Apr
21st

Buat CD Windows XP + Sata Dengan NLite

Tentu ada diantara anda mengalami masalah ketika hendak install windows XP di sebuah laptop, masalah berlaku apabila laptop kita tidak dapat detect hardisk ketika hendak install windows XP di laptop anda, ini kerana hardisk anda adalah jenis sata. Keadaan ini juga berlaku kepada PC yang menggunakan SATA Hardisc.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan sata driver ke dalam CD Windows XP anda. Caranya dengan membuat sebuah cd windows Xp baru + sata.

Langkah pertama yang anda perlu lakukan ialah download perisian nlite di SINI

Sebelum itu anda perlu install Microsoft .NET Framework ke komputer anda sebelum install Nlite ini. Anda boleh mendapatkan di SINI . Selepas itu install Nlite tersebut.

Persediaan yang perlu anda perlukan?

  1. CD windows XP
  2. Perisian Nlite
  3. Driver Sata (Download disini)
  4. Net Framework(jika belum diinstall di komputer anda.

Extract fail driver sata di tempat yang sesuai. Contoh di desktop.

Ikut arahan dibawah :

Perhatian : Sebelum itu anda perlu buat sebuah folder di desktop atau dimana sahaja, anda boleh meletakkan nama folder tersebut sebagai windows XP (terpulang kepada anda). Biarkan folder tersebut kosong.

Lancarkan perisia Nlite anda.

nlite1.jpg

Klik butang Next apabila gambar seperti ini keluar. Kemudian masukkan Cd windows XP anda dan klik browse dan pilih dimana anda letak Cd windows Xp tersebut dan klik Ok.

nlite3.jpg

nlite4.jpg

Kemudian apabila mesej seperti diatas keluar, anda browse dan pilih dimana folder kosong yang anda telah buat tadi, kemudian klik OK.

nlite5.jpg

nlite6.jpg

Tunggu proses diatas selesai kemudian klik butang Next.

nlite7.jpg

nlite8.jpg

Kemudian apabila mesej import seperti di atas keluar, klik Next. Kemudian Klik Bootable ISO dan Drivers. Kemudian klik butang next.

nlite9.jpg

nlitesata.jpg

Klik butang insert => Singe Driver = > Disini anda perlu cari driver sata yang telah saya berikan, terdapat dua fail format “.inf” dalam folder sata tersebut. Klik iaachi.inf. Kemudian anda perlu klik pilihan seperti diatas dan klik OK.

nlite14.jpg

nlite12.jpg

Klik Ok untuk teruskan. Kemudian Klik Next. Mesej seperti diatas dikeluarkan. Dalam gambarajah di atas terdapat butang Make ISO. Klik butang tersebut. Pilih dimana fail ISO tersebut akan disave. Kemudian Klik Save.

nlite13.jpg

Tunggu proses tersebut selesai.

nlite15.jpg

Klik butang Finish .

Tahniah!anda telah berjaya membuat Cd windows XP + Sata. Anda boleh burn Fail windows Xp ISO tersebut ke dalam CD-R.

Sumber artikel di sini.

p/s : Maklumat ini akan di update di dalam ebook Panduan Pakej Lengkap. Kepada mereka yang telah membeli produk tersebut akan diberikan kemaskini terbaru itu secara percuma……nantikan.

Jan
3rd

Windows Genuine Advantages

Files under komputer, windows xp | 2 Comments

Sedang saya membaca post-post yang terdapat di Google Reader, saya tertarik dengan satu artikel yang ditulis oleh KongsiBlog. Manual Remove WGA (Windows Genuine Advantages) adalah artikel yang saya maksudkan.

Mengapa artikel ini menjadi perhatian saya. ..? Ini kerana apa yang dibincangkan oleh KongsiBlog terkena pada komputer saya. Apa lagi saya pun terus download lah perisian yang dimaksudkan itu.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu sama ada Windows yang saya gunakan ini “Genuineatau tidak. Ini kerana laptop jenama ACER yang saya beli ini disertakan siap dengan sistem operasi Windows XP Pro. Proses update pula saya tetapkan seminggu sekali secara automatik.

Update pada minggu pertama tiada apa yang berlaku, still boleh update. Masuk minggu kedua masalah Windows Genuine Advantage ini muncul. Saya cuba ikut segala arahan yang keluar pada Windows Genuine Advantage tersebut, namun hasilnya hampa. Masalah tersebut tidak dapat di selesaikan juga. Terpaksalah saya biarkan sahaja masalah itu sehinggalah saya terbaca artikel KongsiBlog itu.

Image Windows Genuine Advantage yang muncul semasa komputer dihidupkan adalah seperti di bawah :

wga_03.jpg

Tahukah anda apakah maksud daripada masej yang dinayatakan…? Maksudnya sistem operasi Windows XP yang anda gunakan itu dikesan tidak ori (not genuine).

Memang benar setakat yang saya tahu, Windows Genuine Advantage ini hanya terjadi kepada Windows XP. Mungkin juga berlaku kepada sistem operasi Microsoft yang lain seperti Windows 2000 atau mungkin juga windows VISTA. Sesiapa yang mempunyai info tersebut, sila kongsikan bersama di rahsiakomputer…boleh tak..he he.

Setelah mencuba perisian tersebut, memang berkesan dan Windows Genuine Advantage yang biasanya keluar semasa komputer di hidupkan hilang serta merta dengan hanya 2 langkah

Sesiapa yang menghadapi masalah terebut, bolehlah anda cari di Internet menggunakan search engine (Google, Yahoo atau MSN) kegemaran anda dengan menaip “Remove WGA“.

p/s : Cadangan saya, jika anda tidak ingin masalah ini terjadi lagi gunakan sistem operasi yang original. Hapuskan cetak rompak…kempen pula.

Dec
19th

Dapatkan Windows SP3 melalui Windows Update

Kini anda boleh mendapatkan Windows XP SP3 melalui Windows Update.

Image Hosted by ImageShack.us
Windows XP SP3 RC1 ini anda boleh dapatkan secara terus daripada Microsoft. Windows XP SP3 adalah service pack terakhir yang akan keluar untuk operating system terkenal dunia dari Microsoft. SP3 akan memberikan beberapa fungsi pembaikan bug dan beberapa fungsi yang telah dipinjam dari Vista.Langkah yang perlu anda lakukan:

  1. Download file ini (WindowsXPSP3Hack.cmd). Setelah itu, masuk ke komputer anda sebagai administrator dan jalankan program tersebut dengan klik dua kali di aplikasi tersebut. Tunggu hingga tetingkap confirmation muncul di skrin komputer anda.
  2. File di atas menambahkan beberapa nilai baru ke dalam registry Windows yang membuat Microsoft berfikir bahawa komputer anda adalah sebabagian dari program rivate beta.
  3. Check untuk update terbaru di Windows Update. Di sana anda sepatutnya akan dapat melihat Windows XP SP3 di daftar update yang telah tersedia.
  4. Download dan instal Windows XP SP3, reboot apabila perlu.

BERITA : WINDOWS XP LEBIH CEPAT

Microsoft telah secara diam - diam mengeluarkan release candidate Windows XP SP3 kepada sekitar 15000 orang penguji terpilih. Penguji ini telah mengatakan bahawa aplikasi Microsoft XP SP3 berkerja 10% lebih cepat dibandingkan XP SP2.

Image Hosted by ImageShack.us
Peningkatan ini merupakan sebuah kejutan yang menggembirakan, Windows XP SP3 pada awalnya hanya direncanakan sebagai updatebug fix and consolidation” sahaja. Tetapi dengan kehadiran XP SP3 sepenuhnya pada 2008, tentunya perkara ini sangat menyenangkan bagi para penggunaWindows XP dan merupakan satu lagi insentif untuk tidak mahu melakukan upgrade kepada Windows Vista.

Klik di sini dan di sini untuk sumber artikel.

Nov
23rd

Kelebihan memasang OS sendiri..

Salam kebahagian dan salam kejayaan untuk semua…

Saya pasti anda yang membaca post ini hari-hari menggunakan komputer. Komputer seakan-akan menjadi satu kemestian dan keperluan harian. Jika tidak membuka komputer dan internet akan terasa rindu…macam orang bercintalah katakan.

Saya juga pasti anda pernah mengalami sebarang kerosakan komputer sekurang-kurangnya gangguan pada sistem operasi (OS) komputer anda. Perkara ini boleh membuatkan kita pening kepala ditambah lagi bila ada kerja penting yang perlu untuk disiapkan.

Cuba fikirkan sejenak…..? Anda mungkin pernah mengalami situasi berikut yang berlaku keatas komputer anda:

  • Gangguan dan kerosakkan sistem operasi (OS) dan terpaksa menyuruh orang lain untuk membaikinya.
  • Anda juga terpaksa membayar harga yang tinggi untuk membaiki OS komputer anda padahal ianya amat mudah untuk dilakukan.
  • Anda pernah terfikir untuk membaikinya sendiri dan melakukan proses installation sendiri tetapi tidak menjadi… masih ragu-ragu.

Oleh itu, disini saya memperkenalkan kepada anda yang ingin mempelajari proses installation satu produk yang dapat membantu anda menyelesaikan masalah di atas. Produk yang dimaksudkan ialah Langkah Demi Langkah - Belajar Proses Installation.


bpi

Untuk maklumat lanjut sila KLIK SINI.

Kelebihan Memasang OS Sendiri

  • Kemahiran yang anda miliki daripada ebook ini akan mengelakkan anda ditipu oleh orang lain tentang harga melakukan proses installation.
  • Pengetahuan ini juga akan dapat menjimatkan wang anda jika berlaku kerosakkan dalam sistem operasi komputer anda kerana anda boleh melakukannya sendiri.
  • Tiada lagi rasa ragu dan risau untuk melakukan installation windows xp, office, driver dan perisian tambahan.
  • Kemahiran yang anda miliki ini boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan sampingan.

Dapatkannya SEKARANG untuk ilmu yang bermanfaat ini.