Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pemilik laman web Malaysia agar mengemaskini dan melindungi laman web mereka daripada serangan penggodam.
Nasihat ini diberikan susulan laporan media tentang insiden laman web Malaysia diserang oleh penggodam.
“Pemilik laman web Malaysia perlu mengemas kini dan melindungi aplikasi dan pelayan laman web mereka dengan pek perkhidmatan bagi melindungi pelbagai kelemahan yang boleh dieksploitasikan oleh penggodam untuk menjejaskan laman web mereka,†kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.
SKMM berkata insiden penggodaman kali pertama dikesan pada 31 Ogos dan sejak itu telah menjejaskan 125 laman web. Penggodam itu telah menyisipkan laman web menerusi kerentanan yang dikenali di laman web, mengumumkan bahawa mereka telah melemahkah laman web tersebut.
Suruhajaya itu berkata ia telah memantau situasi tersebut menerusi Pusat Keselamatan Rangkaian SKMM bagi pelbagai komen yang diposkan oleh penggodam di blog berkaitan, forum dan laman web perangkaian sosial.
Berdasarkan laporan daripada pemilik-pemilik yang laman webnya terbabit, tiada bukti selanjutnya yang menunjukkan bahawa terdapat aktiviti menjejaskan lain selain webpage yang disisip.
SKMM bekerjasama dengan mereka untuk mengemaskinikan laman web mereka dengan pek perkhidmatan terbaharu bagi membaiki masalah itu dan mengalihkan laman web yang disisip tersebut.
Pemilik laman web dinasihatkan menghubungi SKMM sekiranya mereka mengesan lagi aktiviti penggodaman dalam laman web mereka, kata suruhanjaya itu. -BERNAMA
Posted by admin |
2 Comments »
Dalam membina sesebuah laman web, kita tidak lari dari membicarakan tentang kod-kod HTML yang digunakan. Walaupun pada masa ini terdapat banyak perisian membina laman web (WYSWYG – What You See Is What You Get) tanpa perlu anda memahami kod HTML tersebut seperti perisian Frontpage dan Dreamweaver. Namun demikian, dalam satu-satu keadaan anda mungkin perlu juga memahami kod-kod HTML ini.
Dalam melayari laman web, sebenarnya anda boleh melihat dan mengkaji penggunaan kod-kod HTML atau skrip tambahan yang digunakan oleh sesebuah laman web tersebut.
Untuk pengguna Firefox, hanya tekan “ctrl + u” atau pergi ke menu bar, tekan “view” dan pilih “page sources“. Manakala untuk pengguna Internet Explorer pula, tekan “view” pada menu bar dan pilih “Source“.
Contoh kod HTML dan beberapa skrip (Javascript & php) yang digunakan di dalam sesebuah blog adalah seperti gambarajah di bawah. Kod tersebut diambil dari blog RahsiaKomputer.com.

Untuk mengkaji lebih mendalam bagaimana sesebuah laman web dibina dan mengetahui penggunaan kod dan skrip yang digunakan, saya mencadangkan anda “save as” sahaja halaman web tersebut dan kemudian buka halaman itu menggunakan perisian membina laman web yang anda gunakan. Ingat…. Jangan pula anda tiru laman web tersebut, hanya untuk mempelajarinya sahaja.
Kepentingan melihat sumber kod HTML sesebuah laman web adalah untuk :
- Mengetahui bagaimana susun atur kod sesebuah laman web ditulis dan dibina.
- Mengkaji bagaimana meta tag sesebuah laman web ditulis dan kedudukan tag tersebut diletakkan.
- Mengetahui serba sedikit berkaitan dengan penggunaan kod-kod HTML dan fungsi-fungsinya.
- Mengkaji tentang skrip-skrip tambahan yang digunakan oleh sesebuah laman web tersebut.
- Kepentingan lain bergantung tujuan anda ingin melihat kod-kod tersebut.
Namun demikian, untuk mengkaji dan memahami kod-kod yang digunakan, anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya pengetahuan asas yang berkaitan dengan kod-kod tersebut. Oleh itu, anda perlu mempelajari serba sedikit berkaitan dengan kod HTML, Javascript mahu pun PHP.
Dalam ebook Panduan Membina Laman Web, saya ada membincangkan serba sedikit kerangka asas kod HTML laman web dan beberapa penggunaan kod yang perlu untuk sesebuah laman web.
Salam Kejayaan.
Posted by admin |
No Comments »
Beberapa hari yang lepas, RahsiaKomputer telah melancarkan satu produk yang bertajuk Panduan Membina Laman Web. Produk yang berkaitan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web, salesletter, panduan cpanel, memasang skrip autoresponder, sistem affiliate, borang, ad rotator dan skrip tambahan.

Kini peluang dibuka kepada anda semua untuk menyertai Rakan Affiliate Panduan Membina Laman Web. Sistem affiliate ini memberi peluang kepada anda untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan mempromosikan produk tersebut. Setiap jualan yang terhasil daripada link anda akan dibayar komisen sebanyak RM15.
Kepada rakan affiliate akan disediakan sedikit tool dan panduan bagaimana anda boleh melakukan promosi berkesan terhadap produk tersebut. Selain itu, banner dan ecover juga disediakan di dalam akaun affiliate anda.
Untuk menyertai rakan affiliate Panduan membina laman web klik SINI
Laman web rasmi Panduan Membina Laman Web klik SINI
Sekian dan salam maju jaya.
Posted by admin |
1 Comment »