Salam semua…..sudah agak lama tidak update blog ini dengan posting dan berita-berita terkini. Blog pun seakan-akan lesu dari dunia perjuangan maklumat berkaitan dengan komputer dan perniagaan internet.
Sebenarnya sejak hosting yang digunakan oleh Rahsiakomputer.com disuspend disebabkan penggunaan CPU yang overload, terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan. Sehingga kini kerja tersebut belum selesai sepenuhnya. Sedang diusahakan sebaik mungkin sebelum blog ini juga akan kembali aktif.
Antara perkara yang dilakukan ialah memindahkan beberapa domain yang berkongsi hosting bersama Rahsiakomputer.com, update beberapa minisite produk berkaitan, mengubah link-link yang perlu dan sebagainya.
Di samping itu sekarang ini sibuk menyiapkan beberapa produk ebook dan video tutorial. Produk-produk tersebut adalah berkaitan dengan blog, sistem affiliate, komputer dan perisian dan sebagainya. Produk-produk ini akan dilancarkan secara berperingkat. Nak tahu produk apa…..TUNGGU pengumumannya melalui blog ini.
Satu lagi PROJEK TERBESAR yang akan dilaksanakan tahun ini ialah BENGKEL BIJAK IT. Bengkal ini adalah seminar tentang dunia internet dan perniagaan online. Sekarang projek ini dalam proses perancangan dan perundingan bersama rakan-rakan seperjuangan. Jika tiada masalah BENGKEL BIJAK IT ini akan dimula dalam bulan Julai.
Nak tahu bila dan dimana lokasi Bengkel ini diadakan akan diberitahu kemudian. Sentiasalah melawati blog ini untuk mengettahui maklumat-maklumat yang berkaitan.
SEKIAN DAN SELAMAT BERJAYA


Sebelum ini, angkasawan terpaksa menghantar ulasan Twitter melalui e-mel kepada Menara awalan di Houston sebelum ia dimasukkan ke dalam laman web rangkaian sosial itu.





