Nov
27th

Dukungan Windows 7 dari Symantec

Banyak peminat dan juga pengguna Windows 7 yang bertanya-tanya apakah software yang sudah mereka miliki sesuai dengan Windows 7. Untuk produk Symantec, jawapannya adalah ya.

Produk Symantec yang sudah kompatibel dengan Windows 7, seperti Altiris Deployment Solution, Endpoint Protection, Norton Internet Security 2010, Norton AntiVirus 2010, Norton Internet Security 2009, Norton AntiVirus 2009, Norton 360 Version 3.0, Wise Package Studio, dan Workspace Virtualization.

Sedangkan yang dijadualkan akan kompatibel dengan Windows 7 pada akhir 2009 atau awal 2010 adalah Backup Exec, Backup Exec System Recovery, Client Management Suite, Control Compliance Suite, Data Loss Prevention, Endpoint Protection Small Business Edition, Endpoint Virtualization Suite, Enterprise Vault, Ghost Solution Suite, dan NetBackup.

Selain produk-produk di atas, Symantec juga mengumumkan kehadiran jawapan keselamatan all-in-one Norton 360 versi 4.0 beta yang sesuai dengan Windows 7. Norton 360 beta ini juga mencakupi perbaikan PC tuneup dan backup.

Versi baru ini telah direka untuk mengjimatkan waktu pengguna, memperbaiki kuasa PC dan membolehkan kesenangan tanpa membebani fikiran. Untuk menjimatkan waktu boot-up, tersedia fungsi Smart Start-up Manager. Norton 360 beta juga menawarkan kemampuan untuk backup file-file secara online dan memulihkan atau mengaksesnya dari mana pun melalui Web.

Norton 360 beta meliputi fungsi penting tambahan, seperti keluarga teknologi Norton Insight dan tool recovery serta Norton Identity Safe versi yang sudah diperbaiki. Juga disediakan Norton Safe Web, layanan rating laman Web yang menandai hasil pencarian di Google, Yahoo! dan Bing.com dengan rating keselamatan dan eCommerce, dan kesempatan mencuba OnlineFamily. Norton, perisian berasas Web yang menjaga agar orangtua mengetahui kehidupan online anak-anak mereka.

Ingin mencuba versi beta Norton 360? Silakan download diwww.norton.com/n360v4beta. Anda yang menguji produk ini disarankan memberi pandangan dan pengalaman anda di di Norton Public Beta Forum online.

WIEK

Nov
25th

Menukar Format Word Ke PDF Dan PDF Ke Word

Files under perisian | 5 Comments

Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma CutePDF.

CutePDF boleh membuat fail PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi). Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai printer anda.

Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu install Ghostscript di dalam Windows. Download CutePDF Writer dan Ghostscript di sini.

Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.

Seperti namanya, SomePDF to Word Converter berfungsi untuk menukarkan fail PDF kepada fail Word supaya anda boleh mengubahsuai segala teks dan gambar yang terdapat di dalam dokumen tersebut. SomePDF juga membenarkan anda untuk menukar banyak fail PDF sekaligus, menjadikan urusan anda lebih cepat dan mudah.

Nov
23rd

Terlupa Kata Laluan Windows

Dah menjadi fitrah, manusia adalah makhluk yang pelupa. Dan kadang-kadang, manusia juga terlupa password bagi administrator Windows. Alamak, kes berat tu. Kalau lupa password untuk admin, macam mana nak akses Windows?

Relaks, jangan panik. Jangan format dulu Windows anda, kerana ada cara untuk reset password dalam Windows ni. Reset password bermaksud anda mengosongkan password tersebut, membuangnya supaya administrator tidak mempunyai password. Selepas reset password, anda boleh login ke akaun administrator dengan mudah.

Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara untuk reset password Windows dengan menggunakan Offline NT Password & Registry Editor. Terlebih dahulu, download fail ISO bagi Offline NT Password & Registry Editor dan burn ke dalam CD. CD dah sedia, jom ikut langkah-langkah di bawah (klik pada setiap imej untuk besarkan):

  • ON kan komputer anda dan masukkan CD. Pastikan komputer akan boot dari CD.
  • Mula-mula sekali, boot menu akan keluar. Tekan Enter sahaja untuk mulakan Offline NT Password & Registry Editor.

Guna Yang Berbayar

Windows Key creates a password reset CD, USB Flash Drive or a driver floppy that work during the boot process and instantly reset Administrator or other account passwords and Windows security settings that prevent you from logging in.

Dapatkannya di SINI

Nov
21st

Membuat Efek Gelembung

Files under perisian | Leave a Comment

Gelembung pada foto yang diambil di dalam air akan menciptakan suatu efek yang dramatis. Selain objek foto terlihat semakin nyata, tampilannya dijamin semakin menarik. Sayang tidak mudah mengabadikan gelembung atau buih ini sebagai gambar diam. Daripada frustrasi, buat saja sendiri memakai fasilitas Brush di Photoshop CS3.

Cara mudah membuat buih air adalah dengan membuat kuas (brush) berbentuk gelembung udara. Sebagai langkah pertama, buatlah area kerja baru berukuran bebas. Di sini, PCplus membuat area berukuran 300 x 300 pixel. Beri warna hitam dengan menekan [Shift] + [F5]. Pada boks yang tampil, pilih [Black] dalam menu “Use:”. Lalu klik [OK].

  1. Klik [Brush Tool]. Pilih kuas jenis Soft Round yang halus dengan warna putih. Gunakan variasi ukuran kuas dan opacity–bisa diatur lewat menu di option bar atas–untuk membentuk gelembung udara. Buatlah gelembung seperti pada gambar.
  1. Selanjutnya, konversi gambar gelembung dengan mengklik [Image] > [Adjustment] > [Invert]. Jadikan gambar tersebut menjadi brush dengan mengklik [Edit] [Define Brush Preset…]. Pada boks yang muncul, namai kuas, lalu klik [OK].
  1. Buka gambar yang hendak disisipi gelembung. Gunakan [Brush Tool]. Buka palet Brush dengan menekan [F5] di kibor, kemudian klik tab [Brushes] yang ada di sudut kanan atas jendela aplikasi. Pada menu drop-down yang tampil, pilih [Brush Tip Shape].
  1. Pilih kuas yang baru saja Anda buat. Atur ukuran diameter di slide bar “Diameter”. Diameter kuas ini nantinya masih bisa diatur lagi lewat menu Brush Preset Picker. Jarak antar gelembung bisa Anda atur di slide bar “Spacing”.
  1. Klik [Scattering]. Atur jarak antar gelembung di slide bar “Chatter”. Di sini, Pcplus memasukkan nilai 280. Jangan lupa, beri tanda centang pada [Both Axes]. Isikan nilai 1 pada slide bar “Count”.
  1. Klik [Shape Dynamics]. Atur “Size Zitter” ke angka 100%, lalu pilih [Pen Pressure] pada “Control”. Beri distorsi pada bulat gelembung lewat slide bar “Roundness Jitter” dan “Minimum Roundness”.
  1. Atur lagi kuas di [Other Dynamics]. Atur variasi transparansi dari setiap gelembung lewat slide bar “Opacity Jitter” dan “Flow Jitter”. Buatlah sebuah layer baru di atas layer foto ikan dengan menekan [Shift] + [Ctrl] + [N]. Kemudian atur ukuran kuas menggunakan tombol cepat [ ] ] di keyboard untuk memperbesar dan [ [ ] untuk memperkecil.
  1. Sapukan kuas pada area yang hendak disisipi gelembung. Gunakan variasi opacity dan ukuran kuas agar terlihat lebih nyata. Akhir kata, silakan bentuk buih sesuka hati.

Sumber: PCplus

Nov
21st

Cara mudah membuat kad nama

Files under perisian | Leave a Comment

Kebiasaannya bertukar kad nama bukan perkara asing, Tidak perlulah kita pesan kad nama dengan seseorang atau kedai ketika kita memerlukan nama dengan segera. Buat dan cetak saja sendiri. Lebih cepat prosesnya. Selain itu, Anda boleh menambahkan identiti yang bersifat peribadi di kad nama anda agar kelihatan berbeza dan lebih cantik.

Anda tidak perlu perasian khusus yang harus didownload atau diinstal untuk membuat kad nama peribadi. Kita guna sahaja perisian yang sering kita guna untuk menaip, iaitu Microsoft Word.

Begini langkah-langkahnya:

  1. Aktifkan aplikasi Word anda dengan mengklik ikon Microsoft Word yang ada di menu [Start] > [Programs] > [Microsoft Office Word].
  2. Untuk membuat kad nama, klik menu [Tools] > [Letters and Mailings] > [Envelope and Labels] yang terdapat pada toolbars “Commands Menu”.
  3. Setelah muncul tetingkap “Envelope and Labels”, klik pada tab [Labels] untuk mulai membuat data pada kad nama anda.
  4. Tuliskan data anda pada ruangan teks di bawah label “Address” dan atur ukuran kad nama anda pada butang “Options”.
  5. Sebagai contoh nampak pada gambar bahawa kad menggunakan tipe “Avery Standard 3612” untuk “Business Card”.
  6. Lalu pada kotak [Print] beri tanda pada butang radio [Full page of the same label] agar kad nama anda tercetak dalam satu lembar kertas ukuran A4.
  7. Klik butang [New Document] agar anda dapat melihat bentuk dari kad nama dalam bentuk satu helai kertas ukuran A4. Biasanya, pada satu helai A4 akan diperoleh 8 keping kad nama.
  8. Setelah muncul kad nama dalam satu helai A4, Anda dapat memberikan gambar latar yang berbeza-beza untuk setiap kad nama Anda.

Sumber: PCplus

Oct
13th

Risiko internet

Files under internet | 1 Comment

KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian.

Jika diacukan kepada ibu bapa soalan ‘Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian – jawapannya ialah tidak tahu’.

Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko.

Berdasarkan kajian ‘Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia’ mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet.

Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.

Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka.

Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk.

Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet.

Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.

Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR.

“Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan,” katanya.

Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka.

Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat.

Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali.

Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian.

“Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja.

“Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus),” katanya. -BH