Assalamualaikum w.w dan salam kebahagian…
Terima kasih kerana melawati blog yang ala-ala best gitu…ho ho perasan. Kepada anda yang melawati laman blog ini dan ingin mengenali siapakah pemilik dan penulisnya, maka ikutilah kisahku seterusnya.
Saya Mustahing Saide atau dengan panggilan manja “Mus” berasal dari Kunak, Sabah. Saya memang tidak berapa pandai bila bercakap secara terus dan berdepan dengan orang ramai..pemalu lah katakan. Oleh itu, adalah sesuai untuk saya bercakap melalui penulisan blog ini dan meluahkan apa sahaja yang tersirat di hati.
Mus ni memang minat dalam bidang komputer dan ingin berkongsi apa sahaja yang baik dan mendatangkan faedah kepada kita semua. Maka sebab itulah lahirnya blog ini. Terima kasih lah kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca setiap entry yang diberikan. Jangan lupa…..sudi-sudikan lah tinggalkan komen dan pandangan anda di setiap entry tersebut.
Bicara soal perniagaan internet ni, saya masih lagi melakukannya secara sampingan dan belum secara serius. Namun adalah juga jual satu dua produk ebook yang berkaitan dengan komputer ni. Selain itu, mus juga terlibat dengan beberapa program sistem affiliate rakan-rakan usahawan internet di Malaysia….bolehlah. Berblog sambil menambahkan pendapatan sampingan.
BLOG
Cerita pasal blog ni aku bukanlah pakar sangat. Cuma aku mula mengenali dunia blog atau blogging pada awal tahun 2007. Mula-mula aku main-main blog kat blogspot seperti kebanyakan orang yang baru mengenali blog. Adalah beberapa blog yang aku buat masa tu untuk pelajaran pertama sebagai seorang mahasiswa dalam universiti blog ni.
Dari situlah aku mula berminat dengan dunia blog dan benda ini menjadi kegilaan aku sehingga sekarang ni….hampir-hampir ke tahap ketagih, tapi rasa macam nak gila juga lah bila tak masuk internet dan melihat blog dalam sehari.
Untuk membuktikan tahap kegilaan dan separuh ketagihan aku ini, pada bulan Jun 2007 aku pun dengan bangganya memberanikan diri ku membeli hosting dan domain sendiri. Masa tu ada promosi yang dilakukan oleh syarikat hosting tersebut…. aku pun pasang perisian blog wordpress….RahsiaKomputer lah tu.
Memandangkan salah satu minat ku dalam bidang komputer, jadi aku pun mewujudkan blog RahsiaKomputer ni. Tujuannya adalah untuk berkongsi dan bertukar maklumat berkaitan dengan komputer. Maksudnya apa-apa sahaja yang berkaitan dengan komputer kita bingcang, bongkar dan kongsikan bersama. Ini termasuklah perkakasan, perisian, internet, perniagaan internet dan macam-macam lagilah.
Dari situ aku mula mempelajari blog menggunakan perisian wordpress. Mula-mula tu pening juga dengan perisian blog wordpress ni, namun dengan ketekunan dan kerajinan yang ada pada diriku akhirnya aku berjaya juga menjadi seorang yang ala-ala expert gitu..ho ho
Maka keseriusan aku sebagai seorang blogger hanya bermula pada September 2007. Hinggalah kini aku masih lagi seorang blogger.
PEKERJAAN
Mula mengenali dunia pekerjaan selepas tamat Tingkatan 6. Mula-mula tu sekadar membantu orang tua buat kerja-kerja kampung je. Lepas tu saya berhijrah ke Semenanjung dan tapak mula-mula saya bekerja ialah Klang Selangor.
Kalau nak dikira tempat saya berkerja di Semenanjung memang banyak dan semuanya di negeri Selangor. Banyak bukan bermaksud saya ni hebat, pakar dan boleh buat macam-macam kerja. Tapi bila saya rasa tak selesa dengan sesuatu kerja tu, saya berhenti je….lepas tu cari kerja lain..Banyak juga lah pengalaman yang saya perolehi semasa berkerja ni.
Selepas hampir 9 tahun menabur bakti di Semenanjung, saya pun kembali ke tanah air sendiri….Sabah lah tu. Kini saya berkerja sebagai pembantu penyelia penyimpanan barang-barang tractor di sebuah syarikat swasta.
Lokasi sekarang (jika lokasi tidak kelihatan, sila zoom out sehingga peta kelihatan) di sini : Lokasi Peta
HARAPAN
Harapan saya dengan hadirnya blog ini dapat lagi memeriahkan dunia internet dan blog di Malaysia. Saya juga akan berusaha sedaya upaya yang termampu untuk memberikan maklumat yang terbaik di dalam blog ini….sekadar yang termampu je lah.
Di samping itu saya berharap kita dapat berkongsi maklumat dalam pelbagai bidang seperti panduan berkaitan komputer dan perniagaan internet termasuk tips dan motivasi. Semoga kita akan dapat membentuk satu komuniti maya yang kukuh dan sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain.
Kepada anda yang ingin menghubungi saya, bolehlah add saya di YM berikut. Namun saya mungkin tidak dapat melayan semua pertanyaan atau sapaan yang anda ajukan. Oleh itu, anda juga boleh menghantar maklumat dan pertanyaan melalui email tersebut :
YM : mus_friendly[a]yahoo.com.my
FRIENDSTER : http://profiles.friendster.com/smartmus





