Syarat dan Terma

 

Berikut adalah syarat dan terma pembelian "CD Koleksi Ebook Pilihan Terbaik". Sila baca dengan teliti segala syarat dan terma tersebut. Jika anda membuat pembelian produk ini, maka anda perlu mematuhi dan menyetujui syarat & terma yang telah ditetapkan.

 

 

CD Koleksi Ebook RahsiaKomputer.com

 

Ebook-ebook utama dalam "CD Koleksi Ebook Pilihan Terbaik" terdiri daripada 5 buah iaitu Panduan Installation Windows XP & Office, Panduan Membina Laman Web, Belajar Berniaga Di Internet, Kenal Pasang Perkakasan Komputer dan Panduan Mudah FTP. Lain-lain produk ebook adalah tambahan dan bonus sampingan sahaja.

 

Harga tetap produk ini adalah RM58.00. Namun, harga boleh berubah pada bila-bila masa dan mungkin berubah mengikut keadaan tertentu.

 

Segala bonus istimewa yang ditawarkan adalah sampingan sahaja bagi produk tersebut.

 

Pembeli yang SAH  layak menerima sebarang kemaskini produk dan tambahan bonus pada masa - masa akan datang secara PERCUMA.

 

Ebook-ebook utama "CD Koleksi RahsiaKomputer.com" hanya boleh diperolehi menerusi laman web rasmi http://www.rahsiakomputer.com. Jika didapati anda memperolehi dari sumber yang HARAM, tindakan tegas akan diambil termasuk tindakan undang-undang jika difikirkan perlu.

 

Pembeli CD Koleksi Ebook Terbaik

Setiap pembeli adalah terikat dengan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan pada halaman ini serta pada syarat ebook-ebook tersebut.

 

Pembayaran hendaklah dilakukan dengan jumlah harga yang tepat.

 

Pembeli adalah DILARANG menyebarkan ebook-ebook ini secara haram sama ada menjualnya semula atau menyebarkannya secara percuma dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran daripada pihak "RahsiaKomputer.com"

 

Pembeli haruslah memberikan butiran lengkap ketika membuat pembelian ebook-ebook ini sebagai rujukan kami dan untuk memudahkan proses pengurusan. Butiran yang dikirimkan adalah selamat serta terpelihara bersama kami.

 

Setiap informasi / Produk / Bonus yang ditawarkan adalah HAK MILIK "RahsiaKomputer.com" dan pembeli seorang sahaja. Pembeli tidak dibenarkan berkongsi maklumat tersebut bersama pihak lain. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hak pembeli hilang sama sekali.

 

Pembeli akan menerima setiap updates / kemaskini ebook-ebook tersebut menerusi email yang terkirim berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan semasa pengesahan pembelian.

 

Pembeli layak menerima Support / Bantuan Forum khas daripada "RahsiaKomputer.com" berdasarkan panduan maklumat yang telah disediakan.

 

Hak Istimewa pembeli akan terbatal sama sekali jika melanggar mana - mana syarat yang telah ditetapkan oleh rahsiakomputer.com

 

Hak Cipta CD Koleksi Ebook Terbaik

Ebook-ebook yang disenaraikan di dalam produk CD ini adalah HAK CIPTA terpelihara. Sebarang penyebaran secara haram (illegal) adalah dilarang sama sekali.

 

Ebook ini tidak dibenarkan dijual semula atau disebar secara percuma dalam apa jua keadaan tanpa kebenaran.

 

Tiada mana - mana bahagian dibenarkan disalin, dicetak, ditiru dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada penulis.

 

Penafian

Panduan yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan dan pembelajaran penulis semata - mata dalam bidang berkaitan. Ia berkemungkinan TIDAK SESUAI untuk digunakan oleh sesetengah pihak.

 

Segala usaha telah dilakukan untuk memastikan panduan yang diberikan adalah tepat. NAMUN memandangkan informasi bertukar dengan pantas, mungkin sesetengah informasi dan langkah yang diberikan kurang tepat dan tidak sesuai lagi digunapakai pada masa hadapan.

 

Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat dan lengkap selamanya. Pengarang dan penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan CD Koleksi ini, secara langsung atau tidak langsung.

 

Bantuan & Support hanya diberikan berdasarkan panduan yang telah disediakan. Lain - lain bantuan adalah bergantung kepada keadaan tertentu dan mungkin akan dikenakan caj tambahan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

 

Home  |  Order Terms My Blog