahsiaKomputer.com setahun. Maksudnya RahsiaKomputer.com menyambut ulang tahun pertama kelahirannya. Nampaknya RahsiaKomputer.com dah berusia setahun….
Sempena menyambut hari kelahiran yang pertama ini, RahsiaKomputer.com berbesar hati menjalankan JUALAN MEGA /JUALAN MURAH dengan memberikan tawaran harga istimewa produk-produk pilihan kepada anda yang teringin untuk memiliki produk tersebut.
JUALAN MEGA ini di lakukan dalam bentuk pakej yang terdiri daripada 4 produk utama RahsiaKomputer.com. Pastinya yang istimewa hanya untuk anda semua dengan harga yang memang berbaloi dan mampu di miliki.
Antara produk-produk yang dijadikan tawaran pakej istimewa ini ialah :
Selain produk-produk tersebut, anda juga akan menerima produk-produk tambahan pilihan terbaik berserta bonus-bonus yang di tawarkan bersama produk-produk tersebut.
Berapakah pula harga untuk tawaran pakej istimewa ini…?
Sebelum ini, RahsiaKomputer.com telah mengadakan pertandingan peneka paling tepat sempena menyambut hari ulang tahun pertama ini. Sempena hari pelancaran JUALAN MEGA ini, maka tamatlah sudah pertandingan yang tidak berapa hangat tersebut…he he
Secara keseluruhan, tidak anda yang menjawab dengan tepat atau hampir tepat soalan yang diberikan. Kebanyakan menjawab dengan betul soalan 1 – 3. Namun, kesalahan yang utama ialah jawapan soalan ke 4 iaitu “masa pelancaran blog ini”.
Walau bagaimanapun, saya telah memilih dua orang yang berjaya memberi jawapan yang hampir tepat untuk menerima hadiah UTAMA iaitu produk-produk dalam JUALAN MEGA tersebut.
Untuk melihat jawapan sebenarnya soalan yang diberikan dan 2 pemenang, KLIK SINI.
Cerita ini berlaku dalam tahun 1997 di bandarKuala Terengganu. Dipendekkan cerita… datanglah dua orang lelaki matsalleh (seorang berkulit putih dan seorang lagi negro)ke bandar KualaTerengganu untuk menikmati keindahan negeri Terengganu sempena denganTahun Melawat Terengganu 1997. Setelah tiga hari mereka berada di KualaTerengganu mereka pergi ke Pasar Kedai Payang untuk membeli telur untukmakan tengahari. Di Pasar Kedai Payang…
mat saleh : i want to by an eggs…
penjual : mender?? (apa?)
mat saleh : eggs…eggs…i want eggs..
penjual : nok mender?? mak cik dok fahang nih..
mat saleh : egggsss….eggsss…
penjual : mak cik katerr dok fahang…dok fahang ahh..
Oleh kerana terlalu berang dengan mak cik (penjual)yang tidak faham english maka, mat saleh (kulit putih) telah menunjukkan’telurnya’ kepada mak cik tadi..
penjual : ooo..kabo lah nak beli telurr…
Mak Cik itu pun bagi lerr telur kat mat saleh duaowanng tadik. Oleh kerana terlalu lapar dan terlalu berang dengan peristiwa di Pasar Kedai Payang tadik…maka mat saleh dua owang tu pun makan dengan banyaknya tengahari tu. Nak dijadikan cerita..telur yang mereka beli tadik punn habiss dan mat saleh (kulit putih) pun menyuruh negro pulak pegi beli telur kerana dia dah tak sanggup lagi nak mengahadapi mak cik tadi. Maka dengan berat hati negro tu pun pergilah beli telur kat Pasar Kedai Payang ngan mak cik tadi.
negro : i want to buy an eggs…eggs..
penjual : menda?? menda?? nak beli menda??
negro : eggs…egss…eggsssss…
Tiba-tiba negro tu pun teringat lerrr masa dia ngankawan dia beli telur tadik. Dengan penuh yakin dan ‘konfidennya’ negro tersebut menunjukkan ‘telurnya’ kepada mak cik penjual telur. Maka dengan penuh yakin dan ‘konfidennya’ juga mak cik penjual telur tu pun memberikan telur masin (telur yang dibalut dengan campuran tanah liat danarang)kepada negro tersebut. Apa lagi… tergezut beruklah negro tadik kerana telur yang dibelinya tidak sama dengan telur yang dia dan kawan dia beli tadi….muakakakakakaka…
Pesanan Penaja : “Benda Yang Serupa Tak Semestinya Sama”
# Teknik SEO Luangkan 10 Minit Masa Berharga Anda Dan Ketahui Bagaimana Saya Merampas Tempat PERTAMA Dalam Search Engine Google Dalam Masa Kurang Dari Sebulan, Dengan Menggunakan Teknik Mudah SEO, Juga Tanpa Mengeluarkan Sebarang Modal!.
# Rahsia 10K Ketahui rahsia bagaimana remaja 17 tahun menghasilkan RM1.3K dalam masa 24 jam. Rahsia dibongkar untuk anda juga memperolehi 10K.
# Rahsia Merekrut MLM Tom "Big Al" Schreiter akan mendedahkan rahsia dalaman MLM...Ketahui kejayaan dengan Formula Hebat.
# Akademi SMS Bagaimana guna handphone anda memulakan perniagaan & pemasaran dengan SMS yang mudah dari rumah. Ini dia pemasaran SMS yang berjaya.
# Apa itu Cpanel...? Ketahui langkah mudah untuk menjadi seorang pakar dalam Cpanel. Masalah teknikal Cpanel kini semudah A,B,C
# E-Kamus-Malaysia Perisian kamus Dwibahasa E-kamus 5.02 keluaran alaf teras. Kini kamus hebat akan berada di dalam komputer anda.